Followers

Contact | Review | Advertise | Invite| Business


For : Contact | Review | Advertise | Invite| Business Opportunities
Email: aziandgtt@gmail.com

AFB FEEDS

Tuesday, May 24, 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Friday, May 13, 2016

HARGA RUNTUH Shawl Exclusive By Papaglamz

Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz -sekian-

Wednesday, May 11, 2016

Pilihan Nama Anak Yang Bermakna

Assalamualaikum.. 

Sebut pasal nama anak ni kan, ramai parents mestilah nak pilih nama anak yang bermakna.. Ada yang pilih nama berdasarkan status / keturunan keluarga, ada yang pilih nama sebab adore dengan orang tu, contoh nya suka artis.. di boh juga nama anak sama dengan artis tersebut..Aku jugak tak terkecuali..nak juga la pilih nama anak yang bermakna dan sedap didengar. Tak nak lah nanti di jadi kan bahan gelak orang bila dia dah bersekolah @ dewasa nanti. Bukan disebabkan nak nama glamor atau trending semata...

5 bulan baby dalam perut dah start dah cari nama anak..kalau dulu menggoogle.. sekarang dah jumpa 1 group facebook yang berkongsi nama-nama indahg yang bermakna dalam bahasa arab.. beria ia aku buat list punyalah banyak..tunjuk kat  Gjul, dia bolayan aje....

Baby dah keluar pon, kitorang xde kata putus lagi nak letak nama anak apa.. nampak tak 9 bulan dalam perut pon macam tak cukup masa nak bagi anak nama apa.. aku pilih , Gjul tak suka, dia pilih  aku pulak tak kenan.. mintak jugak pendapat family aku ngan Gjul pon , tak kenan jugak aku.. heee..opcoz la cerewet.. nama anak kot.. kita nak dia bangga  dengan nama yang kita bagi kat dia... susah payah mak pak dia cari nama...siap bertekak merajuk bagai... 

Serius wey.. dah hari ke 5 pon nama tak dapat lagi..sebab aku dengan Gjul dah bertekak..hahaha.. ye lah..terbaik..bincang nama anak dalam whassap je..Dah la aku stress baby kat NICU lagi waktu tuu..Gjul pulak dah balik KL kan.. 

Kesudahnya Gjul pujuk jugak.. hehehe.. first memang nak letak nama Ahmad sebab nak sama la dengan pak dia ada Ahmad..Then aku nak letak nama Zharfeen..and adalah beberapa senarai yang Gjul berkenan.. aku suruh pilih 1 je... mulanya dia nak letak nama Ahmad and tambah 1 lagi nama yang dia pilih..chehhh..mana aci.. penat aku cari nama.. nak jugak yang dia pilih.. nak dua suku kata je.. sebab dia kata tak nak panjang panjang.. hampa betul rasa.. rasa tak aci.. 

Akhirnya dia setuju jugak lepas dah penat kot pujuk aku yang dok nak merajuk je.. hahaha..nasib lah kan.. Nama Irine dulu dia dah pilih..bagi laa chance aku nak jugak nama yang aku pilih.. 

Akhirnya hari ke 8 baru decide nak letak nama apa.. Wafiy pon dah balik rumah waktu tu.. sebab dia x bernama lagi, weolss asyik panggil baby & adik je..dah terbiasa.. ni pon panggil adik @ baby.. 



AHMAD : YANG LEBIH  TERPUJI
ZHARFEEN : KEINDAHAN
WAFIY : YANG WARAK / YANG SETIA / YANG BAIK HATI

nama ni tak boleh dikongsi sebulat bulat okey..Yess aku kedekut + tamak.. sebab nya penat susah payah cari nama anak siap gaduh laki bini gituu.. tapi takde lah sampai terbang pinggan periuk bagai.. ^_^.. 

Akhirnya, mommy & ayah puas hati selepas bertekak 7 hari 7 malam pilih nama anak je.. buahahhaa.. 

