Friday, November 17, 2017

Kidzania Kidz Vs Food 2.0 Bersempena Cuti Sekolah Kembali!

Assalamualaikum.. Bak kata peribahasa melayu, "Melentur buluh, biarlah dari rebungnya", yang bermaksud, kalau nak mendidik anak, biarlah ketika usianya masih kecil, senang nak dilentur, masih boleh menerima arahan. Kalau kat rumah pon, aku memang ajar anak dara sorang tu kat dapur. Dan dia pon ada menunjukkan minat dan kadang-kadang tak disuruh pon dia sendiri yang menyibuk.Jadi laa kan setakat tumbuk bawang, angkat pinggan dari meja ke sinki . Aku memang akan galakkan anak-anak untuk ke dapur walaupon suami aku risau kalau anak-anak dia ikut jejak langkah dia menjadi chef suatu hari nanti.. hahaha.. Memang dia tak nak.. Tapi kalau anak-anak dah suka, nak buat macam mana ya tak.." Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. ". Sebagai ibu dan wanita, seharusnya aku menitik beratkan displin, dalam membina kendiri anak-anak agar mereka boleh berdikari kelak. 



KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’: SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!


Majlis acara potong pulut kuning oleh Datuk Bandar Kidzania KL Encik Shahrul Nizar Ahmad bersama para jemputan dan ahli panel yang lain.

Program kegemaran ramai,  ‘KidZ vs Food’ kini kembali di KidZania Kuala Lumpur (KidZania) dari 25 November hingga 31 Disember 2017 dengan lebih banyak aktiviti memasak menarik sepanjang cuti sekolah ini! Melalui penganjuran kali kedua ini, KidZania berhasrat untuk menanam minat memasak di kalangan kanak-kanak sebagai satu kemahiran hidup asas, dan memberi mereka inspirasi untuk menyajikan hidangan mereka kepada ibu bapa.



“Kali ini, terdapat beberapa kelainan dalam ‘KidZ vs Food 2.0’ – kanak-kanak bukan sekadar akan mempelajari cara memasak hidangan ringkas, malah mereka akan turut menyediakan hidangan untuk ibu bapa mereka. Menerusi aktiviti ini, mereka akan memahami bahawa setiap makanan yang dihidangkan sebenarnya memerlukan usaha yang gigih untuk memastikan ia dapat disajikan dengan sempurna,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.


“‘KidZ vs Food 2.0’ diperkenalkan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri keseronokan memasak, serta memberi inspirasi kepada mereka untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Kanak-kanak boleh cuba memasak sendiri resepi-resepi mudah dalam sesi Pop-up Kitchen kami. Menerusi resepi yang mudah dan ringkas ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk menyediakan hidangan yang boleh dinikmati bersama keluarga. Para tenaga pengajar akan berkongsi tips dan idea masakan, contohnya hidangan yang boleh disediakan untuk keluarga ketika majlis istimewa, atau cara untuk menghias hidangan ringkas agar ia kelihatan lebih lazat! Bukan itu saja, dengan menerapkan elemen menyeronokkan dalam makanan seperti melalui sesi Food Art dan Food Science, kanak-kanak akan lebih berminat dan teruja untuk menunjukkan kemahiran memasak kepada ibu bapa mereka.”


Salah seorang ahli CongreZZ Kidzania KL, Sophia Zara binti Mustaffa , membuat bubur kacang untuk disajikan kepada ibu bapa dan hadirin yang hadir dengan dipantau oleh Chef Brian


Program ‘KidZ vs Food 2.0’ yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak memasak untuk ibu bapa mereka turut mendapat kerjasama daripada rakan-rakan industri seperti Young Chefs Academy, SHARP, Canon, F&N, dan Lifebuoy yang menyokong usaha tersebut.


Menerusi Cooking Workshop yang diadakan pada hujung minggu, chef-chef profesional daripada Young Chefs Academy akan berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dalam bidang masakan dengan berkongsi resepi pencuci mulut dan savuri bersama peserta. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai pertandingan ‘KidZ vs Food 2.0’ dan bakal memenangi baucar kelas memasak di Young Chefs Academy yang memberi mereka peluang untuk mempelajari lebih banyak tips hidangan ringkas dan sihat di sekolah memasak untuk kanak-kanak tersebut.


Encik shahrul Nizar Ahmad , Datuk Bandar Kidzania KL


“Program seperti ‘KidZ vs Food 2.0’ adalah cara terbaik untuk menarik minat kanak-kanak,” kata Chef Selebriti, Brian Chen dan Pengasas Young Chefs Academy. “Kanak-kanak akan berasa lebih teruja untuk memasak apabila mereka mempelajari bagaimana sesuatu hidangan disediakan. Mereka perlu dididik tentang asal usul bahan makanan, cara ia terhasil dan bagaimana ia dihasilkan sebelum dijual di pasaraya. Ini akan menjadikan mereka lebih seronok untuk menerokai dunia makanan.”


“Untuk permulaan, kongsikan hidangan yang ringkas serta yang digemari oleh kanak-kanak. Saya pasti mereka akan berasa bangga dengan hasil air tangan sendiri dan seterusnya menjadi lebih berminat untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis bahan untuk mencipta hidangan mereka sendiri,” tambah Chef Brian.


KidZ vs Food 2.0’ akan menampilkan empat segmen berbeza untuk aktiviti hari biasa dan hari minggu seperti Pop-up Kitchen, Food Science, Food Art dan Cooking Workshop. Menerusi aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak akan mempelajari aspek-aspek berbeza dalam penyediaan makanan melalui panduan-panduan mudah dan penggunaan peralatan dapur. Mereka akan mempelajari tentang adab ketika makan, mencuba eksperimen sains serta memperoleh tips dan nasihat daripada chef-chef profesional. Setiap aktiviti menjanjikan pengalaman sukar dilupakan untuk kanak-kanak dan ibu bapa.

SECTION 1: DAILY FUN COOKING SESSIONS, 10.00am-5.00pm

·         Pop-up Kitchen held at TV Studio: hands-on cooking sessions, where children will learn simple recipes from different cultures and also about basic table settings and dining etiquette.
·         Food Art held at Event Space: gets kids to think creatively while learning to decorate and present their food in different ways.
·         Food Science held outside of Bananana! Theatre: introduces kids to the different properties of food, from flavours and textures to its chemical qualities, turning ingredients into materials for science experiments!
25 November – 8 December
Pop-up Kitchen
Pizza-Making
Create signature pizzas using everything from meat to vegetables
Food Art
Funny Face Toast Treat
Have fun preparing a healthy and cool-looking breakfast treat
Food Science
Ice Cream Malaysia
Experiment with different textures and flavours to come up with a unique version of "Ice Cream Malaysia"
9 December – 22 December
Pop-up Kitchen
Banana Fritters
Learn how to make some mouth-watering ‘pisang goreng’ this school holidays
Food Art
Marshmallow Pops
Create marshmallow art with a variety of sprinkles, chocolates and pretzel sticks, just in time for Christmas
Food Science
Cookie Space Activity
Find out more about how or why the moon seems to be changing shape at the yummy cookie space activity
23 December – 31 December
Pop-up Kitchen
Apple Pie
Come watch this delightful demonstration to make warm, delicious apple pies
Food Art
Colourful Chocolate Sticks
Personalize chocolate masterpieces for your parents
Food Science
Taste-Testing Challenge
Take part in a simple experiment to find out what gives us the ability to experience different flavours


SECTION 2: WEEKEND COOKING WORKSHOPS HOSTED
BY YOUNG CHEFS ACADEMY, 2.00pm to 3.00pm
Held at TV Studio
Cooking Workshops introduce kids to the professional world of food, with professional chefs from the Young Chefs Academy sharing their knowledge and experience.
25 & 26 November - Roti Jala with Chicken Curry
Learn how to prepare one of Malaysians’ most popular tea time snacks!
2 & 3 December - Fresh Egg Noodles in Vegetable Soup
Make a bowl of fresh egg noodles in vegetable soup during this weekend's parent-child cooking workshop and learn all about eating healthily.
9 & 10 December - Baked Chicken and Chicken Samosa
At this workshop, learn to cook as a team to create an interesting East-meets-West dish.
16 & 17 December - Bubur Cha Cha
Learn more about Malaysia’s culture by cooking a bowl of warm, sweet traditional Bubur Cha Cha.
23 & 24 December - Ginger Bread House Decorating Competition
To celebrate Christmas, parent-child teams can showcase their creativity in decorating a gingerbread house to win a cooking session at Young Chefs Academy.
30 & 31 December - Mini Pandan Gula Melaka Surprise Cake
Bake a delightful cake to welcome in the new year with well-loved local ingredients.



