Tuesday, June 9, 2015

Drama Adaptasi Novel | M.A.I.D

M.A.I.D - Suri Ryana


drama adaptasi novel, m.a.i.d

Wah.. bila cerita Isteri Separuh Masa abes, nak ganti cerita M.A.I.D pulak .. Yang ni drama adaptasi dari karya Suri Ryana..Baca novel pon dah emosi.. Can't wait pulak nak tengok drama.. Harap pengarah drama ni berjaya lah jadikan drama ni sesedap sweet sour sama macam novel ni jugak.. 




m.a.i.d, drama adaptasi novel

JUDUL : M.A.I.D
TARIKH TAYANGAN: 15 JUN 2015
MASA TAYANGAN: 10 MALAM
HARI TAYANGAN: ISNIN - JUMAAT
SIARAN : Maya HD 
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Darkwave Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda jebat, Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan Latah


OMG! I love depa dua jadi couple!! Zul Ariffin & Ayda Jebat... hahahaha.. Lagi sekali diorang ni digandingkan.. so sweet sangat.. aku dok verangan dahh diorang ni berlakon camna.. Eceh...


Sinospis novel M.A.I.D

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab ya
ng dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


Berminat nak dapatkan novel-novel best boleh grab di KAKI NOVEL... Daftar jadi ahli, dan dapatkan harga novel , lebih murah dari harga pasaran.. 

3 comments: