Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Tuesday, March 31, 2015

Wedding anniversary & Happy birthday Suami


Alhamdulillah.. Genap 2 tahun sudahh usia perkahwinan aku & Gjul semalam (30/03/2015) and harini (31/03/2015) pulak genap 29 tahun usia Gjul.  Cepatnya masa berlalu. terima kasih Allah meminjamkan aku seorang suami yang baik, penyayang, hormat aku (bukan takut bini), dan rajin membantu aku uruskan rumah. Suami yang sentiasa bekerja keras membanting tulang empat keratnya mencari rezeki untuk kami 3 beranak. Suami yang sentiasa bagi sokongan dan dorongan, kepercayaan tak berbelah bahagi.. Seorang yang sentiasa menyakitkan hati (hahaha) tapi lebih banyak kegembiraan yang dia bagi untuk menceriakan hari hari aku. Tanpa dia, entah cukup kuat atau tidak nak menghadapi kehidupan mendatang.. Cheh!! puitiss sangat...

Senang kan tarikh kahwin and birthday dekat2 je.. Sebab senang lah laki aku yang jenis tak ingat nombor ni nak mengingat..Tapi tu laa.. Selalunya tak ingat. Termasuk lah nombor talefon aku.. Birthday anak pon tak ingat.. Baru anak sorang.. Kalau anak seploh??? Nasib masih ingat birthday aku.. gagagaggaa... Yang ruginyaa nak kena pikir 2 hadiah laaa tiap2 tahun.. puiiii!!! 



Selamat ulangtahun perkahwinan saiyangggggg..... ayang dah tepek banyak banyak ucapan cinta kat motor abang tadi malam.. Dengan harapan tak hujan, & abang pergi kerja pagi tadi dapat baca semua nya.. Hahhahahaha.. Sorry!!!! (terima kasih untuk kawan blogger yang bagi idea prank macam ni.. tak ingat laa sapa.. )




Malam nanti belanja ayang kek tau.. birthday boy kena belanja laa.. ahhahahaa. 





Food Review | Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru & Kelapa Frutti


Siapa penggemar nasi lemak (food lover) & tak kisah title gemoks macam aku (padahal kisah jugak sebenarnya) wajib berkunjung ke Nasi Lemak Antarabangsa.. Lokasinya di kampung Baru, Kuala Lumpur. Ini pengalaman pertama jejak kaki ke sini dan sangat-sangat laa puas + kekenyangan  = Suka hati. Aku ni kalau makan nasi lemak tak sah laa kalau tak makan ayam.. mesti nasi lemak ayam, tak kira lah ayam masak merah ke,ayam goreng rempah ke.. kali ni aku try cuba menu yang lain pulak.. makan nasi lemak bersama rendang daging + sambal sotong. Aku rasa setelah hasil percubaan aku menggabungkan 2 lauk ni memang padu ah!!! Paling sedap sambal sotong nya.. entah laa.. sotong tak liat. dimasak secukup rasa , manis manis pedas.. Aku agak kurang suka sebenarnya sotong kurita (betul ka ), tapi sedap pulak sambal sotong nya.. hahahaha.. Tak rugi aku saja je mentry! 

Sampai sampai je, tengok orang dah beratur panjang.. ambooii.. dia punya penangan kann.. sanggup .. Sebab kalau kita baru 1st time nak try food bila nampak orang Q panjang macam tu, dalam otak kata "must try!"

Signboard Nasi Lemak Antarabangsa

Kena Q okeyyy.. Bawak bertenang semua...


Pelbagai menu.. Sesetengah tempat yang menyajikan menu berlauk,tak mention pon harga berapa. Yang ni, dah siap ada harga.. So boleh laa bajet makan apa yang nak dimakan.. 

Antara lauk pauk untuk nasi lemak berlauk.. petai pon ada.. 

1st time laaa makan nasi lemak berlauk ada cucuk cucuk macam ni,.. Serius.. ni 1st time nampak.. 

Dikejauhan kelihatan sambal sotong pengubat rindu.. hehehe.. My feberet jugak begedel.. huhuhu.. 


Mee hoon goreng bagi yang nak makan ringan ringan.. Selain tu ada jugak soto , nasi impit kuah kacang.. nyummmsss...

Seperiuk Rendang Daging.. Daging memang empuk.. Tak liat pon.. Rasa kuah rendang pon pekat likatt.. memang sedappp laa.. 

nasi lemak + sambal sotong + rendang daging

nasi lemak sambal sotong 

Bersebelahan kedai Nasi Lemak Antarabangsa ada jugak kedai minuman Kelapa Frutti. Menyediakan minuman yang sedap dan menyegarkan.. Rugi tak cuba... Menarik, sebab lain dari yang lain.. Takde lagi rasanya R&D menu macam ni.. 





 Air Kelapa VIP.. Air kelapa dengan aiskrim vanilla dan choc topping.. Sedap sangattt.. Mesti CUBA!

Yang ni Air Kelapa float strawberry


Air kelapa Laici. Memang kombinasi laici + kelapa sedap ghupenyeee... Ahaa.. lupakan seketika coconut shake... 


Food Review bersama blogger Kelab Blogger Ben Ashaari


Ada juga kuih feberet aku.. Kuih Koci pulut hitam berdadih.. allah.. susah nak dapat kat KL ni.. Memang sedap. Inti kurang manis...  

dapat jugak laa merasa kuih Bahulu kukus layered chicken floss,,, Sedap.. Ada rasa macam rempah rempah.. 
Nak tempah boleh ke facebook : Kak Aliah


Sebagai penambahan untuk NLA kena ada jugak baby chair.. coz ada anak kecik ni dok cranky ikut mood dia je... huhuhu.. 

Bagi yang ingin mencuba dan merasa kesedapan Nasi Lemak Antarabangsa boleh laa serbu ke sana.. 

Nasi Lemak Antara Bangsa Kampung Baru (since 1973) - Main Outlet
No 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur 
Waktu beroperasi : 

Kelapa Frutti 
(Bersebelahan Nasi Lemak Antarabangsa)








Wednesday, March 25, 2015

Kecenderungan bila menjadi mak mak



since dah jadi mak mak ni, kecenderungan untuk memenuhi kehendak sendiri dah agak terbatas. Teringin... Tapi pikir ada lagi yang lebih penting.. Bagi parents yang hidup dalam kesederhanaan macam aku, mungkin akan rasa perkara yang sama. Dulu bujang bujang, boleh lagi nak belanja kasut scholl ke clarks sebulan sekali.. Dah jadi mak ni, pakai kasut beli kat kedai biasa pon dah syukur. Lagipon, memang dah tak teruja langsung bila dapat gaji nak menshopping untuk diri.. Ada laa beli baju sehelai, tudung sehelai.. Ayahnya lagi lah x beli apa apa.. Semua memang untuk anak & keperluan rumah je..

Sale? hanya mampu tengok wallet macam dah kupas bawang.. mata pedih berair air.. Chehh.. Drama laa pulak.. Tapi kalau ada sale pampers ke, barang bayi ke ..pergh..dia punya teruja siap sebarkan kan kawan kawan.. whassaap wechat bagai.. kah!

Lagi lah nak GST ni kan.. Takut pulak barang barang naik harga. bukan naik sikit. 6% dari harga produk & services tu!!! Jadi kalau ada barang yang murah2 tak salah kot nak share.. Buat apa nak simpan sorang.. Bukannye ko nak beli semua.. 

Last saturday sementara nak tunggu wayang mula, dok jalan jalan dalam Galaxy Ampang. Adalah market UO.. kalau dulu kat Johor kami panggil Uda Ocean.. Sesaje tengok harga barang kann.. Pergi tempat barang bayi. Makkk aii.. Diapers diapers kat situ murah kot!!!

Apa lagi.. Terus whassap kawan & sharing gambar. Hehehe.. Kalau dapat gaji sebelum GST dapat lah memborong kann..


Selalu aku beli ni kat baby expo pon dekat RM12.. kat kedai lain pon sama.. Ni dia punya harga biasa RM8.70?? hhahaha...



