Monday, September 14, 2015

Denda RM4525 Je!!!!

Sakit nya hati kita harini.. Niat tak nak up entry langsung sebab kemalasan yang amat.. Tapi mentiba baca sikit berita online kat berita harian , menggelegak panas je rasa hati.. 
Apakejadah nya denda cuma RM4525 je kepada yang menjadi punca jerebu? Dah la aku ni dok batuk tak henti-henti.. Cari mask kat farmasi semua dah sold out... Bukan tak nak pakai tau! Tapi sebab dah sold out!!!! 





Dah laa jerebu ni bahayakan kesihatan anak-anak kecil .. Kat Malaysia ni pon selagi tak da  kes orang sesak napas nak mati, memang sekolah tak tutup lah.. Tiap tahun hal yang sama.. Kesian jugak kat ibu mengandung.. Bahaya tau tak.. Rasanya depa ni nak ke bertanggungjawab? Takat bayar RM4525? cehhh.. Jdt Fans bakar suar pon kena puluh ribu ratus ribu saman dengan FAM... ni? Grrrr... Gerammnyaaa i.. Tolonglah kerajaan Malaysia & Singapura.. takkan nak diam ja?? kesihatan rakyat terjejas ni.. 



bila cuma bayar sikit je denda macam ni, tak mustahil, nanti ada lah syarikat lain, atau yang sama , main bakar je ladang.. nak jimat kos kannnn... Denda pon bayar sikit. Sedangkan keuntungan dia lepas ni? Sapa yang tau... hey..kill your brain pehlis..
(dah bengang sangat)...





Sumber : Berita Harian


15 comments:

  1. betapa kecilnya nilai yang di berikan kepada mereka yang boleh menyebabkan jutaan nyawa terkorban...baik sgt ngan diorang dah kenapa

    ReplyDelete
  2. Yang kelakarnye, kerajaan Singapura ade tau offer bantuan tapi Indonesia tolak seh!
    http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/jakarta-declines-help-to-fight-fires#xtor=CS1-10

    ReplyDelete
  3. Aduhai.. Tak berbaloi betul.. Yg kena kesan bukan negara dia je..

    ReplyDelete
  4. Patutnya malaysia singapore boleh denda dia dlm usd !!!
    Thn depan buat lg!!!!!! Denda ciput.

    ReplyDelete
  5. erm...entahlah yoorin..tak tahu nak ckp apa dunia skrg..

    ReplyDelete
  6. Area Nad ni dah nak 200 dah ni T_T Aiyo.

    ReplyDelete
  7. Geram kan! Kecil sangat nilai denda tu jika nak dibandingkan dgn kemusnahan yg dibuat.

    ReplyDelete
  8. Bukan syarikat ni ada kaitan dengan Malaysia juga ka pemiliknya.

    ReplyDelete