Friday, May 6, 2016

Wafiy Kena Ruam Dikala Cuaca PAnas

Assalamualaikum...
Ritu masa kat NiCU lagi dah perasan Wafiy ada ruam kat leher.. berbijik bijik lagi kau..tapi takde lah banyak.. aku ingat ruam biasa biasa je.. jumpa pakar then aku tanya diorg ..just bagi krim calamine je.. seminggu jugak aku dok sapu calamine.. tp makin merebak lagi banyak.. sedih aku tengok anak aku kena ruam macam tu sekali.. sebab ye la..dia newborn lagi kan.. mesti gatal..tapi nak garu pon x boleh.. nasib laa wafiy ni behave je.. sepanjang jaga dia, xde lah merengek2.. dah sebab seminggu pon x elok jugak, tetiba teringat nak pakaikan krim herbal blend aku..sekali lupa tertinggal kat opis..

herbal blend shaklee

Kira tergerak hati tu minggu lepas ( jumaat [29/4]) terus pm kat facebook pengedar Shaklee ..hehe..orang kampung aku jugak..so petang tu jugak aku dapat krim Herbal Blend tuuu..
aku ni pengguna je produk shaklee..dari supplement pregnant dulu, tapi tak jadi ahli pon..huhuhuu..
so lepas mandikan wafiy, aku sapukan nipis krim herbal blend kat badan dia.. lagi satu, mandi dia tak pakai sabun pon..huhu...just shampoo rambut ciput dia tu je..xnak laa baru sehari dua pakai nampak tak elok , aku nak tukar produk lain pulak kan.. ambik masa jugak laa.. hari ketiga tu, yg berbiji2 tu macam dah takde.. jadi rata..tapi masih merah merah lagi lahhh.. 

herbal blend shaklee

herbal blend shaklee , ubat ruam, eczema


hari ni, genap seminggu penggunaan, nampak kulit dah elok sikit.. dah kering dan mengelupas.. cuma kat bahagian muka je ruam macam ruam susu tu tak elok lg... memg bahagian muka sapu senipis habis.. memang nak kena sentiasa sapu je selagi tak betul2 pulih,.. lagi lagi kat bahagian yang berlipat macam bawah lutut, celah kelangkang, siku, leher.. tu memang nak kena jaga lahh..lagi laa bila berpeluh kan,.. 

Rasa bagus pulak krim ni.. mungkin serasi dengan Wafiy.. Alhamdulillah..lagipon krim ni multipurpose.. aku pon sapu kat perut aku jugak untuk hilangkan rasa gatal kat perut ..huh..gatal sangat tang perut tu, lepas bersalin,...nak nak stretchmark tu kan..ampun laa dia punya gatal..sedap garu wooooo...
bagi orang Batu Pahat , Parit Raja, Ayer Hitam boleh order barangan Shaklee dengan kawan aku ni..Nadeea 0127763989 Insyaa Allah dia boleh C.O.D.. kalau luar Johor pon boleh je dia pos kan.. harga pon boleh kawtim dengan dia..hikss..

Thursday, May 5, 2016

Pengalaman Anak Masuk NICU

Assalamualaikum.. terkencet rasa nak update blog.. busy la kononnya nak uruskan anak 2 orang..hehehe.. harini adik dah genap 21 hari.. alhamdulillah sihat.. cuma tertinggal laa nak cerita haritu Wafiy masuk Nicu.. 

Cerita bermula di hari ketiga.. waktu tu kami berdua dah balik rumah.. tak menahan balik rumah dengan cuaca panas terik yang amat.. baru hari ke tiga, ada dah orang dtg melawat.. nenek aku, keluarga mertua aku.. happy la kan dapat anak buah, cucu & cicit baru... lagipon irine dah lama x jumpa nenek (mak gjul)... petang tu dah terasa badan wafiy panas.. aku sedapkan hati sebab cuaca.. mujur lah kebetulan misi kK datang visit ke rumah ... aku pon bagitau la badan Wafiy agak panas.. Dia pon keluarkan termometer dia..hhuhuhu..old school betul guna termometer yg kaca tu haa... adeh..mACAM LAMBAT pulak dapat result nya.. tengok2 suhu 38 ++ .. Tak puas hati aku keluarkan termometer digital aku..yess.the result pon 38.9!! tinggi nyaa!! terus misi keluarkan surat mintak aku bawak g hospital.. 

Dan dan, masuk kereta terus hujan selebat lebatnya.. dalam kereta wafiy lena sangat tidur.. aku rasa badan dia pon dah x panas.. Sampai spital, pembantu jururawat terus check suhu dia.. eh..normal.. aku syak mungkin sebab cuaca terlalu panas, tu pasal badan dia pon panas.. kena ekon kereta, dengan hujan lagi kan, back to normal la suhunya.. Tapi pembantu jururawat ni minta aku masuk juga jumpa doktor..

