Thursday, January 28, 2016

Segmen irrayyan | Sejarah Blog Yoorin Melacolea


Kalau ikut kan , dah tak valid segmen Mommy Irra ni... Tapi join jugak lah.. hehehe.. 
Actually dalam penulisan blog, lama lah jugak.. Since dari zaman Friendster lagi. dulu kat friendster ada segmen blog. Waktu tu , tak de lah paham sangat pon function blog ni. Just buat macam diari je. Yang baca pon, rata-rata kawan dalam friendster saje.. Kat situ lah luahan perasaan kononnya.. Cerita pasal cinta monyet je lebih.. 
contoh blog masa zaman friendster dulu kala.. 

Pastu sampai satu tahap, bila masuk U, rajin lah kan cari maklumat melalui google. Kadang tu , tersasar baca blog orang.. Seronok.. Tergerak hati pulak nak ada platform blog sendiri macam blogspot & wordpress.. Terciptalah blog www.melacolea.wordpress.com pada tahun 2008/ 2009... tak ingatlahh.. Tu pon blog suka suka je.. And belajar pon sendiri-sendiri je .. Tak pernah terpikir nak tanya orang camna nak tingkatkan idea penulisan blog & jana pendapatan melalui blog. Segalanya basic. Takde pon join group blogger bagai.. Pastu lama jugak lah terkubur macam tuu sampai lah cerita terakhir pon pasal beranakkan Irine.. Pastu stop lagi.. hahahaha..
Sebab aku rasa macam susah je guna wordpress ni..Aku pon bina hidup baru (hahaha..mende ni).. buat blog baru la kiranya.. guna blogspot pulak.. 


blog dulu kala.. 



1st entry aku pada 1 Oktober 2014.kira ulangtahun setiap 1/10 lah kiranya... Start dari situ pon sebenarnya sekadar suka-suka.. & mengenali beberapa orang blogger sehinggalah rasa nak serius je.. walaupon sekarang tak berapa nak serius pon.. Tapi dalam masa setahun lebih ni, dapat juga jana pendapatan tak kurang dari RM1ribu.. tak termasuk ada yang bagi produk barangan mereka & hadiah dari segmen serta giveaway.. Seronok rupanya blogging ni tau.. tapi jangan lah nak mengharap sangat .. kita buat blog sekadar suka2 je kan.. isi masa lapang. tambah kenalan.. ada masa, boleh join gathering.. 

Alhamdulillah, Gjul pon sentiasa bagi support. Kadang nak pi join aktiviti pon sanggup ambik cuti teman kan isteri dia ni... Tau lah..bukan senang kerja hotel nak dapat cuti terutamanya hujung minggu Sabtu / Ahad. Dia pon tumpang seronok bila isteri dia ni ada aktiviti.. Takda lah dok merungut, bosan je.. 

Kalau orang tanya mana lah gedik sangat dapat nama Yoorin Melacolea ni... Melacolea ni wujud dari zaman Myspace. hahaha.. yelah.. dulu gigih kot nak boh nama peliks peliks untuk buat akaun.. mana ada letak nama sendiri.. jarang lah jumpa... Pastu bila ada Facebook dolu dolu kena ada 2 nama.. kebetulan waktu tu aku dok layan cerita korea My Girl and Gjul panggil aku yoorin..hahaha..tu yang lekat tuuu...untuk kat blog pon bagi nama yang sama.. Senang.. malas nak pikir banyak..

Tu je lah kot sejarah terciptanya Yoorin Melacolea .. header pon buat sendiri.. =)





Bahana Nyamuk Pembawa Virus Zika

Kecoh sekejap kat Timeline facebook , kengkawan dok share pasal virus Zika. Aku pon baca sambil lalu je.. Sebab ye lah, waktu tu , aku kompius & kurang percaya lah takkan sebab nyamuk boleh sebabkan kecacatan bayi dalam kandungan. Dah la aku tengah ngandung ni.. Risau jugak tuu..  Lagipon, paham2 je lah kan, Facebook ni selalu bawak rumours je lebih.. Tapi kebetulan , lunch hour semalam , kat kedai tu tengah ada berita, and cerita pulak pasal virus Zika... means betul lah kan..takkan kat berita nak bohong pulak.. sebab yang aku tahu, berita cuma bohong pasal politik kat Malaysia je.. eh ehh.. hahahaha..






Virus Zika



Apa dia kejadah virus Zika ni? 
- Zika merupakan sebahagian daripada keluarga yang sama seperti demam kuning, chikungunya dan denggi yaitu nyamuk sebagai pembawa. Tetapi, malangnya sehingga kini masih tiada vaksin untuk mencegah Zika atau ubat untuk merawat jangkitan. 

Zika kini menarik perhatian seluruh dunia kerana ia semakin membimbangkan terutamanya bayi didalam kandungan (wanita hamil) yang akan menyebabkan bayi yang dilahirkan akan mempunyai kepala yang lebih kecil ,dari saiz normal yang lain, kerosakan otak ,  dan juga menyebabkan kematian bayi. Ia telah merebak ke lebih daripada 20 buah negara, dan telah menyebabkan panik di Brazil di mana beribu-ribu orang telah dijangkiti.



