Cerai susu
Dua tiga minggu ni aku rasa makin tertekan. Kalau dulu memang cuba sehabis baik taknak tertekan sebab menyusukan Irine. Mindset tu memang aku jaga betul-betul. Tapi sekarang rasa tertekan pula sebab dia menyusu. Apa ko merepek ni yan oii!.. Macam mana nak cakap ek.. Bila orang bercerita nak susukan anak sampai 2 tahun, dengarnya macam mudah je. Contohnya, Dari anak lahir, kita dah niat nak susukan anak sehingga umur 2 tahun. Okey. Mudah. Tapi awal-awal lagi selepas kelahiran ada juga bayi yang tak nak menetek secara terus. Masih tercari-cari dan tak pandai nak menghisap. Tu pon kita dah rasa sedikit tekanan di waktu berpantang. Ada juga yang tak mengeluarkan susu dan ada jugak pengeluaran yang sedikit walaupon dah mencuba pelbagai cara untuk tingkatkan produktiviti penghasilan susu. Kadang rasa sia-sia je beli pam susu sampai beribu, tapi hasilnya nan hadoo..
Ada sesetengah ibu yang tak dapat nak menyusukan anak walaupon sehingga usia anak 6 bulan. Takpelah.. Jangan pulak diperli mereka yang tak dapat nak menyusukan anak. bukannya diorang tak berusaha. Tapi takde rezeki. Alhamdulillah, 1 kegembiraan jugak lah untuk aku nak menyusukan anak sampai umur 6 bulan.. Kengkonon dah dapat diploma. Pastu, kita tambah lagi 6 bulan tengok macam mana. Alhamdullillah juga berjaya menyusukan Irine sampai setahun. Waktu tu takde lah rasa mencabar sangat. Sampai lah umur Irine setahun 3 bulan.. Aku dah start tensen.. Sebab apa? Dia dah tak menyusu macam baby lagi dah.. Macam-macam gaya akrobatik dia buat, sampai kan terasa nipple ni boleh berpusing 360 darjah.. ahahaha.. Aku rasa kalau diteruskan agaknya boleh dia tarik tek aku ni sampai kebelakang badan aku kalau dia boleh..
Orang tengok macam senang je kan, pergi mana-mana tak payah kelam kabut nak bawak segala macam bakul susu, air panas bagai. Selak je senang. Ya , senang bagi yang memandang. Berat bahu yang memikul. Kadang macam Irine tak pandang kiri kanan langsung, selak je baju aku. Kadang baru je balik kerja sampai rumah, tudung pon tak bukak lagi.. Lagi-lagi waktu berbuka haritu, "Maaa..jom...jommm..jomm.." Dia tarik tangan aku nak ajak masuk bilik nak tekk.. hahadooii.. Tensen.. Kadang berdoa supaya anak kecil ini paham apa isi hati ibu dia ni..
Kengkadang tu aku tolak jugak lah permintaan dia. Dah dia meraung nangis nak tek..nak tek.. sobss sobbs.. hati ibu ni macam mano? Bila luah perasaan kat Gjul "Abang.. ayang dah tak tahan macam ni, hari-hari ".. Jawapan dia "ayang dah sedia ke nak bagi dia minum susu beli?"... Bila dipikir aku memang tak sampai hati.. Automatik kesian. Hari-hari dok merungut pon jawapan aku tetap sama, kesiankan anak. Dok fikir, orang lain berusaha nak susukan anak , tapi tak berpeluang, aku pulak merungut. Dah laa tiap-tiap hari aku memang tak cukup tidur. Sebab bila Irine terjaga tidur je, nangis nangis, panjat badan aku, nak tek.. Suka hati dia je.. Dah tu ambik masa nak bagi lepas. Kau rasa boleh ke tidur lena? Sampai melecet hokey..rimas lagi hah..
Nak tunggu lagi 5 bulan umur dia 2 tahun. Huhu..lamanya rasa. Entah time tu rasa nak kesian lagi ke tidak. Aku memang salute laa kat orang yang buat tandem nursing ni.. Contohnya AZLINDA ALIN . Tak tahu lah dugaan dia macam mana. Aku sorang pon dah tak tahan..hahaha.. Maaf lah ye, bukan tak bersyukur atau nak berlagak sebab masih mampu menyusukan anak. Tapi tu lah, nak luah perasaan sikit.. Mana tau ada ibu ibu yang mengalami nasib yang sama.
sy plak dulu lepas susu sebab cik B menggelupas teruk n melecet, so doc suggest jgn bf anak..masa anak 1y8m betul2 lepas susu....stat nak wean off masa 1y6m ( on off la kiranya dlm masa 2bulan tu)
ReplyDeletetu laa..ni pon dah melecet..lagi kalau cuti raya haritu ..melekap je non stop.. sobss.. nak wean off sayang.. tp tak tahan .. bertabahlaaa...
Deletetahniah pd yg menyusu ank smpai stahun ke 2 thn...akak smpai 8 bln ja pstu trus xde...mcm2 try tp x bjaya.takat tu je la rezeki Aqil yg mampu akak bg
ReplyDeletetu laaa kan.. yoorin harap bertahan. lama jugak nak tunggu 5 bulan lg tuu.. =(
Deletemmg xmudah..bertabalah..lg 5bln jer..nnti nk stopkan boleh thn dugaannyer tau..kena kuatkn hati...umul alhamdulilah dua2 anak full breastfeed smpai umur 2thn..
ReplyDeleterespect dengan ummul.. memang perlukan support dari ibu yg lain..
Deletenani dulu umur berapa tahu baru cerai susu. heheh
ReplyDeleteAmboiii..tahan mak nani ekk
Deletei can feel you..saya pun hari tu tak sabar nak tunggu anak dua ni 2tahun..sebab dia suka menyusu lama-lama...kalau tidur malam tu, memang asyik bergayut je la..tapi masalahnya dia asyik nak tukar dari kiri ke kanan, then tukar balik..memang stress..hari-hari maknya tak cukup tidur..huhu..tapi alhamdulillah dapat juga bertahan sampai dia dua tahun..
ReplyDeleteBetul!! Kiri kanan..kiri kanan..hahahah.. memg x lena lah nkmtidur dia dok bergayut je.. 😂😂 bertahan jugak ni sedaya upaya
DeleteMmg tak mudah nk susukan anak sampai 2 thn...sy pn tanderm nursing anak sulung sampai 3 thn ank 2nd skrg dh 1 thn 4 bln masih bf lg...tp yg akrobatik tu mmg setuju..
ReplyDeletealhamdulillah,anak sulung khaty 2 thn stop BF,cuma anak no 2 sebulan ja,lepas tue dah kekurangan terus susu,guna susu tepung juga
ReplyDeletesusu ibu yg terbaik kan
ReplyDeletealahai..macam mana la nad nanti
ReplyDeleteAnak da 2 thun 4 bln pun stil ketagih puting mama dia ni...walaupun da ON FM...tp nk tdoq or apa2 stil cari tek mama dia ni...haih laaa...
ReplyDeleteLetak akaq seruntun pun xjalan...
Mcm mana lagi la nak wat