SECTION 3: CONTEST HIGHLIGHTS
Online Essay Contest (for kids only) – From now until 24 November, kids are invited to share a story on their personal home-cooked meal experience, be it about their very own unique family recipe or about their favourite dish. Essays can be submitted on KidZania Kuala Lumpur’s official Facebook page or email to: contact@kidzania.com.my. The winners will then be announced on Facebook and will receive complimentary KidZania Kuala Lumpur tickets and cooking class vouchers from Young Chefs Academy.
Parent-Kid Food Photography Contest (for kids and parents) – Participants will have to first register at the CANON Imaging Studio at KidZania Kuala Lumpur to enter this contest. The teams are then tasked to capture creative photos of the dishes they have personally decorated and set up for the photoshoot. Entries will be posted and voted on KidZania Kuala Lumpur’s Official Facebook page. The top three (3) most interesting and most “liked” food shots will win prizes worth more than RM1, 000 sponsored by KidZania Kuala Lumpur and CANON! 
Teh Tarik Challenge (for adults / parents only) – parents can have fun showing off awesome ‘pulling’ skills to stand a chance to win KidZania Kuala Lumpur tickets, vouchers and merchandise by F&N and Fish & Co. This challenge happens every weekend at the TV Studio between 4.00pm – 5.00pm.


Menangi Hadiah Menarik!

Di samping aktiviti-aktiviti menyeronokkan, keluarga juga boleh menyertai pertandingan yang menarik!
  • Kanak-kanak boleh berkongsi kisah mereka tentang hidangan yang dimasak di rumah menerusi Online Essay Contest; pemenang akan menerima tiket daripada KidZania dan baucar kelas masakan daripada Young Chefs Academy!
  • Tunjukkan kemahiran fotografi makanan dalam Parent-Kid Food Photography Contest - peserta perlu menghias makanan, merakam gambar kreatif dan memaparkannya di laman rasmi Facebook KidZania Kuala Lumpur. Tiga gambar terbaik akan memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM1, 000 termasuklah barangan daripada CANON dan KidZania!
  • Ibu bapa juga boleh mengambil bahagian dalam Teh Tarik Challenge yang akan diadakan pada setiap hujung minggu. Mereka berpeluang menunjukkan skil “menarik teh” mereka serta memenangi baucar dan barangan daripada  F&N dan Fish & Co, serta tiket daripada KidZania!


Untuk waktu terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk pembelian tiket KidZania dengan menggunakan kod promo ‘FOOD17’. Promosi istimewa ini hanya sah untuk pembelian dalam talian bermula dari 11-24 November 2017 dan tarikh melawat adalah sah dari 25 November – 31 Disember 2017.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti ‘KidZ vs Food 2.0’ dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur,
atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.

8 comments:

  1. Macam macam aktiviti rupanya di kidzania ni. Auni pulak yang excited. Berangan kalau ada anak, nak main masak2 dengan dia. Hehe

    ReplyDelete
  2. macam-macam kidzania ada ..haritu dapat jemputan tapi tak dapt pergi..belum pernah datng sini lagi

    ReplyDelete
  3. budak2 mmg suka kat Kidzania ni..

    ReplyDelete
  4. Bagusnya Ada program sebegini beri pendedahan awal pada kanak kanak

    ReplyDelete
  5. bestnya, nak pergi la 25.11 ni... tqvm sharing info nie..

    ReplyDelete
  6. tq for sharing this info!! really helpful. nak join contest yang ada tu

    p/s: jom join giveaway blog nurinkhairi. Ada 5 pemenang dan bonus 1 pemenang jika join pada 19 Nov (Ahad) - 25 Nov (Sabtu).

    https://nurinkhairi.blogspot.my/2017/11/susun-atur-storage-box-functional-dan.html

    ReplyDelete
  7. Boleh positifkan anak-anak dengan event macam ni. Best banyak aktiviti :)

    ReplyDelete