#Cabaran20Hari | Pengalaman Pahit Di bulan Puasa
Assalamualaikum.. Sudah masuk hari ke-5 #Cabaran20Hari. Maka ada lagi berbaki 15 hari lagi untuk mencukupkan cabaran ni.. Fuh!! Tapi sebenarnya seronok jugak ya disamping menceritakan pengalaman sendiri, boleh jugak baca pengalaman orang lain dengan kata carian #Cabaran20Hari.
Bercerita tentang pengalaman pahit di bulan puasa, rasa nya tiada lagi.Tetapi tahun ni punya puasa memang pahit lah sesangat.. Bukan je pahit, bengang, geram, emosi , nak marah , maki orang je. Sebab apa? Kau tahu?Area kawasan aku takde air dari Sabtu lepas 27/6 sampai ke Khamis depan 02/07. Ya Allah .. Sedih sangat rasanya. Minggu sebelum tu pon takde air jugak. tapi sehari je yang takde air.. Lepas tu ada air balik.
Jangan nak kata aku tak de tadah air ya.. Tadah.. tapi ye lah.. cukup lah untuk kegunaan sehari 2.. kalau 2 minggu takde air, patut tak aku nak merungut? lainlah rumah aku ada tangki sebesar lori syabas...!!! Untuk pengetahuan, ketiadaan air ni takde notis langsung. Aku tahu pon melalui Facebook..
2-3 minggu ni jugak laa tak dapat nak memasak sangat.. Setakat goreng2 biasa tu boleh laa.. lagi 1, bila takde air ni, ingat seronok ke nak basuh pinggan yang berlonggok? Tak kuasa hokey.. Nasib Gjul tak merungut aku tak masak, sebab dia pon paham, kita beli je laa lauk berbuka, makan pakai polistrin..
Memang jadi makian je page Syabas ni.. Dah laa mention takde air kat tempat lain. tempat kitorang pon terlibat sama... apakah? Notis hangguk kau!!!.. Sebelum ni tak de lah rasa sangat, sebab tak pernah rasa susah takde air..setakat sehari-dua memang boleh dimaafkan.. tapi bila kena kat diri sendiri, samapai 2-3 minggu takde air?? Allah.. sesak napas, sebab mulut gatai nak mencarut instead of zikir.. memang nak kasi orang kurang pahala agaknya.. huwaaaa!! nak tunggu sampai khamis depan baru ada air? bilanya entah aku nak masak lauk feberet aku untuk berbuka? Memang betul-betul pengalaman pahit laa ni.. 10 keturunan pon aku tak boleh lupa.. hahahahhahaa.. Okey! Cau cin cau!!!
Kesian akk..dhla bulan pose..
ReplyDelete10 keturunan tu, ha ha :)
ReplyDeletesabar...
but tu la, susah nak masak-memasak kalau xde air.
mandi manda... mencuci-cuci...
hahaha..dendam dengan syabas...
DeleteHuhu... Bab takde air time puasa mmg lah satu kenangan pahit.. Hehe.. Nikmat utk dikenang..
ReplyDeletenangis rasa..memang dugaan betul
DeleteHehehe. Ampang mema g selalu takde air. Bertabah laahh !
ReplyDeletedekat 2 tahun duduk sini..ni pertama kali kak yoorin menghadapi krisis xdok air..sedehhhh....
DeleteMemang susah tak ada air,
ReplyDeletekeperluan utama, biar tak de elektrik asal air ada...
Moga pihak Syabas dapat membantu dengan kadar segera, dan semoga kerja harian Yoorin dipermudahkan Aamiin.