Sejak November tahun lalu, 4180 kes telah berlaku di Brazil menyaksikan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti Zika semasa dalam proses kehamilan mereka. Setakat ini 51 batyi telah meninggal dunia. 


Bagaimana Zika ini boleh merebak ?

virus ini berjangkit apabila nyamuk Aedes menggigit seseorang yang mempunyai jangkitan yang aktif dan kemudian merebak virus itu apabila nyamuk aedes tersebut mengigit orang lain pula. Orang tersebut , kemudian menjadi pembawa selama mereka mempunyai gejala .. (macam zombie dahhh aku rasa)..


Tanda-tanda pesakit terkena jangkitan :
- Demam yang ringan
- sakit kepala
- mata mungkin berubah ke warna merah.
- 80% daripada mereka , mungkin tidak menyedari mereka telah dijangkiti terutama ibu mengandung.
- disamping itu, Zika juga boleh berjangkit melalui pemindahan darah, hubungan seksual dan pendedahan makmal. 



Bagaimana untuk elakkan virus Zika terutamanya travelers yang sedang berada di Zon virus Zika ?

Disebabkan sehingga kini masih tiada vaksin atau perubatan untuk merawat Zika maka, langkah2 kesihatan dan keselamatan diri harus diambil ;
- Cover kulit tubuh dengan memakai pakaian yang menutupi badan seperti memakan baju berlengan panjang dan juga berseluar panjang. 
- Wanita hamil dan menyusu boleh menggunakan semua penghalau serangga EPA berdaftar, termasuk DEET, mengikut label produk.
- Tinggal dan tidur di bilik yang berhawa dingin atau berkelambu adalah yang terbaik.
- Pastikan tiada vektor atau jentik2 di persekitaran anda terutamanya dikawasan tempat air yang bertakung. 





sumber : MSN News & CNN

Thursday, January 21, 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Wednesday, January 20, 2016

Scan 3D/4D KL & Selangor | Mysonoworld

Assalamualaikum.. Kalau perasan agak lama jugak aku tak update sebarang entry.. Ingatkan dah nak berkubur blog aku ni.. tapi atas keterdesakan kawan-kawan blogger, terpaksa jugak laa ni update entry..ecehh..jiwa tu memang masih ada lagi..tapi atas sebab sindrom mak mengandung yang malas teramat sangat ni, memang berpuasa update apa pon.. Sampaikan nak kerja pon malas..aku ambik cuti seminggu jugak tu feeling nak jadi housewife.. Sebab memang dah tak terurus dah diri aku ni.. Kau bayangkan lah macam mana... 

BTW sekarang kandungan pon dah masuk 27 minggu.. So, sindrom malas tu dah berkurang sikit.. hehehe.. sempat juga nak scan adik baby.. tu je laa yang buat aku excited... rasa tak sabar nak jumpa dia ni.. bawak bertenang.. 3 bulan je lagi... 

Lepas tempoh hari aku ada share kat mana nak buat scan 3D/4D kan.. akhirnya aku buat pilihan buat kat MySonoworld Hulu Klang. Lagipon dekat je dengan rumah.. aku buat appointment hari Ahad..senang.. Sebab cuti.. Gjul pon kerja malam . so pagi tu around pukul 9 pagi dah gerak.. Sebab appointment pukul 0930 pagi.. Pegi awal sebab nak sarapan dulu.. Bagi adik baby aktif & kenyang.. 

Sampai2 je, Centre Mysonoworld dah bukak.. Excited hokey.. Terus disapa oleh sonographer aku waktu tu Puan Suraya. Ramah sangat.. Sebab aku book pon pakai whassap & email.. Pon dia balas dengan sangat best..bila jumpa depan2 lagi lah best nya dia ni..

Lepas isi form segala, masuk dalam bilik scan. Irine sekejap je la dia punya excited.. pastu dok bising.. Gjul plak ambik tugas record video untuk hari kejadian..hahahaha..
Jom tengok hasil scan aku tempoh hari.

 tu diaa..mulanya taknak tunjuk langsung muka.. tutup muka dengan tangan.. sekali dengan kaki sekali kau tutup muka ea dik... 



 macam biasalah..ayah dok ejek mommy hidung kemek..adik pon mewarisi gen mommy lebih... hehehe



Ingatkan bila dah makan, adik cergas..tapi tu diaaa..dok menyangap, menguapppp luasss... kalau tengok video pon lebih dari 10 kali dia dok menguap.. bertuah betul.. 



 Ke pagi sangat mommy pi scan ni.. tekan perut ikut apa pon dia tak mau bangun.. 


 sleeping time



 sangap lagi..grrrr...


 tak abes lagi dia punya ngantuk... hahhaha



 dia punya tali uri tu dok buat main je.. hehehe..melingkar depan muka.. 


 cakkk..apa tuuu? hehehehe..


seronok tak terkata rasanya dapat lihat aktiviti anak dalam perut.. terhibur rasa.. walaupon anak kedua, teruja tu tetap ada tauuu.. 



sementara tunggu Puan Suraya print kan hasil scan & burn CD.. sempat anak beranak ni membaca .. hehehe..