Masuk bilik doktor, check suhu lagi..yess.. suhu normal.. lega rasa.. tapi dia minta aku baringkan Wafiy kat katil untuk check up badan dia pulak..tup tup dia kata kuning..ahh sudahh.. memang compem dia kata kena tahan wad ni.. mujur aku dah standby segala baju dia dalam beg... memang standby mana tau kena tahan kan.. 

Sementara doktor uruskan kemasukan Wafiy ke ward, aku dok borak dengan Gjul..dia rasa sedih laa..sebb nak balik esok.. patutnya petang tu jugak dia kata nak balik... tapi sebab wafiy kena pi spital, plan balik esok.. Sebab aku tak larat lg kan...kena lah tolak dengan kerusi roda lagi..hehehe..cian adik aku.. tolak aku yang berat ni.. Sampai je Nicu aku dengan Gjul je boleh masuk.. Lepas serahkan wafiy pada doktor untuk check up, aku pon dok laa tempat menunggu..sebb nak confirm kn sama ada wafiy akan ditahan atau tak.. Sempat juga jeling2 dalam bilik nicu tu, baby dalam incubator, dalam katil kena lampu biru..macam2 lagi..semua di pantau dengan baik.. 

Dekat ruang menunggu tu boleh dengar suara Wafiy menangis melalak..sedihnya.. Gjul siap cakap.. "abang kenal suara anak abang nangis..sedihnya ayg.."... time tu sedih2 biasa je laaa.. takde lah rasa sangat..pastu datang pulak doktor ke aku tanya soalan macam-macam.. siap tanya "puan ada makan jamu ke sewaktu mengandung?"... ehh.. tengah pantang hari ke 3 ni pon aku belum makan jamu lg.. petah lg time preggy..mana boleh makan jamu..then ada jugak soalan previous kesihatan aku masa mengandung semua ditanya.. derapp juga jantung aku ni.. pastu dia minta aku tunggu.. nak panggil doktor lain pulak.. 

datang pulak doktor perempuan.. buat saspen je mintak aku bertenang bagai.. dah kenapa dengan anak aku..nak nangis dah time tuu..then dia bagitau, Wafiy dehidrate sangat.. berat dia lahir sampai hari ke3 , drop banyak sangat..dari 3.37kg, turun ke 2.9kg.. hampir 500g.... Allah.. kenapa pulak .. doktor risau dia saspek strok haba pulak.. memang tengah musim kan.. aku tahan je air mata ni.. rasa x kuat longgar je lutut..nasib tengah duduk..kalau berdiri memang jatuh lah.. siap tanya susu badan aku masih sikit..kenapa tak bagi susu formula.. LOL.. baru hari ketiga..mana lah aku tau, dia nak sakit sampai macam tuu.. lagipon , kan kena bagi susu badan je..huhuhu..tak memasal kena bebel.. lepas doktor pergi nak uruskan wafiy, aku dah nangis..cuba cover dari Gjul, tapi memang x boleh..dan dan terus salahkan diri sendiri..

Esoknya pagi2 lagi Gjul dah balik KL. aku pulak tengahari tu pergi spital nak hantar susu badan ke hospital..semalaman tau aku pam..sampai nangis..sebab susu memang sikit sangat..3 kali aku pam, dapat 8 oz je.. aku harap sangat cukup susu tu untuk Wafiy.. Rupanya kat spital aku cam nampak diorg bagi susu..macam susu badan..entah sapa2 punya lahh..adehh.. 

hari2 dok ulang alik pi spital..kesian ayah aku hantar.. penat dia.. aku pon macam tak pantang dah..sebab nak pi NICU tu bukan naik kerusi roda...jalan okey.. tak pikir dah terkoyak ke hape bawah tuu.. dapat jumpa wafiy sejam je..sebb boleh tengok dia waktu melawat je..rindu sangat.. tp puas hati bila dapat direct feed dia.. sayu je rasa.. 

4 hari kat NICU Wafiy boleh keluar, sebab kuning pon dah kurang.. berat pon dah naik ke 3.1kg.. happy...syukur sgt bila anak dapat balik..tido tak lagi berendam air mata..anak kat spital..suami pulak jauh..huhu..tapi masih lagi kena follow up dengan pakar untuk ambil darah...