Feveret diapers untuk Irine.. Susah nak dapat diapex Wonder pants!! murah gilaaakkkk.. berjaya merembat .. hahahaha

Mamy Poko pon murah gilaaaa... kat tesco dekat harga 50 lebih okey.. tengok laa kalau ada promosi pon 40++.. gilerr ke tidak kalau tak menyambar??? Kat belakang tuu Drypers Wee Wee Dry.. lupa pulak nak shoot gambar.. sebab tak pernah membeli.. Tapi nampak kot harga RM32.90. Yang agak mahal jenama pet pet.. RM35+ tak silap....

Promosi ni sampai 31 MAC ni saje.. lepas ni tak tau lah kembali ke harga biasa yang mention kat bawah harga tu ke atau ditambah 6%.. Fuhhh.. lega dennn.. tengok laa next week boleh laa aku sambar sebungkus 2 lagi kan.. Rugi tak memborong.. Tak payah sesak sesak nak pergi Mid Valley baby expo hujung minggu ni.. tehehehe..

Pada aku dah murah laa kot ... Tak tau laah korang.. Sebab aku memang tak pernah beli pampers kat Tesco / Giant / Aeon big. Aku beli pampers anak kat Speedmart  / baby expo je..Kalau baby expo, beli 5-6 bungkus terus sebab murah.. Harga kat mall tu buat aku tercekik.. Ke memang tiap kali aku ushar harga memang mahal???


Salah 1 contoh cara aku menshopping pampers anak.. hehehe.. Perasaan macam beli Pandora okey..








Tuesday, March 24, 2015

MOVIE REVIEW : Chappie


 Ni adalah kali pertama entry review filem untuk blog ini.. Kalau blog yang lama, boleh kata everyweek nak update entry review filem, sebab tiap2 minggu pergi tengok wayang. Tapi since ada anak kecik ni, memang tak de chance okey nak pergi tengok wayang. Tak sampai hati tak bawak Irine. Nak bawak dia masuk panggung, takut pulak merenyehh.. Actually, hampir setahun lebih jugak tak pergi tengok wayang. Adalah sekali kot last year..Ni pon dapat pergi sebab Irine ikut babysitter dia pergi berjalan.. Kalau tak, memang tak de chance lah. 



Balik kerja Sabtu lepas, Gjul ambik balik kerja..nak ambik Irine, sekali dia pergi berjalan, so ada chance laa weolls berdating. Lama dah tak berdating okey.. Aku plan nak belanja Gjul tengok wayang. Dah aku yang ajak kan.. Sampai je kat MBO Galaxy AMpang, blur tak tau nak tengok cerita apa.. Sebab aku memang dah tak update langsung pasal movie ni.. Gjul nak tengok Isyarat Cinta .. WHATTT??? hahahaa.. memang tak laaa aku nak tengok.. Kebetulan ada terbaca kawan update status kat Facebook cerita Chappie.. Then aku tengok, okey laa kot cerita ni. Mulanya Gjul tak nak tengok.. Dia ingat cerita tamil / Thailand.. HAHAHAAHA.. bengong laa..Aku tunjuk poster baru dia kata okey..

Kat kaunter pulak aku tak paham langsung budak kaunter ni cakap apa.. semua aku ya kan je.. Tetibe dia cakap, nak redeem ke? Tamat 31/3 ni.. aku pon jawab okey.. Redeem je lah.. nak bayar tu, tetibe dia kata tak payah.. Sebab free.. LOL.. Ghupenye bonus harijadi kad MBO!! hahaha.. gjul punya birthday kann.. tak payah aku keluar duit.. Kira Gjul laa yang belanja..



(NI REVIEW FILEM KE REVIEW APA PANJANG LEBAR INTRO)


BTW iklan kat MBO makk aiii.. dekat 30 minit.. T______T

*Google*

Chappie ni mengisahkan robot ciptaan manusia. Mulanya dia jadi robot polis je..Tapi 2 kali kot rosak.. Hampir hampir nak di musnahkan. Tapi pencipta nya (DEON) nak guna body Chappie untuk test laa dia punya program ciptaan yang baru  membolehkan robot mempunyai perasaan dan tingkah laku seperti manusia. Tapi DEON kena colek & robot pon dirampas oleh penjenayah yang terdesak nak bayar hutang iaitu Ninja (Daddy), Amerika  & Yo-Landi (Mommy). 

Sebab kira macam Chappie ni baby baru lahir, tu yang mommy Yo-Landi memandai bagi nama Chappie.. Terus melekat. Chappie dah berjanji dengan Deon untuk tak melakukan apa-apa kejahatan, tapi penjahat penjahat ni, kemain laa hasut Chappie jadi jahat. Itu je boleh story. Kena tengok filem ni okey!

Salah satu sebab aku nak tengok movie ni sekali tengok trailer terus minat nak tengok. Maybe sebab aku ni jiwa jiwa Fiksyen sains & robot robot. hehe.. Ada certain movie robot robot aku x suka.. macam Wall-E tu kureng lahh.. Tapi Chappie best. Ada part yang betul betul main perasaan aku okey. Macam tak sampai hati nak tengok dia kena baling botol , kena pukul.. Siap gaya dia merayu rayu.. Sedih sangat. Padahal dia robot je pon.. Nampak tak penulis movie main perasaan penonton?? Banyak sense of humor and banyak jugak pengajaran dari cerita ni. Lagi lah.. jangan ada rasa hasad dengki dengan kawan sekerja ye.. 

BTW aku rasa pon ada kot sambungan movie ni.. HOPE SO!!!! Yo-Landi Mommy jadi robot.. memang puas tengok.. Puas laa ketawa terbahak-bahak dengan lakonan diorang ni.. Menjadi betul..


RATE : 8/10

Trailer Chappie









Saturday, March 21, 2015

demam di usia senja


2-3 hari lepas, Gjul demam.. so dia memang tak nak dekat dekat laa dengan aku sangat.. Sebab  takut terjangkit. Almaklum lah.. Irine menyusu badan.. KAng dengan anak sekali terjangkit sama. 

Tapi apa nak buat. Nama pon duduk serumah.. Dah laa darah weolss sama.. Darah jenis AB+ .. Hahaha.. lagi laa kannn cepat terjangkit.. Tak sangka pulak darah boleh sama.. Ceh.. Jodoh kuat.. hahahaha..(sekilas).. Amboiii.. nak sekilas sekilas bagai.. MEmentang akak Sekilas tu tengah viral sekarang khennn,..

Tapi lain lah rasa bila demam ni. Dulu masa remaja, demam demam pon gigih laaa nak gerak sana sini.. Sekarang? Adoii.. demam sampai sakit sakit badan.. Dengan selsemanya.. Tersiksa jiwa .. Teruk sangat demam nya.. PAdahal baru macam nak demam.. Belum lagi kang batuk....Cheh.. Drama sangat ko ni Yoorin oii.. 

Nak nak makan ubat pon susah.. Time betul-betul tak tahan je baru nak makan.. Kesudah nya, memang bantai air 100 + sebotol. Bagi lega sikit.. Lepastuuu pakai ni... 

Nasal spray
Sebenarnya, yang ni untuk kegunaan Irine bila selsema. Almaklum lah, budak kecik macam tu mana lah pandai nak hembus mucus mucus yang tersumbat dalam hidung. Entah ditelan agak nya.. So, bila guna ni, kita spray je dalam hidung, memang meleleh laa dia punya hingus tuu keluar.. Harga dalam RM18++ tak silap.. Ke 20 lebihh.. tak ingatlah.. Sebab Irine ni dia dah tau, kalau nampak mommy pegang botol ni, pandai dia elak.. Nak tak nak spray waktu dia tidur la.. 



Ada je untuk dewasa punya. Tapi yang ni pon boleh je guna. Lagipon banyak lagi kann.. Puas hati laa .. Sebab lega sikit hidung dari tersumbat.. Bantai je lah.. Sharing is caring.. hehehe.. 


P/s: Bertabahlaa..jangat merungut waktu kita sakit.. Allah tarik nikmat sihat sebagai penghapus dosa kecil.. 

GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015


Jom sertai GA dan subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang hadiah gratis dari Bandung, Indonesia

HasrulHassan.com
Klik banner untuk sertai





Thursday, March 19, 2015

Happy 3rd Birthday LAZADA!


Kalau jenis kaki shopping maya , tak sah laa kalau tak window shopping kat LAZADA.. Tak beli pon tapi tengok-tengok je pon memang akan ada target nak menshopping kan... 

Tapi bila nak shopping yang berbaloi baloiii mesti lah time sale. Btw LAZADA memang rajin pon buat sale. Sempena harijadi yang ke-3 ni , diskaun sehingga 93%! Gilo ke tidakkk??

Lazada menawarkan pelbagai produk . Antaranya pekakas rumah &elektrik, fesyen , mobile & tablets, peralatan sukan dan macam macam lagi laahhh.. Dah macam shopping mall .. 


Klik banner
Ada lebih kurang 4 hari je lagi sales akan berlangsung selama 3 hari . 24-26 Mac 2015. Dah boleh dahhh check dalam akaun bank ada $$$ tak.. hahaha.. Rugi okey time sales macam ni tak nak berbelanja.. Sebelom GST lagi kauuu!

Klik banner
Nak tau, betapa tak kedekutnya LAZADA, birthday depa, kita pulak boleh request hadiah Hari Jadi.. Ko Ghase?? Aku pon tak terkecuali lah nak request hadiah jugak.. Alang alang nak request hadiah tu, Boom yang paling mahal sekali.. Hahahaha...

Nak tunjuk sikit my wishlist!

                     Harga asal  : RM2899.00  (-26%)
Selepas Diskaun : RM2149.00

Denim Jacket
Harga Asal : RM125.00 (-60%)
Selepas Diskaun : RM50.00


ASUS Laptop

Harga Asal : RM1000.00 (-18%)
Selepas Diskaun : RM899.00

Lancome Travel set

Harga Asal : RM421.50 (-70%)
Selepas Diskaun : RM128.50

By the way, harga yang tersenarai ni sebelum birthday LAZADA tau.. Mana tau waktu 24-26 MAC 2015  tu lagi murah kannn??? 

Banyak lagi lahh produk LAZADA .. Ada masa ni boleh dah start skodeng-skodeng barang wishlist korang siap-siap.. ^_^ 

Jangan lupa naaa.....














Wednesday, March 18, 2015

Dengan anak jangan nak berkira sangat!


Macam biasalah.. Kalau tiap kali hantar Irine, mesti 10-15 minit jugak nak bersembang dengan babysitter dia.. Tu hantar..nak balik jemput Irine pon sama.. dok bersembang.. Kadang sampai Irine dah bosan dok sebok selak2 baju kite nak nenen lettewww... hahaha..

Tapi pagi tadi BS meluahkan perasaan pulak... Dia tanya aku , Sammy ni awak nampak dia dah kurus tak??  Sammy pon anak jagaan dia.. umur sebaya Irine.. dalam 16 months kot.. tak sampai sebulan lagi BS jaga dia.. Sebab sebelum ni cuma jaga Irine sorang.. Aku cakap, laa sama je dari masuk sampai sekarang. Aku cakap lah.. kalau kurus pon sebab dia dah ada kawan main agak nye..before ni kan xde kawan.. duduk rumah flat terkurung je.. ni kat rumah akak , bebas dia main..Lagipon budak laki..lasak kan.. 

Lepastu BS pon story lah.. dia kata "mama sammy kata akak jaga terus sammy kurus, macam tak bagi makan je.. macam mana..mama dia pon takde bawak kan bekal untuk sammy.. At least biskut ke hapa,.. takde langsung.. Akak lepas antar budak2 (anak2 dia) pergi sekolah, terus pergi rumah ustaz belajar mengaji.. Terkejar2 pukul 8 nak kena ada kat rumah, sammy sampai.. dengan sammy belum mandi lagi nak masak bubur .. Kalau Irine awak hantar lambat,awak pon dah siap mandikan dia semua..  sempat saya buat kerja , siap ada masa hari2 vacum.. pukul 11 baru bagi irine makan.. Suami saya dah tak kasi saya jaga Sammy.. Tapi saya kesian pulak, dia dah manja dengan saya.. mama dia pon bukan kenal sangat dengan orang orang kat sini...nak antar kat sapa " 

