Followers

AFB FEEDS

Wednesday, March 2, 2016

Kempen Derma Buku Anjuran PROGRESS SMART Selangor

Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

CSR PROGRESS SMART Selangor

 
 
Assalamualaikum and hello lads!

Pernah dengar pasal orang Asli di Pulau Carey? Agak-agak menarik tak ye tempat dia? ha, kalau anda pernah membuat program di sana, kali ini kami pula yang akan merasainya sendiri. Untuk pengetahuan semua, seramai 100 orang peserta dari Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor akan pergi ke sana untuk membuat khidmat komuniti servis. community service yang dijalankan oleh kami ini lebih dikenali sebagai Smart Bakti.
Program ini ditaja khas oleh kerajaan Selangor dengan kolaborasi bersama Irshad HR Consulting untuk memberi kursus selama sebulan kepada anak-anak Selangor yang baru sahaja beberapa bulan tamat pengajian tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan. 

Di samping belajar mengenai Project & Event Management, Effective Business Writing dan lain-lain, kami juga perlu mengadakan satu program untuk semua peserta PROGRESS demi menjayakan kursus PROGRESS SMART Selangor.  

kita semua dapat banyak kelebihan kan. dapat baca buku. ada library sendiri. dapat menimba macam-macam ilmu pengetahun. tapi apa salahnya pula kalau kita dapat menderma buku/majalah kepada kaum orang Asli ini supaya mereka juga dapat mencari ilmu sepertimana kita semua. Tujuan kami ke sana adalah untuk membina satu mini perpustakaan supaya mereka dapat bersantai di situ sambil membaca buku-buku ilmiah yang akan didermakan oleh kalian. 

jadi, tunggu apa lagi. :) andai kata rasa banyak buku tapi dah tak tahu nak buat apa, jom datang ke tempat yang dinyatakan dalam gambar berikut dan menderma sebanyak mungkin.

SUMBANGAN BUKU TERPAKAI DIPERLUKAN!! . . Anda mempunyai banyak buku yang sudah dibaca? Tiada ruang lagi untuk disimpan? JANGAN BUANG!!!!!! . . Kami dalam usaha mengumpul buku-buku terpakai untuk disalurkan kepada Perpustakaan Mini di Perkampungan Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey bagi Program CSR yang akan diadakan pada 6 Mac 2016. . . Buku-buku diperlukan : - Buku teks / rujukan akademik - Buku bacaan umum - Majalah - Buku ilmiah . . Sumbangan buku - buku boleh dibuat dengan cara : 1. Serahkan buku-buku tersebut pada kami di alamat yang tertera (Hotel Carlton). . . Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : - Atiqah Jafri (013-2254675) - Elmi Farhana (011-18623632) E-mail : smartbakti2016@gmail.com . . Kami memohon jasa baik anda semua untuk membantu kami menghebahkan kepada orang ramai tentang usaha ini. Mari menderma, selain dapat berkongsi anda juga mendapat pahala. . . #ThePaybackTime #bookdonation #dermabuku #SMARTBAKTI2016
A photo posted by Smart Bakti (@smartbakti) on

Carlton Hotel Holiday and Suites ni betul-betul berada bersebelahan dengan Pusat Akuatik dan juga Tesco Shah Alam. kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera. jumpa di sana nanti ye :) 

sampai di sini sahaja. in shaa ALLAH kita berjumpa lagi.
 

1 comment: