Friday, November 13, 2015

Punca Kena Minum Air Gula Ketika Hamil








Seriau pulak lahai bila part minum air gula ni.. Masa mengandungkan Irine dulu kena minum air gula 2 kali.. Tu pon bila ditanya dengan kawan2 yg pernah minum air gula, diorang kata sebab kalau umur atas 25 tahun baru lahirkan anak pertama memang kena minum.. Aku pon percaya.. Tapi ada je kawan aku pregnant anak sulung umur 30 tahun, tak kena pon minum.. cehhh..

Tapi pregnancy kali ni, memang aku tanya betul-betul la kat nurse, apa syarat sampai aku kena minum air gula nanti.. sebab kalau boleh tak nak minum langsung.. yuckkksss.. memang la aku boleh minum sampai licin gelas, tapi lepas tu memang pening terus ahhh kepala aku ni.. air gula kot!!! walaupon penggemar minuman manis, tapi namapun air gula khenn.. Allah.. 

 nurse tunjuk ah kat aku.. "awak ni mesti tak pernah selak kat buku merah kan? Kan ada tertulis kat situ pasaipa kena minum air gula..".. 

Okey!!! Fine.. memang ada rupanya tercatat kat buku.. Dan sah-sah la aku kena minum air gula walaupon bukan sebab ada penyakit keturunan atau apa.. Tapi!!! Sebab BMI aku tak cantik kata nurse..Meh tengok apa dia kriteria yang tersenarai untuk ujian minum air gula @ MGTT 

SENARAI SEMAK KRITERIA UNTUK UJIAN MGTT




1) Umur >35 tahun 

ingatkan umur 25 tahun.. hahahah.. ye lah kot kan..umur dah banyak, risiko untuk kena diabetis ni tinggi lah kot.. 

2) BMI >=27kg/m2 atau berat >= 80 kg

ni la punca aku kena minum air gula.. bmi lebih dari 27.. baru sedar diri ini gemoksss.. gemok teramat lah kot.. adehh..sodehhhh...nurse pon dah siap2 bulatkan bmi aku tak cantik..


3) Sejarah keluarga ada diabetes

Dalam family aku memang ada lah yg kena diabetes. Tapi sebab mak / ayah aku tak da diabetes, so tidak dikira . 

4) Sejarah Gestational Diabetes (GDM)

Memang ada diabetes atau ada sejarah GDM ketika hamil yang terdahulu.

5) Sejarah keguguran 2-3 kali berturutan

Bagi yang pernah keguguran, memang kena minum jugak air gula..

6) Sejarah Kelahiran IUD / stillbirth / 0-6 hari / Congenital malformation

Yang ni agak bahaya jugak lah.. Lagi sejarah kelahiran IUD. Even korang dah pasang implan untuk merancang keluarga, tetapi sangkut lah jugak.. adehh..ngeri lah pulak.

Stillbirth pulak maksudnya kematian bayi dalam perut walaupon usia kandungan 24 minggu ke atas. 

0-6 hari tu tak paham

Congenital malformation tu pulak kelahiran bayi yang abnormal /spinal bifida dan lain2 kecacatan..  =(

7) Kenaikan berat badan melebihi 2kg /minggu

2 kali dah check up pregnancy.berat badan masih sama tak naik pon.. gatai pulak mulut tanya dengan nurse, boleh tak kalau berat maintain je cenggini sampai bersalin? (hahahahhaha macam la boleh.. lupa ke tak ngandung pon macam peti ais) .. Jawabnya no! at least sebulan kena naik lah 1/2 kilo.. bayang ea, ni pon berat dah 70+... 9 bulan nanti? maunya dah 90 lebih kot!!! aaaa!! ngerinyaaa..

8) 2 kali glycosuria

air kencing mengandungi gula. 

9) Recurrent UTI/ Candidiasis

10)  Polyhydramnios

Penghasilan air ketuban yang berlebihan. Ini berisiko komplikasi kehamilan , sesak nafas, kelahiran pramatang dan lain-lain.




11) Sejarah melahirkan bayi : berat lahir 4kg ke atas

Heheh.. Irine dulu 3.7kg je.. 


Tapi tak yah la risau sangat. Bagi ibu-ibu yang sebelum mengandung takde diabetes, tetiba mengandung kena pulak diabetes. Selalunya lepas bersalin nanti hilang lah tapi mungkin akan berulang lagi untuk kehamilan yang lain. semua wanita hamil mempunyai potensi untuk mendapat diabetis disebabkan hormon-hormon diabetogenik yang dihasilkan dari plasenta. 

btw sedikit pesanan ringkas : Ibu-ibu yang diabetis semasa hamil mempunyai 50% risiko akan mendapat diabetis type 2 dalam masa 25 tahun. Oleh kerana itu,mereka  mestilah sentisa aktif secara fizikal dan mengelakkan obesiti dari terjadi. Dengan ini dapat mengurangkan risiko diabetis bila tua nanti.



8 comments:

  1. dulu2 kalau mengandung kena minum air gula sebab ada keturunan diabetes. masa tahun 2012 sy mengandung anak sulung nurse kata sebab keturunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa irine (2013) dulu sy 2nd check up berat naik banyak.. tu pasal kena jugak minum air gula.. tp dah bersalin xde diabetes kan?

      Delete
  2. Alhamdulillah,mengandung tuari xkena pulak minum air gula...

    ReplyDelete
  3. kena jage bmi r kalau nak pregnant.. khenn.. :)

    ReplyDelete
  4. auummm.. air gula...

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  5. Seksanya minum air gula.. *menangis*

    Kalau minum air gula selalu muntah balik.. haha

    ReplyDelete
  6. Seksanya minum air gula.. *menangis*

    Kalau minum air gula selalu muntah balik.. haha

    ReplyDelete