Tuesday, December 9, 2014

Yuran Taska terbaru untuk 2015


Agak kaget jugak bila kat media sosial tersebar surat dari Persatuan Pengusaha & Pengasuh Taska Negeri Sembilan (PTN9) berkenaan kadar minimum yuran yang ditetapkan oleh pihak taska mulai Januari 2015 nanti. Memang dah standard harga macam ni ke  atau aku yang outdated??



Bagi yang rabun rabun cimpanzi, Meh laa aku highlight kan kadar yuran yang di mensi tu okey..: 

Yuran pendaftaran: RM100.00 seorang sekali seumur hidup
Yuran bulanan: RM550.00 seorang bayi (2 bulan hingga 12 bulan)

: RM450.00 seorang kanak- kanak (1 hingga 2 tahun)

: RM 350.00 seorang kanak-kanak (3-4 tahun)

Yuran tahunan : RM350.00 seorang setiap tahun


Kenaikan yuran ini adalah berdasarkan kepada penetapan kadar gaji minima oleh pihak Kerajaan yang berkuatkuasa Januari 2013 & juga kos operasi Taska yang meningkat. Kadar yuran baru ini adalah berkuatkuasa Januari 2015.

Ni kat Negeri Sembilan.. Tak tau lah kat KL macam mana... sobbss sobbs.. *Lap hingus*

Pada pendapat aku, agak mahal laa jugak yuran kat Taska ni ghupenyee.. Tak berani laa pulak aku nak komen banyak-banyak sebab aku hantar Irine pon kat rumah orang je ponn. Plak tu pengasuh cuma jaga Irine sorang. Dia letak harga RM300.00 sebulan. Tapi aku memang bayar extra RM50.00 sebab kadang-kadang balik kewat giler.. Masa lepas pantang pon memang kalau terdesak nak hantar dia ke taska. Tu pon kalau cari babysitter x jumpa lah.. Rezeki kot. Dapat jugak akhirnya. 

Kalau nak dikatakan kadar gaji minima yang baru tu bukan ke RM900.00?? kalau sorang anak je dah RM450.00.. berapa je lah kan balance nak tanggung hidup sebulan. Kau nak suruh jaga sendiri?? kalau dia si ibu tu ibu tunggal? Tak kerja?? Nak makan apa?? Rezeki di mana-mana katanya.. hello.. Rezeki tu kena cari... bukan keluar dari perigi, turun dari langit lah.. Oh maiiii.. pehliss laa..jangan suka-suka nak suruh orang berhenti kerja ye, people out there....

Kalau bayi tu memang agak logik lah mahal, sebab memang leceh pon nak membela.. minum susu nak kena tunggu, nak bagi sendawa lagi, kencing dah laa banyak kali. Nangis pon tak tahu lah kadang-kadang dia nak apa.. bukan boleh cakap pon.. tidur pon tak boleh nak berbuai.. alaaa.. memang remeh rumit segalaaa..so , patut jugak nak mahal pon.. Kalau budak dah besar , pandai main sendiri, kencing berak pon dah boleh dilatih (potty train), nak mintak makan pon pandai cakap, agak terkesima jugak laa dengan harga macam tu.. Selalunya parents akan sediakan pakaian, lampin pakai buang, makan pon kadang-kadang memang siap dah masak dari rumah.. mintak tolong suapkan je.. patut tak mahal macam tu?

Okey laa.. kalau memang dah macam-macam reason pusat taska nak bagi berkaitan kos mereka nanti akan meningkat, sewa premis, gaji pekerja & etc etc, maybe kena lah kite terima.. Tapi mintak tolong sangat lah, jaga lah amanah orang dengan baik. Isu penderaan, tak jaga baik, budak2 gaduh ke hape, memang tak boleh nak diterima dek akal.. Shud & must pasang CCTV setiap sudut. Sebab pengusaha ni bukan nya selalu kat taska.. nak nak , banyak plak taska dia handle kan.. Kadang pekerja nye memang tak boleh pakai.. Geram, sebab dah banyak sangat kes penderaan, careless kat Taska... Bayar mahal2, tapi anak , jaga tak jaga je.. hishh.. 

Aku pon kalau boleh memang sentiasa nak tahu perkembangan anak.. Rindu jugak kat opis asyik termenung je ingatkan anak.. hiiii.. Sebab tu, hari2 jugak laa mintak babysitter sent gambar Irine melalui whassap.. Uolls yang mana hantar anak ke taska pon boleh laa buat macam tu.. berbaik dengan penjaga anak, kenali mereka, selalu bertegur sapa , mintak diorang updated aktiviti anak-anak anda.. tak kire lah, whassap ke, fb ke kann.. , tapi kalau diorang yang menyombong "korang bayar kot! bukan free".

ni babysitter Irine.. Me panggil dia kak Mira.. Ada sepasang anak.. =) Irine memang macam tu kalau berjalan..time tu laa gedik nak tidooo... T_T

Kalau bawak pergi mana-mana ,pool ke memang dia akan update la aktiviti Irine tiap2 hari.. so, mommy tak delah risau melampau-lampau!!! kannn!!

By the way, korang bayar berapa & spend untuk anak? share sikit pehlisss.. 








8 comments:

  1. Bagusnya babysitter irene..bawak g jln2..ms sy kje dlu sy anta ank sy baby 2 bulan kt taska masih lg rm300 sebulan..KL area..klu lmbat 1 jam kena bayar rm7 sejam. Klu weekend anta anak, bayar ikut jam..rm10 sejam..skrg ni dh benti keje, sy jaga anak sendiri..byk tul nk bayar..klu ada anak kembar 3 4 tu dh brape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya die x pernah jaga budak pon.. anak2 dia nak adik.. tp bs x boleh pregnant lg..so amik laa irine jaga..huhuhu.. tu laaa..memg ada yg kena bayar ikut jam kann.. kalau mampu anak2 ramai pon x dehal nk antar kat taska.. berbaloi tak nk kerja

      Delete
  2. Bertuah dpt pengasuh mcm tu... dh buat mcm anak sendiri.. anak awak bertuah dan rezeki awak dpt pengasuh yg tak pentingkan duit semata2.
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tu laa..buat masa ni okey.. as long if hantar irine die sendiri yg nk melompat ke bs , tak nangis,hati pon lega.. sebb irine xnak orang..mengada.. ;)

      Delete
  3. kat sekolah tempat mak Cik Iman mengajar (sekolah menengah nie), ada tempat nursery untuk cikgu yang ada anak, bayar dalam RM250, bayar lebih lagi kalu amek lewat

    ReplyDelete
  4. Malam giler kalau sampai beratus ratus bulan2 macam tu. Tapi kena la juga demi anak anak

    ReplyDelete
  5. As salam..jika Puan sedang mncari babysitter area Seremban 2.sila hubungi saya.sy mengasuh di rumah saya sendiri.0169481258

    ReplyDelete
  6. Perlukan pengasuh area sri gombak&pinggiran batu caves.blh hubungi sy.puan eina(+60103626865).
    Transit rm150
    Bayi rm300
    1 tahun keatas rm250

    ReplyDelete