Thursday, November 2, 2017

Resepi Sambal Goreng Jawa Versi Derhaka

Resepi sambal goreng jawa versi derhaka

Assalamualaikum.. Hee..tak terpikir pulak aku nak buat resipi ni. Tapi sebab ramai yang tanya kat FB & whassap aku buat laa entry.. So, entry kali ni cuma ada 1 gambar je.. Gambar cara-cara segala tu memang tak de.. Nak masak lagi entah bila kan.. hahaha.. tu pon tetiba je Gjul request suruh masak sambal goreng... Aku okey je, sebab mudah nak buat. Bahan-bahan pon semua ada kat rumah. Resepi ni aku tak google. Memang aku tengok mak aku masak, so , follow je resepi dia.. hehehe..Refer resepi dibawah ni ya..




BAHAN-BAHAN (Hidangan 2-4 orang)
2 labu bawang besar - dihiris nipis . Bahagikan 2 bahagian (asingkan)
4 biji bawang putih **
2 biji bawang merah **
1/2 inci halia** - tak payah pon takpe
2-3 biji kentang saiz sederhana. - hiris jadi segi tiga & goreng 1/2 masak
1 bungkus tempe - goreng 1/2 masak
1 biji tauhu - goreng 1/2 masak
1 biji cili besar hijau - bahagikan 2
1 biji cili besar merah - bahagikan 2
3 tangkai cili kiring  - gunting halus halus macam bunga rampai
sejemput ikan bilis dibasuh
kicap manis 1/3 cawan - agak2 pon boleh
sos tiram 1 sudu besar
air 1/2 cawan
segenggam suun (suka suun banyak-banyak)
Additional tahu kering pon boleh nak bagi lebih meriah
Chicken stok sesudu
Garam secukup rasa



Cara-caranya
  • Tumbuk halus bahan yang bertanda **.. Boleh guna minyak gorengan kentang, tempe & tauhu tadi untuk menumis. Kalau banyak, kurang kan. Masukkan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. tumbuk mesra halia & masukkan juga dalam kuali beserta cili kering yang digunting macam bunga rampai tadi. 
  • Then, masukkan 1/2 bawang besar, 1/2 cili besar merah & hijau.. kacau serata. Agak dah kekuningan , masukkan ikan bilis.. Jangan biarkan ikan bilis garing tau.. Biar nanti dia liat-liat.
  • Masukkan kicap & sos tiram. agak mendidih tu masukkan air. Kacau rata. Masukkan chicken stok
  • Bila air dah mendidih, masukkan kentang, tempe, tahu. Biar sampai kentang betul-betul empuk, masukkan garam. agak-agak kuah dah kering sikit, masukkan suun/tahu kering lebihan bawang & cili besar tadi motif nya supaya nampak lebih fresh and colourful. bawang & cili yang ditumis awal tadi kan dah layu..heee.....gaul sebati..
  • Siap..
     ** Kalau nak pedas boleh tambah cili kecik. Tapi sebab kalau letak kang , oyin tak dapat makan , malas pulak aku nak buat lauk lain.. 


Yang dalam gambar takde tauhu, tempe & tauhu kering. So kira derhakalah.. almaklum lah, jawa kan dengan tempe tak boleh dipisahkan.. hehehe.. 
Aku kalau ada sambal goreng ni, makan macam tu je pon dah best.Mesti bertambah 2-3 pinggan.  Sebab jenis tak kisah lauk simple. Bahan-bahan pon memang sentiasa ada kat rumah.. 

Dah share resipi ni jangan lupa tau cuba nanti.. Adios migos.. 



5 comments:

  1. Version derhaka pun nmpak sodap th

    ReplyDelete
  2. Sambal goreng jawa versi apa pun tetap sedap. Menjilat jari orang kata.

    ReplyDelete
  3. do follow blog ni, wow, sambal goreng ni mmg akak suka, tapi akak pun buat yg derhaka gak, banyakkan kentang n masukkan hati, tahu mmg x do la... wow, x makan nasi pun x pa, ratah je...

    ReplyDelete
  4. Hehehe comel tajuk rupanya takde bahan resepi asal..
    Nampak sedap juga..

    ReplyDelete