Aku dah berumahtangga, maka dah lepaslahh azab masa mula2 nak buat majlis kahwin dulu. Jangan kan stress otak pasal masa yang kelam kabut, tapi jugak pasal duit.. Tapi okey lagi lah, zaman aku kahwin dulu takde GST lagi. Mengenangkan adik perempuan aku bakal mendirikan rumahtangga bulan Ogos nanti, aku pon menyebok jugak laa tolong survey kan untuk dia.. dalam masa 3 tahun je perbezaan tahun weolss kahwin, kos nak kahwin sekarang, lagi tinggi 12-45% okey!!! terkejut haku.. kalau ada gudis yang murah pon, tapi tak boleh nak lawan masa zaman aku.. hahaha.. Tapi semua nya nak jimat, maka, buatlah yang termampu..
Kad kahwin aku dulu kala..kertas buku sekolah je..hehehehe..
Aku suka dengan tips dari Facebook Azizul Azli Ahmad ,mulanya, suka dengan tips pembelian rumah dan hartanah, tapi diselitkan juga tips untuk bakal pengantin..so aku share kat sini lah ye..
Jangan Lakukan 6 Ini Semata Untuk Kahwin!
Masa aku kahwin dulu, perbelanjaan makan kenduri, memang mak ayah aku yang tanggung, sebab tetamu yang datang pon rata-rata kawan-kawan mak pak aku and sedara mara je.. kawan-kawan aku sendiri pon yang hadir dalam 5-10% je.. tak ramai.. Duit hantaran tu, adalah guna sikit, & selebihnya, mak aku bagi balik kat aku lepas kahwin untuk beli perabot rumah.. masa bujang xde beli langsung.. puas hati wey, beli peti ais, tv, mesin basuh, katil, tilam segala semuanya cash takde hutang...TQ mak & abah!!!.. Seperti yang encik Azizul ni kata ;
Aku dulu takde specific tabung khas untuk kahwin.. tu pon atas paksaan mak aku untuk join group kutu kat kilang dia.. Sebulan spend dalam RM500. So, cukup bulan aku dapat dalam RM5000, duit tulah untuk pelamin, andaman, khemah, cameraman ++.. Sebab mak aku pon join jugak group kutu yang sama, mak aku tolong tambah-tambah.. Memang takde buat loan semata untuk kahwin..
Goodies ni aku beli lah juga sebagai cenderahati untuk tetamu.. tapi memang bajet punya lahh.. untuk majlis adik aku nanti lagi best..sebab mak aku buat sendiri bunga telur.. Lagi jimat mak kata, sebab mak pon dah resign kerja dok rumah.. banyak pulak masa dia..
Masa aku dulu sebenarnya terkilan juga, sebab aku buat baju kahwin yang baru kat andaman.. bukan terus jadi hak milik pon.. ralat, memang ralat..so, aku dah pesan kat adik aku nanti, pakai je baju yang dah sedia ada kat butik pengantin tuu..
Kahwin lari pada aku macam merugikan je.. sebab risiko lepas tu, memang rumit. Lagi nak daftar kahwin kat Malaysia lagi, kena denda lagi, turun naik mahkamah..kalau berlaku penceraian , pon susah jugak.. bukan sebulan 2 boleh selesai.. Konon nak lari dari masalah, jadi berganda-ganda masalah.. Pada aku, restu kedua orang tua tu sangat lah penting.
korang follow lah facebook Azizul Azli Ahmad ni,.. banyak sangat tips berguna yang dia share.. Sharing is caring..
Good post .....& anna share
ReplyDeleteBetul tu... Sy pun buat sederhana sahaja.. Tiada pelamin bagai...
ReplyDeleteperkahwinan aida sgt sederhana.
ReplyDeletetakkan di lupa hingga bebila :)