Monday, July 6, 2015

Tips Hadapi Anak yang Tidak Suka Berselimut

Anak tak suka selimut?


Ada tak anak korang dah tau menolak untuk diselimutkan? Irine pon.. Kadang kita selimutkan dia, kemain dia nak menangis, menjerit dan menolak tendang pakai kaki.. Bertuah betul rasanya. Kadang dia dah tidur, baru lah ada peluang selimutkan dia. Tu pon bila kita berjaga, orang entah kemana, selimut entah ke mana. 





Kami dalam bilik siap pasang 2 kipas. Entah..kadang rasa sejuk..Kadang rasa panas. Tapi tetap jugak nak pakai selimut. tehehe. Sebenarnya, masa aku kecik pon, sedar, yang aku ni tak berapa gemar berselimut. Mak pon selalu bising, sebab tidur tak sopan, terkangkang-kangkang, tapi tak nak pakai selimut. Malu kat ayah, kat adik lelaki. almaklumlah.. aku tingkatan 1, baru dapat tidur di bilik sendiri. Sebelum tu tidur beramai-ramai dengan emak. Ayah pulak kerja pengawal keselamatan kat sekolah diwaktu malam. 

Tadi malam , pertama kalinya ya, Irine sebut "Mimi... Juk..." lalu tarik selimut bagi kat aku. Gayanya macam nak suruh aku selimutkan dia. Hahaha.. Dah pandai tahu sejuk rupanya.. Aku pon selimutkan dia.. dan kami bergurau senda dalam selimut. Puas lah gomol cium-cium anak sebelum tidur.Gjul takde. Kerja shift malam.. hehee.. Tapi memang selalu tu lah aktiviti aku dan Irine sebelum tidur. Kadang gurau-gurau tak sedar bila masanya kedua anak beranak ni tidur.

Cara hadapi anak yang gemar tidur tidak berselimut: 

- Bila anak-anak tidak suka diselimuti, kita kena lah pastikan anak tidur dengan selesa. Pastikan pakaiannya jenis kapas dan dapat menyaman kan dia, diwaktu dia tidur. 
- jangan biarkan anak tidak memakan baju atau seluar ketika tidur. Hee.. Irine selalu laa tak pakai baju.. Tapi nak tidur memang kena pakaikan dia baju. Risau pulak dia kesejukan.
- Jangan biarkan kipas dihala tuju ke anak. Pastikan kipas sentiasa berpusing. Dikhuatiri anak sejuk didada dan boleh menyebabkan paru-paru berair. Seberapa betul tu aku tak pasti.(tu orang-orang tua cakap laa).
- Bila kipas dibuka dan cuaca agak sejuk, dikhuatiri anak kecil mudah dijangkiti demam. JAdi, berwaspada lah dengan sebarang kemungkinan terutama bagi anak-anak yang mempunyai alahan seperti semput.
- Sekiranya terjaga, perhatikan tidur anak dan selimutkan lah dia. Jangan putus asa. Dia akan berasa selesa ketika tidur.
- Hadiah kan mereka selimut kegemaran seperti kartun-kartun yang digemari. Mentiba nak cari selimut gambar frozen nak hadiahkan untuk Irine nanti.. 




10 comments:

  1. Nani pun tido tak suka pakai selimut. Hahah

    ReplyDelete
  2. Ahaha..nani..dulu k.yoorin memg x suka selimut..rimas.. tp laa ni kena jugak nak selimut

    ReplyDelete
  3. wah, baju chelsea mcm baju zulaikha lah. blh geng ni. zulaikha jenis nak tdo kena ada kain. so, yong belikan dia selimut frozen :)

    ReplyDelete
  4. Anak-anak sy bukan tak suka tapi tak boleh berselimut..sebab kiat berpeluh...

    ReplyDelete
  5. sedapnyaa tgk dia tido .hihi.

    p/s : yoorin, untuk oreo truffle tu, cream dalam oreo tak payah buang, blend skali je :)

    ReplyDelete
  6. panas agaknya sebab tuh budak2 xsuke berselimut...tapi betul kak mak kak yoorin, kalau xpakai selimut, tido nampak tak sopan plak yer...hehehehe :D

    ReplyDelete
  7. Anak2 dara aida semua x suka berselimut.
    Kat hotel pun dipaksa berselimut :-)
    Rimas kata diorang...
    Izzat lg la.
    Ditolak tolak nyer selimut tu hu hu...

    ReplyDelete
  8. banyak nye selimut kartun2 kat rumah ni.. tapi tetapppp taknak selimut

    ReplyDelete
  9. info untuk yg bujang juga.. kucing cik en pon suka tdo x berselimut.. ahahahah

    ReplyDelete