Tuesday, October 24, 2017

KOLEKSI TERBARU LOSYEN HARUMAN BADAN DARI ENCHANTEUR

Assalamualaikum..Orang perempuan memang sinonim dengan wangian kan? Aku pon memang tak lari lah dari suka kan wangian. Kalau boleh diri sendiri ni, nak kekal wangi sepanjang hari. Walaupon aku ni seorang suri rumah tangga sepenuh masa, duduk rumah je memang tetap juga nak wangi-wangi. Takkan nak bau kepam je kan.. Nanti cik abang pon tak lalu nak dekat.. opss... hehehe..Selain dari sentiasa wangi, kita juga mesti lah kena jaga kulit. Seharian buat kerja rumah.. Membasuh kain kotor pon pakai tangan je tau.. Haruslah jaga kulit tangan biar tak kering & kasar. Solusinya guna losyen haruman badan terbaru dari Enchanteur. Kulit sentiasa sihat dan lembut, bau pon wangi berpanjangan selama 24 jam!!





Enchanteur 24Hour Moist Perfumed Body Lotion

Amboii.. Heading dia.. Kemain.. Betul ke tahan 24 jam ni? wow..wow..wow sangat.. Betul sayang-sayang semua. Tak tipu. Losyen baharu dari Enchanteur 24 Moist Losyen Haruman Badan ni yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari.


Kalau nak tau, aku dah guna losyen Enchanteur semenjak dari bangku sekolah menengah lagi. Lagipon aku suka, sebab losyen ni tak melekit dan berminyak, so ,memang selesa lah nak pakai sepanjang hari. 

3 Variasi dari Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion - Charming, Romantic & 

Alluring


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)




•  Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)




•  Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
•   Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.


Dapatkan koleksi Enchanteur 24H Moist Body Lotion Sekarang!



Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan hanya RM11.90 sebotol termasuk 6% GST adalah sangat berbaloi untuk dimiliki. Korang dapat kan laa cepat tau kat pasaran.. Boleh sentiasa wangi.. hehehe.. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ;



  

No comments:

Post a Comment