Entah lah.. aku tak pernah merungut pon dengan BS Irine ni.. Sebab dia yang merungut kat aku lagi ada lah.. Irine masa baby aku dah cabut stokin kena marah, kena gigit nyamuk merah2 aku kena marah, sampaikan ubat nyamuk yang letrik tu aku pasang 3-4 bijik dalam rumah.. muka calar balar sebab jatuh pon aku yang kena.. Aku dukung irine tak betul pon kena bebel.. Dia punya bebelan macam orang tua bebel kat anak.. ke Irine tu anak dia.. LOL.. 

Sepanjang dia jaga Irine elok je.. Kadang2 Gjul pulak marah aku.. Sebab balik2 je jemput dia mesti baju baru..mainan baru.. Irine mintak katanya. ahahaha.. pandai pulak Irine mintak2..demand kann..kadang lagi dibawak Irine pegi playground, pegi jalan.. mak dia ni kan tak banyak masa dengan anak.. No wonder la kadang Irine ni tak nak ikut aku balik.. kadang aku hantar dia pon, laju je nak melompat ke bs.. Dah manja sangat..Tak pernah laa antar dia menangis ke hapa.. 

Sammy pon, baru sehari 2 dengan BS terus melekat.. macam dah lama jaga.. padahal tak pernah langsung dijaga orang lain selain mak dia sendiri.. Aku pon tanyalah, berapa harga mak dia bayar untuk jaga Sammy.. dia ambil RM250 je.. dari 8 pagi - 11 malam.. Termasuk Ahad & public Holiday.. aku pon cuti Ahad, sabtu 1/2 day.. Time cuti Public aku pon cuti.. makkk aii!! Irine pon charges RM350.. dari pukul 10 sampai 7-8 malam.. memang aku yang nak bayar lebih.. padahal masa Irine baby dia charge RM300 je.. tapi aku bayar lebih jugak..kesian.jaga  bayi plak tu.. bukan senang.. lagi laa kat KL.. around 400++.. Tapi aku tak kisah pon.. Malas nak berkira dengan anak.. Makan semua akak bs yang sediakan.. Aku takde la nak jeles pon harga lain2.. sebab aku pikir masa Irine lagi banyak dengan BS.. Kalau aku RM250 pon aku tak nak jaga.. 

Tempoh hari pon BS ada tegur mak Sammy ni.."kau tak kesian ke kat Sammy..hari2 balik lambat.. Kau dengan dia berapa jam je.. tu pon ambik dah tidur.. Ayah nya dah laa jauh.. (Kerja di Singapore) tengok dia 1 bulan sekali..kesiann dia.. nak manja dengan papa(asben bs) Irine melekatt je tak kasi pegang papa... "(dengki nyaa anak aku ni)...  Sebenarnya mak si Sammy ni kalau tak kerja pon takpe.. monthly asben dia bagi RM3k kot!! tapi nak jugak kerja.. aku pon tak paham.. aku kalau Gjul bagi banyak tu, dok goyang kaki aje lah aku kat rumah.. Lagi suka gelek anak.. 

Aku tak pernah lagi jumpa dengan mak Sammy ni.. dia antar anak dia pon pagi.. padahal rumah area rumah aku jugak.. macam tu lah kejiranan di KL.. hehehe.. 

Lagi 1 pernah jugak laa BS call aku semata mata nak pinjam diapers Irine sebab mak si Sammy ni tak bawakkan diapers.. LOL... Bagi je lah sepaket .. Kan senang... ni bawak 3-5 keping.. ambik anak malam.. kang melecet bontot salah kan bs tukar pampers lambat..dia ingat berak kencing 2-3 kali je ke?? hahahahahahadooiii.. Ke takut anak aku pakai pampers anak dia? hehee.. takdennye laa..aku memang selalu kot update barang anak aku abes ke tidak.. Tak kira lah sabun ke shampoo ke, pampers ke , EBM ke memang up to date.. sebab kite pon pandai laa nak mengagak bila barang anak tu dah abes.. 

