Saturday, July 11, 2015

MYTEKSI | DRIVER SWAP CAMPAIGN #TAKYAHMAFAN

DRIVER SWAP CAMPAIGN "TAKYAHMAFAN" KEMPEN APA NI?




Dulu masa zaman belajar, nak pergi kolej selalu naik teksi . Nak jalan kaki malas. Padahal takdelah jauh sangat kolej tu pon dengan hostel. Tapi penat kot, boleh kurus... aku tak nak kurus! hahaha.. Acah jerk.. berbalik pada cerita aku ni, pernah ea, aku naik teksi dengan pemandu yang sama.Pagi pergi kolej naik teksi tu. Petang aku nak pergi bank pon naik teksi tu. Malam pon teksi yang sama. Allah..apa pakcik driver teksi ni tak penat ke hape entah. Asyik muka dia je.. Waktu tu aku tak de terpikir apa lah.. Just rasa "tu kan kerja dia.. ambik penumpang, turunkan penumpang"....Tapi lepas aku tengok video ni dari MyTeksi terus aku sentap ;



Video Dari MyTeksi : 


"Pemandu teksi berkerja selama 12-16 jam sehari, 7 hari seminggu dan tidak sempat untuk meluangkan masa bersama keluarga. Oleh sebab itu, MyTeksi telah memberi kejutan yang sungguh istimewa kepada 3 pemandu kami.

Untuk satu hari yang istimewa ini, MyTeksi dengan berbesar hati mengambil alih tugas memandu daripada pemandu teksi kami. Kami, dari keluarga MyTeksi, berharap agar Ramadan dan Raya Aidilfitri anda akan lebih bermakna disamping keluarga tercinta".



Murahnya air mata aku boleh meleleh.. Diorang bekerja sebagai pemandu pagi petang siang malam, kadang hari raya pon tak dapat bersama dengan keluarga. Jumpa anak isteri setahun sekali je? Tak sanggup aku kat tempat diorang.. Lagi aku memahami sekarang bila kerja dengan syarikat ejen pelancongan berkaitan dengan transportation(bas persiaran). Sama je...Kesian kan.. tapi tak de sapa pon nak hargai pemandu-pemandu teksi ni.

Aku tak pernah lagi menggunakan servis MyTeksi, tapi rata-rata yang menggunakan perkhidmatan MyTeksi ni,katanya lebih murah dan pantas. 

 servis Myteksi #Takyahmafan

 - MyTeksi ditubuhkan pada tahun 2011 oleh dua graduan Harvard Business School Malaysia, MyTeksi adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang bertujuan untuk memulihkan semula industri teksi.MyTeksi kini menyediakan perkhidmatan di bandar-bandar di seluruh Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia dengan lebih daripada 75,000 pemandu berdaftar dalam kumpulan pesawatnya di seluruh Asia Tenggara.




MyTeksi menyediakan perkhidmatan teksi bajet dan perkhidmatan teksi eksekutif.
MyTeksi dilengkapi ciri-ciri keselamatan dengan membolehkan pelanggan mengesan di mana teksi berada sepanjang perjalanan.
MyTeksi meneliti pra-skrin semua pemandu dan memantau prestasi mereka berdasarkan maklum balas daripada penumpang setiap hari. "



"Pemandu teksi berkerja selama 12-16 jam sehari, 7 hari seminggu dan tidak sempat untuk meluangkan masa bersama keluarga. Oleh sebab itu, MyTeksi telah memberi kejutan yang sungguh istimewa kepada 3 pemandu kami.

Untuk satu hari yang istimewa ini, MyTeksi dengan berbesar hati mengambil alih tugas memandu daripada pemandu teksi kami. Kami, dari keluarga MyTeksi, berharap agar Ramadan dan Raya Aidilfitri anda akan lebih bermakna disamping keluarga tercinta".

Langkah untuk menempah servis MyTeksi



- Pilih destinasi pilihan korang di aplikasi MyTeksi
- Aplikasi ini akan mengesan pemandu yang berhampiran dengan lokasi korang.
- Pihak mereka akan menghantar pemandu tersebut untuk memberikan perkhidmatan kepada korang.
- dalam waktu yang sama juga, kita boleh mengetahui details dan mengesan pemandu sepanjang perjalanan.


Ucapan Penghargaan untuk semua pemandu Teksi di Malaysia

Aku rasa berguna jugak aplikasi macam ni.Mudah, ringkas, dan menjimatkan masa.  Benda yang baik , apa salahnya kalau di sebarkan untuk pengetahuan semua. Sebagai tanda penghargaan kepada semua pemandu teksi di Malaysia , terima kasih atas khidmat anda kepada masyarakat. Walaupon ada sesetengah pemandu teksi bersikap kurang mesra dan sopan yang pastinya tidak perlukan kita memburukkan semua pemandu teksi. Mereka juga punya keluarga yang perlu di jaga hati dan perasaan. Salam ramadhan dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelang. Diharap kempen #Takyahmafan ini memberi 1000 erti kepada anda. 








2 comments:

  1. Baguslah ada MyTeksi ni.
    Teringat dulu sebelum ada kereta pun memang bergantung jugak ngan pakcik teksi ni.

    Didik Anak Pandai Baca

    ReplyDelete