Assalamualaikum..
Syaaban bakal melabuhkan tirai dan Ramadhan bakal kunjung tiba.Bulan ramadhan bulan yang ditunggu tungu ketibaannya oleh seluruh umat islam . Bulan ramadhan juga sinonim dengan umat islam berlumba lumba untuk melakukan ibadat wajib dan sunat, dan juga beramal. Sedia maklum, amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan , pahala nya berlipat ganda berbanding bulan yang lain, Begitulah istimewa nya bulan ramadhan. Eh... bukan bulan lain takde buat amal tau... Tapi bulan ramadhan ni memang istimewa sikit bagi masyarakat kita. Hehehe.. Jadi jangan terket pula kalau tetiba si Ali ni berubah sikap.. Mudahan berterusan di bulan bulan yang lain...
Amalan yang sering dilakukan pada bulan puasa
- Membaca al-Quran
Amalan membaca Al-Quran sangat dianjurkan pada bila-bila masa sekiranya berkelapangan. Tetapi lebih digalakkan pada bulan ramadhan kerana Al-Quran diturunkan pada bulan ramadhan.
- Mendirikan solat tarawikh berjemaah
Solat tarawikh hanya dilakukan pada malam di bulan ramadhan sahaja. Solat tarawikh ertinya "beristirehat" kerana solat ini didirikan berselang seli dengan rehat seketika. ia boleh dilakukan secara individu dan berjemaah.
- Menghidupkan malam-malam lailatul qadar
Lailatul qadar adalah malam kemuliaan yang lebih baik dari pada seribu bulan. Menurut pendapat paling kuat, malam kemuliaan itu terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, yaitu malam 21, 23, 25, 27, dan 29
- Bersedekah dan memberi makan kapada golongan kurang berkemampuan
Sedekah merupakan satu perbuatan memberikan sedikit harta yang kita miliki kepada mereka yang memerlukan. Hakikatnya, tiada apa yang kita miliki. Semuanya, termasuk nyawa kita sekalipun, hanyalah pinjaman dan amanah yang diberikan kepada kita selama mana kita ditentukan hidup di dunia ini. Semuanya akan diambil bila tiba masanya dan bila kita kembali kepada Pemunya sebenar, Pencipta sekalian alam, ALLAH SWT.
Sumbangan Nur Ramadhan | Kementerian Wilayah Persekutuan & DBKL
Ramai yang tidak tahu berkenaan sumbangan yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan DBKL kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan di Kuala Lumpur ini .. Ramai yang berpendapat , rakyat yang tinggal di bandar ini segalanya cukup , mewah dan berpendapatan tinggi dan tidak patut dibantu. Tetapi sebenarnya masih ada lagi yang tidak bernasib baik , masih hidup susah , hidup gelendangan, dan hidup hanya cukup makan sahaja.
Justeru itu , program sumbangan Nur Ramadhan ini, sedikit sebanyak memberikan sedikit kegembiraan untuk golongan seperti mereka meraikan aidilfitri yang bakal kunjung tiba.
Sumbangan sebanyak RM150 bertujuan mengurangkan beban golongan berkenaan sempena perayaan Aidifitri.
Antara penerima sumbangan adalah terdiri dari golongan anak yatim, warga emas, ibu tunggal , asnaf dan golongan kurang upaya yang berada dan tinggal di wilayah Kuala Lumpur. Program ini turut melibatkan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , Yayasan Al-Bukhary dan Yayasan Wilayah.
Diharapkan program seperti ini berterusan kerana rezeki yang kita punyai ini terselit juga rezeki orang lain.
#ketuakampungkl
#hebatkannegaraku