Thursday, June 25, 2015

"Tak Dapat Pahala Takpelah.. Janji Tak Tambah Dosa"

Wang datang bergolek




Pernah tak korang check-check akaun tapi berasa ganjil sebab ada duit yang masuk entah datang dari mana? Bukan jumlah yang sedikit . Tetapi banyak? Semalam berlaku kepada aku. Terkejut lah jugak, wang sejumlah RM450.00 ada dalam akaun entah siapa yang bagi. Aku ni jenis tak sedap hati kalau tahu tu sememang nya bukan hak aku. Sepatutnya ada wang masuk RM50.00 pada hari semalam. 

Check duit sebanyak tu, terus je whassap my hasben, "abang ada masuk kan duit dalam akaun ayang ke?". Tapi rasa macam mustahil pulak.  sebab Gjul tak pernah laa bagi duit masuk akaun.. Tapi mana lah tau kalau tetibe kan.. Sebab tahu habit dia akan selit duit dalam dompet aku.. Tak pernah nya bagi aku direct by hand. Dah kompem bukan dia yang bagi. Tergerak hati untuk tanyakan seseorang ni . Patutnya dia masukkan RM50 sahaja. Tapi manalah tahu tersalah masukkan ke.. 

Segan jugak nak tanya sebenarnya. kang sekali dia belum masukkan ke , kang dia ingat aku ni tak menyabar lah pulak.. Hahhahaa.. Tepat jangkaan aku.. dia masukkan jumlah yang silap kerana dalam keadaan mamai katanyaa. Kekekekeek.. Dia suruh check email sama ada dapat tak email dari dia. Yes.. Baru perasan email tersebut. Jumlah yang dimasukkan memang RM450.00. Heheheh.. MAkanya kenalah pulangkan balik..

Kalau bukan orang tersebut yang masukkan, and tak tahu siapa yang masukkan , makanya tak patutlah aku guna duit tu.. dah niat dalam hati, kalau xde sesiapa mention ke aku, aku keluarkan duit tu, letak je dalam tabung masjid @ derma kat rumah anak yatim. Sebab yang pasti takda sapa lah kot nak bagi kite sesuka hati duit sebanyak tu.. =)

Dalam hal ni, jujur tu penting. Lagi-lagi nak jujur kat diri sendiri.. Aku taknak lah rasa bersalah seumur hidup sebab tak berasa jujur. Aku rasa ni ujian Allah nak uji kejujuran aku di bulan ramadhan. "Tak dapat pahala takpelah.. Janji tak tambah dosa".

6 comments:

  1. Betul tu.. bukan hak kita memang kena pulangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg kak..nak raya ni.. hehehe.. officemate siap hasut lg, suruh buat tak tau..eee..x sedap hati langsung nak buat gitu..

      Delete
    2. Best cite nih..hehehe..moral of the story jgn main terjah jer..siasat n jujur..

      Delete
  2. banyak rm450 tu..kesian orang yang tersalah masuk..
    betul, tak tambah pahala ok lagi dari tambah dosa..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. certain org kata sikit.. tp pada saya banyak sangat..hehehe.. =)

      Delete