Wednesday, May 13, 2015

Projek Iqra' | Kempen Taja Shopping Raya 2015



APAKAH SHOPPING RAYA 2015?

                                   [ klik banner untuk paparan info lebih jelas]

Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  menmbantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran kami.
Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA untuk melaksanakannya.
APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.
Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.
Ringkasnya, melalui acara ini, kami berhasrat untuk;
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  • Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM SHOPPING RAYA 2015?

Bermula dengan sebuah rumah pada tahun 2010 dan 2011, 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012, 6 rumah anak yatim pada 2013, pada tahun 2014 memperluaskan kepada 7 rumah anak yatim dan untuk tahun 2015 PROJEK IQRA’ membuat beberapa kategori :
1. Rumah Anak Yatim & Miskin
 2. Komuniti Miskin dan Asnaf
3. Ibu Tunggal / Miskin


BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?

shoppingraya
Pembaca budiman dijemput untuk menaja seorang anak yatim/komuniti bagi program ini;

BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?


budak_shoppingraya2015*Gambar Sekadar Hiasan
Semoga usaha murni ini akan terus mendapat sokongan semua pihak dan menjadi medan dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan harmoni.
Dengan sokongan anda, acara tahunan yang dilaksanakan bagi membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah-rumah kebajikan ini InshaAllah dapat dijayakan. Kami doakan anda sentiasa mendapat keberkatan serta rahmat dari Allah s.w.t.
Sebelum kehabisan slot, taja seorang sekarang!

Shopping Raya 2015 KINI DIBUKA untuk tajaan!

BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2015?

Melalui Online Transfer ke akaun:

MAYBANK_BOX_ID

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia

No Akaun: 5648-1050-4003

Email: info@projekiqra.com

No Tel: 019-2175597 (Bendahari – Suhaimi Abdul Manan)

Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com

Untuk lebih lanjut, anda boleh menghubungi nombor di bawah:


- Solleh (0176702033)
- Sharifah (0172748904)
- Khairul anuar (0167361067)


Mohon disebarkan. Moga Allah memberkati usaha murni kita.

 Terima kasih.


2 comments: