Monday, June 29, 2015

#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas


#Cabaran20hari | Resipi hidangan sahur 






Yes! dah masuk hari ke-3 untuk #Cabaran20hari. Tak yah nak excited sangat ye Yoorin.. Banyak hari lagi nak hadap cabaran ni tau.. Untuk cabaran hari ke-3 adalah Resepi hidangan sahur paling ringkas. Selalunya lauk bersahur aku panaskan je lauk berbuka semalam punya. Tetapi disebabkan kehabisan lauk, terpaksa lah jugak memasak untuk sahur. Meh aku share resepi simple kenyang untuk sorang. Memang simple la, sebab makan untuk diri sendiri. Sebab Gjul kan kerja shift malam..so memang masak simple sangat untuk tekak and perut sendiri.. Tehehehe..


Resipi : Mee maggi goreng cincai 


Bahan-bahan 
1 bungkus mee maggi kari, perencah tak payah guna(direbus sehingga kenyal...jangan terlalu lama sehingga kembang )
3 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu ikan bilis yang sudah digoreng dan ditumbuk (selalu buat banyak2, then simpan sebagai perasa tambahan).
4 sudu cili kisar / cili boh
kicap secukup rasa
3-4 sudu minyak zaitun @ minyak masak 

Cara-caranya:
- tumis bawang putih, dan bawang merah sehingga naik bau. 
- Masukkan cili kisar sehingga menggelegak dan sentiasa kacau supaya tak hangit/kering.
masukkan kicap (yoorin pakai kicap manis mahsuri sebab dia agak cair..sesuai sangat tak payah tambah air).
- masukkan ikan pati ikan bilis.
- 2 minit lepas tu, masukkan mee maggi
- kacau hingga sekata.
- Siap.. makan dengan telur mata goyang & sos cili.. sedappp dahhh...kalau nak tambah sayur pon boleh.. aku memang tak makan sayur. So tak yah pelik eaa kosong je mee aku ni..



Sebab tak de perisa tambahan macam garam semua tu.. so untuk irine pon boleh je nak bagi dia makan.. Selamat mencuba!





26 comments:

  1. Dah lama tak makan maggi goreng. Dapp nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahur dah 2 kali masak magi goreng je.. malasss.. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. tu laa..cincai je.. malas nak masak sebab makan sengsorang..syahdu je

      Delete
  3. Replies
    1. x kenyang sangat.. tau buat 2 bungkus pagi tadi..haha

      Delete
  4. sedap juga kalau kadang2 makan ni.

    ReplyDelete
  5. dah lama sungguh xmakan megi sejak mengandung dan bersalin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mengandung pon x makan megi.. tp kalau goreng2 mcm ni makan laa.. buat perencah sendiri.. hehehe..

      Delete
  6. Nmpk sedap pula.. mcm nak blik goreng je lepas berbuka nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. adeh..berbuka masak best sikit..ni menu biasa je

      Delete
  7. ni waktu berbuka sedap ni.. kalau waktu sahur, perut ni payah sikit nak terima yang berat2.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh.. ni paling ringan yoorin rasa..wakakaka.. sebab selalu sahur pon makan nasi..hehehe

      Delete
  8. Salam Yoorin ,

    Bonde dah masak puasa ke 5 hari tu, mmg cepat dimasak... mee goreng sedap he he he
    tapi ni yang paling ringkas

    http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke bonda..ahahha.. kosong je mee yoorin.. tp.dijamin sedap.. hehehe..

      Delete
  9. ini memang menu paling senang nak buat kan..=D

    ReplyDelete
  10. bab cincai tu yang sedapnya yoorin haha :)

    ReplyDelete
  11. Yg ringkas2 gini mmg sesuai sgt utk bersahur...utk tekak sendiri jer lagi laaa senang kan...cam saya ni kena pikir anak 2 org nak bersahur jugak!

    ReplyDelete