Aku ambik pakej details scan & 3d4d scan..so dalam CD tu disertakan skali exam information. insyaa Allah adik baby okey2 je.. ^_^

kalau berminat boleh laa booking cepat2 kat Mysonoworld..bukan takat scan baby je .. nak scan breast ke, thyroid ke amdomen ke pon boleh ke Mysonoworld.  Kalau pi kat facebook page Mysonoworld sekarang ni pon, tengah ada lucky draw khas untuk pelanggan Mysonoworld..Jom cepat2 visit 


Waktu Operasi
ISNIN hingga JUMAAT: 
2:00ptg-930mlm (yg booking diutamakan)

SABTU, AHAD & CUTI UMUM: 
WAJIB booking scr on9 dipage http://mysonoworld.com/?page_id=2838




Milkwithlove | Cetuskan Fenomena Fesyen Pakaian Ibu Menyusu


Assalamualaikum semua untuk readers yang sentiasa setia membaca blog haku ni... by the way nak habaq jugak lah yang aku ni sedang menghitung bulan je nak melahirkan , lebih kurang 3 bulan je lagi... so persiapan kelengkapan tu bukan je untuk baby yang bakal lahir. Untuk mak nya jugak kena ada persediaan termasuklah untuk "breastfeeding" nanti.. Hihi..si kakak dulu walaupon hanya dapat menyusu setahun 9 bulan tapi cabaran nya masyaa Allah..Lagilah dia jenis taknak menyusu botol.. Bayangkan kalau dia tengah mood mengada nak menyusu time tengah berjalan..grrrr...Tak nyempat nak siap segala...  Harap untuk kandungan kedua ni, aku bersedia lah dari pelbagai segi.. Sambil menyusu pon nak jugak terasa cantik .. Takde lah sememeh macam tengah masak tumbuk sambal khenn.. hahaha..Macam mana nak kelihatan cantik tu ye?


Opcozz Dari cara pemakaian kita lah. Yang pasti , bila pakai je , terasa lebih semangat & yakin dan yang penting ready to wear.. senang.... .Sekarang ni pon banyak pakaian untuk menyusu. Tapi aku tertarik pulak dengan Baju menyusu stylish mailish dari Milkwithlove. Kenapa aku kata tertarik? Sebab bukan je cantik untuk ibu menyusu.. Since dari mengandung pon dah boleh pakai.. Yang bestnya bila nak menyusukan anak, tak payah nak pakai nursing cover yang kadang-kadang merimaskan baby..Jom skodeng mana dia tu baju yang stylish sangat... Sesuai dengan tagline yang disampaikan "Stylish Nursing Wear experts"








CARDIGAN MENYUSU /CARDILATCH

cardigan , cardigan menyusu ,


Korang.. tengok ni.. terpesona betul dengan cardigan yang stylish,  dalam masa yang sama, boleh jadi fast cover untuk menyusu.. haa.. tak payah dah nak bawak-bawak , sarung nursing cover, selendang meleret nak cover waktu menyusu.. Cardigan ni pon dah cukup selesa & praktikal  untuk cover waktu menyusukan anak nanti. 


Koleksi lain : 

NURSING TOPS /BLOUSE

Selain dari cardigan, ada jugak tops , dress yang cantik-cantik memukau hati.. yang best nya dari segi material yang lembut dan senang, tak payah gosok.. Almaklumlah,..mak mak ni bila nak keluar, tak dan la haihhh nak iron-iron segala.. lambat 5 minit pon, cik abang dah hon hon kat luar pintu.. hahaha.. 


blouse menyusu, nip, breastfeeding

nip, breastfeeding, blouse menyusu



nip , breastfeeding , blouse menyusu , cantik



koleksi lain : 





NURSING DRESS

Bagi yang lebih sukakan pakaian labuh, ada jugak dress yang cantik sesuai jugak dipakai ketika hamil. 


dress menyusu, breastfeeding





breastfeeding, nursing dress , nip


Koleksi lain : 

NURSING KAFTAN

Haaa..ni paling best.. aku memang penggemar kaftan.. lagipon lebih selesa untuk dibuat tidur.. hehehe.. tau je lah..kebanyakkan kaftan kat pasaran mana ada yang nursing friendly.. gigih nak pakai seluar/kain dalam sebab nak kena selak dari bawah kan..hahaha..tapi macam tak sopan je. Tapi Milkwithlove dah berjaya cetuskan revolusi baru.. KAftan Nursing friendly!!! Corak-corak yang tersedia pon sangatlah cantik dengan corak batiknya..

kaftan , breastfeeding , nip
Koleksi lain : 


Bagi yang berminat dengan koleksi baju menyusu dari Milkwithlove, boleh ke :
Ig: milkwithlove_nursingwear



Friday, January 8, 2016

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz





Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-sekian-