Thursday, July 23, 2015

Pengalaman balik beraya dengan anak

Nekad & Tawakal!

Hampir seminggu senyap dari dunia blogging.Bukan malas ke hapa..  Memang takde masalah pon nak berupdate bagai.. Tapi bila bercuti atau balik kampung 78% masa aku untuk bersama keluarga... Jangan kan blog, whassap dan segala macam medan sosial  hanya sempat read je. Kecuali instagram laa..hahaha..  Nak balas, tak terlarat. Waktu nak tido baru berkesempatan pegang henpon.. Ni nak cerita sikit laa pengalaman balik kampung dengan anak. BTW, Aku bukan lah wanita pertama yang memandu sendiri pulang ke kampung bawak anak sendirian. kang reader kata aku kerek pulak kan.. tapi nak cerita juga lah.. bukan mudah ye untuk menjadi wanita yang berdikari.. nampak cam mudah je nak balik kampung bawak kereta. dulu masa bujang selalu je travel balik kampung..tapi ni bawak anak kecik, memang memerlukan kesediaan diri. Mental dan emosi.. 




Aku awal-awal lagi memang dah ready emosi manalah tau kalau Irine mengamuk tetibe. Kalau kebetulan dekat dengan R&R takpe. Kalau jauh lagi? dah anak dok menangis nak kat kita nak buat macam mana? park double signal tepi jalan atau memandu sambil pangku anak? Gjul & mak pak aku, mulanya agak keberatan nak biarkan aku drive sendiri. Sebolehnya mintak aku naik bas atau pon mintak tolong adik aku datang KL jemput aku. Tapi aku yang taknak.. Naik bas,lagilahh  aku taknak, sebab kau paham lah perempuan. Kalau cuti lama-lama ni bukan bawak beg baju. Tapi dia bawak satu lemari..hehehe..  kang balik KL kang nak jugak memunggah barang-barang dari kampung. Lagi satu, taknak menyusahkan adik aku mai KL.

Aku gerak lepas subuh. So, pagi lagi dengan harapan Irine masih mengantuk. Cuaca pon tak panas, takdelah dia renyah dalam kereta nanti. Alhamdulillah. Perjalanan dari Ampang ke Batu Pahat nyata dipermudahkan. Irine belum sampai tol Sungai Besi dia dah lelap. Means , aku tak de berhenti langsung kat R&R.  Tapi Irine terjaga masa sampai kat Tol Pagoh. Memang dalam pukul 10 tu , waktu bangun dia. Tapi nasib baik tak merengek. Cuma masa dah sampai di Batu Pahat, mentibe dia nak ke seat aku. Agaknya dah bosan kot.. Nak taknak dengan muka tak malu, masuk drive thru Mc D.. beli eskrim.dah la bulan puasa kann..  hahahaha.. Asal dia diam je laaa k...

Perjalanan balik ke rumah mertua dari Batu Pahat ke Segamat pon mudah sangat walaupon gerak tengahari.Baru sampai Sri Gading Irine dah tido. hahahahaa.. adeh. anak dara sorang ni tak boleh kena aircond agaknya.. Lama jugak dia tido. Dah sampai Segamat baru nak bangun.. Takpe lah nak.. Risau jugak tuu ...





Sedikit tips dari diri sendiri. Sebelum mulakan perjalanan jauh ,
1) pastikan sediakan sedikit kudapan, air dalam kereta. Sebab diorang ni dok mengunyah je diam. Irine macam tu. Asal ada roti ke, biskut ke, dia senyap.Janji makanan kudapan ni mudah dicapai tangan kita. 
2) For sure check lampin dia basah atau tidak sebelum kereta bergerak. Taknak laa dia tak selesa. Selimut and bantal kena disediakan. Persediaan anak kalau tidur, selimut boleh hangatkan diorang. Tidur pon lena. 
3) Lagi satu, make sure, anak duduk di dalam car seat dalam keadaan yang selesa dan tidak senget-senget. Sebab kengkadang diorang ni bukannya reti sangat nak ubah kedudukan. Statik je. Maka, sebelum perjalanan pastikan diorang duduk selesa. 
4) Sesetengah budak ni diorang perlukan hiburan. Bukalah radio ke tv ke dalam kereta. Macam aku sendiri, memang bukak radio sambil menyanyi. Irine pon kengkadang ikut menyanyi sampai tertido. Adalah aktiviti dia.. Sebab dia bukannya gemar sangat nak sentuh gadget/henpon. 
5) sentiasa bertanyakan kepada anak, berbual dengan dia. Ni pon salah satu komunikasi dengan anak. Nak hilangkan boring sendiri pon ye. sekejap-sekejap aku tanya Irine "Irine okey tak?Irine okey tak?".. 

Bukan mengada atau hape.. Dari dulu aku memang tak suka nak susah kan orang. Dan cuba untuk berdikari sendiri. Kalau tak berani dan nekad, gayanya macam kena beraya kat KL je la.. hahaha.. 



17 comments:

  1. member pun balik beraya dengan anak jugak.. jauh perjalanan dia, dari seremban ke pengkalan hulu..

    ReplyDelete
  2. akak dah merasa camni.. mmg mencabar tp kena gagahkan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kali ke2 kak balik... nanti lama2 biasa lah kan..hehehe.. dugaan suami kerja

      Delete
  3. Assalamualaikum & Salam Aidilfitri yoorin,

    Yoorin beraya di Batu Pahat, saya dari Seremban balik ke Muar.. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan..

    ReplyDelete
  4. bravo....cayalah...

    penah gi knduri bdua dgn Aqil kat Yan Kedah.Tetiba smpai kt hway Sg Petani jem truk ada xciden keta tbalik.Keta pon jln semput2.Dkt 2 jam gak la sangkut jem.Aqil melalak.Mcm2 buat tp dia xmo dia.lastly bg dabel signal n masuk laluan kecemasan trus pecut laju nk lepas jem.Smpai tol byr trus park tepi.Dia nk nyusu....wuuuuuu....gelabah gak la pestime jd cmtu

    ReplyDelete
  5. comelnya Irine senyum...nasib baik akak balik kampung dekat je

    ReplyDelete
  6. Part anak meragam tu yang ibu boleh jadi panik.. hehehe.. tapi terbaiklah.. Alhamdulillah selamat sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg panik..sebab dulu pernah jugak..rupanya setelah diselidik, dia tak boleh ada org lain dalam kereta.. kalau org tu drive , mommy yg pegang dia takpe..

      Delete
  7. good tip yoorin. lin sejak beranak 2 memang tak la drive sendiri jauh. klu dekat2 tu adalah...

    ReplyDelete
  8. Lama dah tak merasa jalan jauh tau time raya....

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... Dipermudahkam...

    ReplyDelete