Followers

AFB FEEDS

Monday, July 27, 2015

Bahana Puding Telur Katak

Puding Sagu a.k.a Puding telur katak


Tadi malam hari pertama Gjul kerja shift malam. sebab aku dengan Irine tak boleh nak tido, bermula lah eksperimen nak buat puding sagu. Boring lah katakan. Kebetulan, bahan2 semuanya ada kat dapur.. behehe.. Buat memang bersungguh, dan siap2 masuk dalam bekas. Sejukkan kejap dalam peti ais, dan tibalah masa nak cuba merasa.. Wekksss.awat rasa sabun pahit ni? adakah gula melaka tu terhangit? sebab tak sedap aku buang je. Tak nak lah makan kalau tak sedap.. Kalau sedap memang dah up dalam blog.. Wakakkaa..

Nak dijadikan cerita, mentibe baru kejap tadi Gjul whassap aku. 


    



okey.. Kantoi. Tapi mujurlah tak kena marah sebab membazir ke hapa.. Manalah tau.. dah lama kawin ni lain macam sikit kan.. Buat masa ni, Gjul masih macam dulu, diawal perkahwinan kitorang. tapi tak tau lah kan in future.Tettt.. 

Dulu pernah jugak sekali.. Awal2 kahwin.. Memang terus terang aku katakan, aku tak pandai masak. Tapi alhamdulillah, jodoh Allah dah tentukan. Kahwin pulak dengan tukang masak.. Segan jugak mula2 nak masak untuk suami. Serba serbi tak kena. Time tu cadang nak masak sambal tumis lah kononnya.. Tapi kau tau apa jadi? sambal tumis tu tak jadi.. Jadi sambal ape entah..kering. Tak sedap pulak tu.. Maka waktu nak makan tu, aku tak hidang pon untuk Gjul.. Aku tak buang. Rancang nak buang lepas makan. Apa jadi lepas tu? Gjul mentibe plak tanya, tadi bau macam ada sambal.. Mana sambal nya.. Muka aku dah automatik pucat. Menggigil kau tau! almaklumlah..pengantin baru.. wakakaka..masih malu-malu.. dah la masak tak jadi.. Rasa pon entah apa-apa.. Aku senyap je.. Tak jawab sepatah pon. Nak nangis tu pon tahan je.. Macam takut nak kena sepak terajang tu haa dia punya takut.. ngeh ngeh... 

Agaknya Gjul tengok aku kaku je kan, terus dia bangun, aku pikir dia dah hilang selera nak makan,tapi tak.. dia pi dapur cari sambal yang aku buat tu, letak atas meja, dan makan... Allah.. sumpah..aku sendiri tak lalu nak makan sambal air tangan aku tu..ni dia makan selamba je.. Makan sambil menitis air mata aku ni tau... sobsss... Sambil makan tu sempat dia berlawak, "jangan nangis, nanti baby (Irine) dalam perut cengeng" ..hahahaha.. Allah, syukur rasa dapat suami yang terima apa adanya.. Sejak daritu, aku masak je dan perbaiki masakan aku.. Gjul tak pernah komplen, sampaikan dia request kat aku selalu ayam masak kari, paprik & ayam masak asam pedas. Agaknya 3 lauk ni je kot yang lulus..hahahaha.. 

Bila jadi isteri, jangan pernah putus asa. Sentiasa berusaha walaupon itu kelemahan kita. Suami pulak jangan la dok nak komplen je kan.. Kalau awak pandai , awak je laa yang buat.. tak gitu..? toleransi tu laa yang kami dok amalkan sampai kehari ini..Sebab aku masih percaya, jauh lagi perjalanan nak mendayung bahtera rumahtangga... 


Tips rumahtangga bahagia dan manis selalu


1. Berusaha saling mengenali dan memahami
Kadang selera, perangai dan keinginan kita suami isteri ni bukannya semua sama.Kadang dah kenal/bercinta lama pon bila dah kahwin, macam masih tak kenal antara satu sama lain. Makanya, bila dah kahwin ni wajib la kita laki bini, ambil tahu, dan berusaha mengetahui selera, perangai dan keinginan pihak lain. Perbezaan ini, bukan halangan untuk mewujudkan keharmonian rumah tangga. 

2. Kongsi masalah suka dan duka
Bagi aku sendiri, memang selalu kongsi segala masalah yang aku hadapi kat Gjul. Macam tu jugak sebaliknya. Tak kiralah pasal masalah tempat kerja ke, keluarga ke, diri ke, duit ke, memang cerita kat dia je. Sebab dari dulu zaman bercinta, aku tak suka nak share kat orang lain. Dah jadi laki bini pon, lagi lahh.. Alhamdulillah, kami memang pendengar yang setia..hehehe.. 

