Wednesday, March 4, 2015

Riadah bersama keluarga Di Farm In The City


Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Farm In The City-Seri Kembangan. Alah... kalau pergi 10 kali dalam masa sebulan pon tak puas-puas. Sebab memang best pon kat sana. Lagilah bila Irine dah pandai jalan... Sakan laaa dia berlari-lari.. 

Lepas balik dari Bukit Broga Ahad lepas, weolss anak beranak balik rumah kejap..mandi2 lelap mata .. aku pulak macam tak boleh nak tido sangat. Mungkin sebab dah tengahari.. lepas tu pikir apalah aktiviti nak buat petang tu.. Terus whassap Mr Rajagopal nak datang ke FITC petang tu.. Then dia kata okey..

Petang tu jugak lepas Dzuhor excited sangat nak ke FITC.. obernyee mak orang nih.. sampai je around 3.30 petang.. cuaca baik sangat. Tak berapa nak panas. Takut jugak kalau terik sangat kang tak kose nak berjalan.. 

Tak sangka pergi waktu weekends ramai betul orang.. parking pon hampir full.. Tapi don't worry lah.. ruang parking memang sangat luas.. bas pon boleh parking kat situ.. FREE jer.




Ni kat entrance. Nampak tak gambaran kat bawah tu.. hijau je kann....?? Memang sesiapa je yang datang memang boleh sangat release tension. 


Sampai je kat entrance terus call Mr Jack untuk dapatkan pass. Tapi sebab dia agak busy jugak coz ada visitors yang lain.. Tak dapat aku nak berselfy dengan dia.. hehehe.. Tak dapat berselfiak dengan Mr Jack pon tak pelahh.. Selfy dengan mr Ah Beng  ni aje lahh... hahaha.....




Harga tiket untuk masuk ke FITC pon takde lah mahal. Berbaloi sangat kalau nak dibandingkan pengalaman menarik bila dah masuk dalam tu... 

jangan tak bawak pulak IC korang ek.. kang tak merasa harga mycard holder tuu.. heee.. Selepas pembayaran akan  diberikan tag / gelang untuk dipakai. Make sure lah kalau nak pusing dalam tu, kena pusing puas-puas.. once dah keluar and potong tag tu tak boleh masuk balik tau.. Nak terkencet ke terkencing ke, don't worry lah dalam tu ada je toilet.. nak makan ke minum ke, cafe ada je kat dalam tuu..

Tapi bagi korang yang bawak family, ada juga harga special untuk 2 orang dewasa & 2 orang kanak...Lebih menjimatkan..

Harga package hanya untuk my card holder sahaja.. pulak tu, macam-macam boleh dapat ..


masuk masuk je mesti lah dapat jumpa tortis gergasi ni lagi.. hehehe.. kalau episod lalu, waktu tu Irine masih kategori baby lagi kan.. Tapi dia sangat lah takut nak dekat dengan tortis tu.. Kemain dia peluk kuat kuat ayah dia.. Tapi kali ni nampak lebih berani.. bukan je bagi makan, pegang pon dia berani.. Mommy je yang penakut.. heee..

dah berani nak belai belai kann..

pantang guide hulur daun kangkung laju je dia amik nak bagi makan totis..





Haritu tak dapat bergambar macam ni.. sebab tak ramai orang and takut.. ni ramai orang berani lah.. ular sawa atas tu dah laaa besaq gila weyy.. memang penyek laaa aku kalau jatuh gedebab hempap kat aku ..



Bila buat aktiviti macam ni kann, aku rasa seronok betul + bangga lah bila story kat Irine dia macam beria dengar and tengok apa yang aku tunjuk walaupon aku cerita tipu and dongeng belaka.. hahaha... Paling penting aku nak dia rasa sayangkan haiwan and motivated diri dia jangan penakut macam mak dia ni.. Ye lah, aku semua takut.. cicak ke, biawak ke semua benda lah..sebab dari kecik kecik dah dimomok kan dengan cicak kecik tu hantu.. "ayooo cicak".. mencicit lari.. padahal tak de benda pon.. thats why jangan lah ajar anak cara macam tu.. kesian okeyy.. Bawak lah anak2 kecik datang tempat tempat macam ni.... boleh ajar dia, mana binatang yang boleh disentuh, yang bahaya.. ..

toilet 


sink

Geram tengok buah2 markisa.. atas kepala je hokey.. nak je petik letak dalam beg.. hahaha

Dah berani bagi makan duck! Kena tunjuk jugak teladan yang baik untuk budak kecik ni....


Lama tunggu burung2 kecik ni datang makan.. bolayann heee ko..mentang2 laaa harini ramai orang datang.. kekenyangan lettewww..



habis makan , sepah dibuang ditangan ku.. nasib baik tak tinggalkan cirit dia..

Tak dapat nak lama-lama dalam ni.. sebab "jangan disangka hari cerah sepanjang hari" tetibe je hujan.. mula mula okey lagi.. takat gerimis2 je kann..redah jugak laaa masuk jugak tempat kambing & rusa.. 


nampak cerah je kan..tapi gerimiss ni.. T_T



dah makin lebat, cepat cepat lari pergi kat rumah rabbit.. ingatkan boleh laa bagi Irine main main dengan rabbit.. tak dapat laa pulak.sebab hujan rabbit semua masuk dalam reban..tak nak bulu bulu rabbit basah kot.. 



Dapat hulur dari luar reban je.. guide sangat bagus tak nak kecewakan hati mommy yang hoberr ini..










anak tertonggeng kat depan pon tak perasan,... nak pose punye pasal..



tak siap lagi pon laju je dia nak panjat tangga...


okey lahh.. dah kali ke dua mai sini, tak dapat lagi nak pegi kebun sayur..sebab hujan.. Plus tak dapat nak tengok parrot.. haritu 1st time pergi Irine takut dengan parrot.. maknanya ada chance laa aku pegi lagi nanti.. hehehe.. BTW, bagi nak tengok entry sebelum ni pon boleh.. bukti dah pernah mai sini..




Nak tau lebih info boleh pegi kat FB FITC  https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia


Kalau nak pergi boleh guna apps Waze @ Google Maps..Search je Farm in the city Seri Kembangan / The Atmosphere.. dekat dekat je lokasi tempat ni.. mana tau takut sesat kan...

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Lot 40187-40188 ,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, 43300 
Seri Kembangan

Terima kasih FARM IN THE CITY
Terima kasih juga untuk Abang Ben Ashaari

#KbbaFITC
















6 comments:

  1. Besttt! Puas bawak anak² kan sis ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe... memg best & puas hati.. tp tu laa.. tak abis pusing hujan pulak.. hehehe.. takpe..next time memg akan pegi lg..

      Delete
  2. ramai blogger yang update pasal tempat ni..rasa mcm terpanggil nak pi..hihi.inshaallah ada rzki nti nak bawak my son pi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi.. jangan tak pegi.. hehehee.. =) budak2 memg suka,.. at least boleh train anak sukakan & sayangkan haiwan

      Delete
  3. uiii mahal gak entrance dia ek...hehehe. Tak berbaloi coz best je tempat tu zie tgk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..sama entrance fees masuk zoo negara.. =) tp pegi zoo negara penat laa pusing jauh2 sgt.. haiwan pon dpt tengok dr jauh je.. huhuhu..

      Delete