Followers

AFB FEEDS

Tuesday, March 31, 2015

Food Review | Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru & Kelapa Frutti


Siapa penggemar nasi lemak (food lover) & tak kisah title gemoks macam aku (padahal kisah jugak sebenarnya) wajib berkunjung ke Nasi Lemak Antarabangsa.. Lokasinya di kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini pengalaman pertama jejak kaki ke sini dan sangat-sangat laa puas + kekenyangan  = Suka hati. Aku ni kalau makan nasi lemak tak sah laa kalau tak makan ayam.. mesti nasi lemak ayam, tak kira lah ayam masak merah ke,ayam goreng rempah ke.. kali ni aku try cuba menu yang lain pulak.. makan nasi lemak bersama rendang daging + sambal sotong. Aku rasa setelah hasil percubaan aku menggabungkan 2 lauk ni memang padu ah!!! Paling sedap sambal sotong nya.. entah laa.. sotong tak liat. dimasak secukup rasa , manis manis pedas.. Aku agak kurang suka sebenarnya sotong kurita (betul ka ), tapi sedap pulak sambal sotong nya.. hahahaha.. Tak rugi aku saja je mentry! 

Sampai sampai je, tengok orang dah beratur panjang.. ambooii.. dia punya penangan kann.. sanggup .. Sebab kalau kita baru 1st time nak try food bila nampak orang Q panjang macam tu, dalam otak kata "must try!"

Signboard Nasi Lemak Antarabangsa

Kena Q okeyyy.. Bawak bertenang semua...


Pelbagai menu.. Sesetengah tempat yang menyajikan menu berlauk,tak mention pon harga berapa. Yang ni, dah siap ada harga.. So boleh laa bajet makan apa yang nak dimakan.. 

Antara lauk pauk untuk nasi lemak berlauk.. petai pon ada.. 

1st time laaa makan nasi lemak berlauk ada cucuk cucuk macam ni,.. Serius.. ni 1st time nampak.. 

Dikejauhan kelihatan sambal sotong pengubat rindu.. hehehe.. My feberet jugak begedel.. huhuhu.. 


Mee hoon goreng bagi yang nak makan ringan ringan.. Selain tu ada jugak soto , nasi impit kuah kacang.. nyummmsss...

Seperiuk Rendang Daging.. Daging memang empuk.. Tak liat pon.. Rasa kuah rendang pon pekat likatt.. memang sedappp laa.. 

nasi lemak + sambal sotong + rendang daging

nasi lemak sambal sotong 

Bersebelahan kedai Nasi Lemak Antarabangsa ada jugak kedai minuman Kelapa Frutti. Menyediakan minuman yang sedap dan menyegarkan.. Rugi tak cuba... Menarik, sebab lain dari yang lain.. Takde lagi rasanya R&D menu macam ni.. 





 Air Kelapa VIP.. Air kelapa dengan aiskrim vanilla dan choc topping.. Sedap sangattt.. Mesti CUBA!

Yang ni Air Kelapa float strawberry


Air kelapa Laici. Memang kombinasi laici + kelapa sedap ghupenyeee... Ahaa.. lupakan seketika coconut shake... 


Food Review bersama blogger Kelab Blogger Ben Ashaari


Ada juga kuih feberet aku.. Kuih Koci pulut hitam berdadih.. allah.. susah nak dapat kat KL ni.. Memang sedap. Inti kurang manis...  

dapat jugak laa merasa kuih Bahulu kukus layered chicken floss,,, Sedap.. Ada rasa macam rempah rempah.. 
Nak tempah boleh ke facebook : Kak Aliah


Sebagai penambahan untuk NLA kena ada jugak baby chair.. coz ada anak kecik ni dok cranky ikut mood dia je... huhuhu.. 

Bagi yang ingin mencuba dan merasa kesedapan Nasi Lemak Antarabangsa boleh laa serbu ke sana.. 

Nasi Lemak Antara Bangsa Kampung Baru (since 1973) - Main Outlet
No 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur 
Waktu beroperasi : 

Kelapa Frutti 
(Bersebelahan Nasi Lemak Antarabangsa)








2 comments:

  1. wahh kelapa mcm mcm perisaaa.. kena try niii. thanks shared tempat yee! hehe

    ReplyDelete