Nak cerewet tu berpada pada lah.. memang betul kadang-kadang kena lah ada prasangka.. tapi dah mak bapak pon sibuk kerja macam tu sekali.. perghh..dah macam karangan aku tulis masa sekolah je . Mak bapak pergi kerja anak tidur..balik kerja pon anak dah tidur.. 


Doakan rezeki kite murah ye sayang.. Ayah kerja bagus..nanti boleh mommy berhenti work, jaga Irine dengan adik-adik Irine je.. EH!!








Tuesday, March 17, 2015

Daddy Daughter!


Sebelum ni ada lah terbaca pasal isu daddy daughter dari kawan kawan & pembacaan sendiri.. Bila kat tempat sendiri memang aku tak percaya lah.. Sebab Irine takde pon menampakkan tanda tanda nak jadi dAddy daughter.. Mungkin salah satu sebab kenapa Irine kurang rapat dengan Gjul adalah disebabkan kurang masa bersama. 

Kalau orang lain mungkin anak lepas hari , suami dah start mandikan bayi nya sendiri.. Macam tu jugak Gjul janji ngan aku.. "Lepas hari je abang mandikan Irine". Abes je pantang, ingatkan betul laa dia nak mandikan.. Non hadooo..Tak berani lagi katanya..Sebab baby masih lembut..  Then dia berjanji pulak tunggu 6 bulan.. Okey..Fine.. aku tak de lah kisah sangat pon sebab aku yakin boleh uruskan Irine sendiri.. Cukup 6 bulan pon tak de makna nya lah Gjul nak mandikan Irine . If dia cuti pon tetap jugak hantar ke pengasuh. Takdenye nak jaga. Padahal ebm tinggal rendam dalam air panas je .. boleh je aku defroz siap2 kan.. Tapi tak nak.. Sebab tak yakin.. Umur around 11 months kot baru Gjul berani mandikan irine tanpa bantuan aku.. Tu pon sebab irine dah kuat sikit badannya.. Hahahahampehh..

Padahal ada je kawan aku yang bini work, Hasben gamble je jaga anak .. Tak payah antar kat pengasuh.. Motif utama aku nak bagi anak beranak ni close.. Sebab agak renyah laa kalau aku je yang nak didempel.. nak buat kerja semua tergendala.. Bila anak tak nak dengan ayah nye..

Well , sekarang mandi pon dengan Gjul. Pakai baju pon Gjul dah boleh uruskan.. Agak tak acilah.. Dah setahun lebih pon.. Hahaha.. Bila Gjul work malam, bermulalah episod drama.. Pandai pulak si Irine ni melalak nak ikut Gjul.. That time, mula lah Gjul rasa sedih nak tinggal pergi kerja.. Hahaha.. Baru nak rapat rapat lah katakann....

Lagi satu perangai Irine ni if Gjul yang drive kereta.. Aku pulak pangku Irine duduk sebelah.. MEmang tak boleh.. Tiap kali kereta berhenti , tak kira lah nak isi minyak ke, turun pegi kedai ke, kat traffic light ke, terus Irine nak lompat ke ayah dia.. Dia ingat ayah dia nak turun .. Dapat lah berjalan jalan... Puiiihh.. Tak nak mommy terusss.. Time tu rasa dipergunakan je.. "Kau nak aku sebab netek je kan?? " 

Wajib ikut... kecuali ayah terdesak nak masuk toilet.. Memang meraung lah dalam kereta..

Dapat je habuan dia.. Amboii.. pandai mengecekkk...



mommy cakap ayah mommy punya lahhhh.... Terus dia pegang pipi ayah dia.. Nak kata hak milik dia lettewww.. Hampehhhh... Lagi satu.. Gjul memang membebel laaa kalau aku macam nampak manjakan irine..Takut dia pijak kepala orang tua nanti..  PAdahal, realitinya, dia yang lebih manjakan Irine.. LOL>