3. Hormat menghormati
Sebagai seorang isteri, kenalah tau ye dimana taraf dan letaknya kita. Suami adalah ketua keluarga yang perlu dan wajib kita hormati. Walau macam mana sekalipon dia lah yang paling utama dalam keluarga. Perasaan rasa hormat tu akan terbit juga, bila suami turut menghormati isteri.Isteri juga ada hak ya.  

4. Berusaha menyenangkan pasangan
Well, orang laki ni kadang jenis pelupa atau maksud lebih dekatnya, jenis tak kisah. Birthday, ulangtahun perkahwinan pon selalu lupa. Sepanjang hampir 10 tahun perkenalan ni, memang sekali 2 je laa kot Gjul ingat.Yang lain dia tak ingat. Tipu la kalau aku kata aku tak buat muka.. Tapi kejap je okey.. bab hadiah tu, dia bagi selalunya lambat..haha..tak kisah.. janji sejuk hati aku.. Bab lain pulak, Gjul ni kalau nak bodek aku pandai.. Caranya apa? sebab dia bukan sweet talker, tapi dia selalu masakkan feberet aku..hehehe.. so, bila dia buat salah, camtu laa kot dia sejukkan hati aku.. 

5.Jujur dan berterus terang
Part ni memang WAJIB dalam rumahtangga. Jangan sampai terkantoi dan mengecewakan pihak 1 lagi. Lagi-lagi isteri. Depa ni ada 6th sense. bahaya tu! sanggup nak hadap perang dunia ke 20? Kalau sanggup sila kann.. Kalau ada rasa tak jujur tu, cepat-cepatlah mintak maaf. Laki bini kot.. nak tipu mende lagi.. Rahsia?? Perlu ke ada rahsia dalam rumahtangga?Nonsense..

6. Toleransi
Toleransi juga sama penting. Sebab tu lah nak menunjukkan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Jangan letakkan sesuatu tugas tu hanya untuk pasangan. Contohnya, bini masak, bini basuh pinggan, bini kemas rumah, bini lipat kain.. Semua nak campak kat bini. Penat oii..cuba buat sesama.. Sama-sama bertoleransi. Kalau nampak bini penat mop lantai kemas rumah, then awak pon rasa tak larat nak tolong.. tolong tengok je. Takpa, sekali sekala tu buat lah air ka untuk bini.. Kesian dia penat kan.. 

Asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Tipulah kami laki bini takde bertegang urat, bertikam lidah.. Ada.. Ya, cuma tunjukkan yang baik2 je kat orang. buat pa yang buruk2 kita nak tayang... nanti dah berbaik, orang dok kata "time gaduh pong pang pong pang.. baik pon pong pang pong pang".. jom lah kita bina keluarga sakinah , mawaddah , warahmah.. doakan sesama ya.. 



(gambar raya 2015..tu pon raya ke 5..)... hehe.. #syukurselalu 



17 comments:

  1. sweet ja, baca ni sambil tersenyum sorang sorang hehehe :-)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Moga terus bahagia...

    ReplyDelete
  3. soooooo suwitttt ..kak yoorin doakan dayah dapat yang terbaik jugak ek =D

    ReplyDelete
  4. Pasangan itu kan pelengkap kita. Allah dah tentukan sebaik mungkin. Semoga kekal hingga ke syurga!

    ReplyDelete
  5. hihi...sweet je...saya pun dulu tak reti masak juga..alhamdulilah sekarang ok sikit la..kalau dulu, sendiri nak makan pun tak selera...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah yoorin dapat suami yang sangat penyayang.seronok je baca. :)

    ReplyDelete
  7. betul setiap pasangan mesti ada saling memahami.. sweet je yoorin..

    ReplyDelete
  8. kena saling memahami, baru bahagia!

    ReplyDelete
  9. Hebat Gjul pandai masak...tp akak suka cara yoorin x kenal.erti putus asa nk.belajar masak...gogogo

    ReplyDelete
  10. Ala. Ini baru lah namanya sweet. Sweet - sweet selalu ye =)

    ReplyDelete
  11. relationship goals namanye ! sweet halal relationshipp !

    semoga jodoh saya dan sy mcm tuuuuu, perbaiki diri, aduhaiiii ~ heheh..amin !

    ReplyDelete