Sunday, July 5, 2015

#Cabaran20hari | Kenangan Terawikh di masjid Masa Zaman Kanak-Kanak

Solat berterawikh



Solat terawikh adalah solat sunat dan ibadah tambahan yang dilakukan tanpa tergopoh gapah. Ia dilakukan hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Terawikh bererti "Istirehat" . Ia dilakukan dengan berselang seli rehat seketika.Tujuan berhenti rehat adalah untuk mendapat kan keikhlasan dan memberi ketenangan kepada mereka yang bersolat, terutama nya golongan warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.Sekiranya tidak dapat membuat 20 rakaat, memadai dengan 8 rakaat sahaja.

Kenangan berterawikh

Aku mula bersolat terawikh ketika berusia 11 tahun atas ajakan makcik aku. Ye lah, rumah aku pon sebelah masjid. waktu tu, takde lagi rakan-rakan sebaya aku yang pergi solat terawikh kecuali rakan-rakan lelaki. Bila 2-3 kali aku mengikut makcik solat terawikh, rasa bosan pulak takde kawan terutamanya sewaktu moreh. Lalu, aku ajak jugak kawan-kawan sekolah ikut berterawikh. Mula-mula lakukan solat terawikh hanya mampu lakukan 8 rakaat je. Tapi tercabar pulak bila melihat orang tua mampu habiskan solat 20 rakaat.

Lagipon seronok bila ada kawan=kawan sekali.Lepas terawikh je boleh borak-borak. bezanya waktu ketika itu, takde lagi telefon @ kamera . Kalau tak mesti dah selfie.. hahaha..

Sekarang ni takde chance nak buat solat terawikh.. tunggu lah Irine besar sikit. Aku solat 5 waktu pon dia sakan laa memanjat kacau2..huhu..Gjul je la ada chance pergi solat kat masjid dekat dengan rumah..


1 comment:

  1. nasib la masa tu xde henpon kan yoorin...xkhusyuk solat tu

    ReplyDelete