Followers

AFB FEEDS

Wednesday, August 5, 2015

Jiran Tak Guna

Hidup Berjiran




Aku ni tinggal kat rumah flat je di Ampang. Kau tau je lah Ampang. Crowded bangett.. Masa mula-mula pindah dulu, memang banyak cabaran. sebab dulu sebelum kahwin sewa bilik je. Nak kahwin , tak terpikir pon nak cari rumah sewa awal-awal. Sebab yakin rumah sewa banyak. Ye lah. Masa bujang dulu, nak cari bilik, rumah sewa yang banyak. Macam-macam usaha lah aku cari.. Mudah, pergi 7E, tanya orang.. Dalam keadaan aku dah mengandung waktu tu. Sebab dah kawin duduk asing-asing. Tensen tau tak.. Sebulan jugak laa aku mencari. Last jumpa jugak. Rezeki baby kot.. Tak kisah laa duduk rumah flat pon. Selesa sebab 3 bilik. Nanti orang nak datang rumah, ada bilik tetamu. 

Kejiranan kat tempat aku ni rata-rata nya orang Sabah. Sebab BFF aku orang Sabah, dan pernah datang rumah keluarga dia kat Damansara, so aku tak pelik lah bila jiran-jiran aku ni 1 rumah duduk anak beranak 3-4 keluarga. dari atok nenek sampai cucu cicit. Memang ramai.. Yang lucunya, bila ada ahli keluarga yang bergaduh, memang 1 rumah keluar duduk bersidai tepi koridor. Hahaha.. .. 

Jiran sebelah rumah aku pulak, didiami keluarga cina. Sebab jarang jugak lah nampak atau bertembung dengan jiran aku ni. Bayangkan, setahun , 3-4 kali kot bertembung. Punya lah sibuk. Tapi jiran aku ni ada mak yang agak dah tua jugak laa. Umur 70 tahun. Tapi dia jalan masih kuat.Kitorang selalu jugak bertegur sapa dengan aunty ni.. Selalu bagi buah kat Irine. Masa raya cina, dia bagi angpow.. Memang baik sangat aunty ni..Tiap-tiap pagi aku nak pergi kerja, dia dah tercongok kat coridor tengok pemandangan bawah rumah kot. heee. Kadang bertembung dengan dia baru balik kedai beli ikan & sayur. Aku perasan , even budak-budak kecik pon suka dengan dia. Siap pimpin dia naik tangga. Memang peramah sangat.

tapi aku perasan lah dah 2-3 bulan tak nampak dia. siap aku tanya Gjul "aunty sebelah ni mana ek? lama tak nampak "... Gjul jawab, balik kampung kot.. ooooo.. Nak dijadikan cerita, tadi pagi aku nak keluar rumah, terserempak la dengan jiran aku ni, iaitu anak aunty tu.Dia tengok aku, aku tengok dia dan senyum. tergerak la hati nak tanya lama tak nampak aunty. Dia tetibe senyum , dia kata aunty sudah meninggal.. Terkejut aku weii.. Bila aku tanya bila dia meninggal? Jawapannya bulan March... Hahahaha.. mentibe aku rasa macam jiran tak guna pulak. Dah 5 bulan orang tu tak de, aku tak tau.. Tapi ni lah lumrah duduk kat KL kot. Kejiranan dianggap enteng. Kadang ada yang tak bertegur sapa. Sodehhh kan.. 

13 comments:

  1. Adehhh. Kadang2 sokmo gtu kan.tahu2 dah meninggal rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe nani.. ni memang betul2 juran sebelah rumah.. haha.. cerita kat suami pon dia terkejut..macam baru 2-3 bulan lepas je jumpe dia dok berjalan2..

      Delete
  2. Adehhh. Kadang2 sokmo gtu kan.tahu2 dah meninggal rupanya

    ReplyDelete
  3. Mak aiii...5 bulan dah...lama dah...

    ReplyDelete
  4. Sama.. jiran depan rumah jumpa kat Tesco bleh gi salam "Rasa macam kenal tapi kat mana eak". Sudahnya kena sound "Akak dok depan rumah awak lah". Adeh dah 5 tahun dok sini jiran depan pun tak cam muka. Malu giles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. ni lagi teruk ni.. dah 5 tahun tuu tak cam muka ek.. hehehe.

      Delete
  5. seronok kan dapat Jiran yg baik mcm tu..

    ReplyDelete
  6. seronok kan dapat Jiran yg baik mcm tu..

    ReplyDelete
  7. Kesibukan dan life style skrg buat kita susah nak bersua beramah mesra dgn jiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..takde lah sibuk sangat. tapi memang jarang laa bertembung ke hapa.. masing2 terperap dalam rumah.. =)

      Delete
  8. Aik.. selalu kalau Cina "tak da" bukan dia buat macam "kenduri" berhari-hari ka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde langsung kenduri.. bakar colok sembahyang pon takde. Tapi yang perasan dia letak kasut kat pintu luar. Sebelum ni tak pernah pon masa aunty tu ada.. tu yang tak tau aunty meninggal..

      Delete
  9. Ha...dh lama gila dia 'takda' br tau...huhuhu...sm kes jiran rumah sewa lama...diorg pindah tggal rumah dgn pntu pagar bkunci smpai kami pon xtau.bl tuan rumah sblh mai nk kutip duit sewa br tau diorg dh blah...huhuhu

    ReplyDelete