Thursday, August 13, 2015

Sebab Kenapa Dubai Antara tempat Yang Menarik Di dunia

7 Sebab Dubai Tempat Yang Menarik

Cerita pasal Dubai, mesti semua orang akan kagum. Nak kata aku pernah pergi memang jauh sekali lah. Tapi ada je kengkawan aku yang dah menjejakkan kaki ke sana. Seronok nya tengok diorang. Siap shopping sakan.. Aku pon takat tengok kat TV je pon.Kalau dah berduit, memang harus lah kan pergi kesana. Sebab Dubai ni salah sebuat tempat yang paling paling paling menarik dalam dunia. Kenapa? Sebab bangunan bangunan pencakar langit nye tu ke? Jom baca apa yang best sangat kat Dubai ni.


1. Polis Dubai Memandu kereta bernilai jutaan ringgit


Lamborghini hokeyyyy... Polis Malaysia bawak kereta apa aje?? Kah!!! Ahh sudah.. Malaysia tak payah laa kot nak kereta mewah gini, dengan ekonomi yang entah pape tuuu.. Jenayah pon masih banyak. Tak memasal kereta polis pon kena rembat kang.. keh keh keh! Selain kereta Lamborghini ada jugak kereta Polis guna Ferrari & Aston Martin. 


2. Hotel paling Mewah di Dunia | Burj Al Arab



Satu-satu nya hotel di dunia bertaraf 7 bintang . Kalau dah 7 bintang tu faham-faham je lah ye 1 malam tu berapa lah harga bilik menginap. Sebab tu Burj Al Arab dikategorikan hotel paling mewah di dunia. Terdapat 202 suites mewah dan disediakan perkhidmatan terbaik untuk tetamu termasuklah memberi tetamu menggunakan Ipad 24-K emas, pembantu peribadi, landasan helikopter, 4 kolam renang  , butik butik mewah yang disewa pon dah bernilai $10,000.. dan macam-macam lagi.. 

3. Bangunan Tertinggi Di Dunia | Burj Al Khalifa



Burj Khalifa ni merupakan bangunan tertinggi di dunia setinggi 2722 kaki tinggi dan mempunyai 160 tingkat. Dibina pada 6 Januari 2004 dan boleh dibuka pada 4 Januari 2010.Burj Al Khalifa juga mendapat pengiktirafan sebagai  bangunan tertinggi didunia, paling tinggi struktur buatan manusia dan Restoran tertinggi di dunia. 


berganda jugak laa nak dibandingkan dengan  Menara Berkembar Petronas. 


4. Lapangan Paling Besar  di dunia




Lapangan terbang Dubai Al-Maktoum mempunyai keluasan 54 batu persegi merupakan lapangan terbang paling luas dan besar di dunia. Dijangka dapat menempatkan 120juta penumpang setahun .


5. Pulau Buatan Terbesar Di dunia 


bila dah terlalu banyak sangat duit, sanggup billionaire kat Dubai ni beli pasir import untuk bina pulau. Kalau nak tahu, kalau dulu cuma ada 7 keajaiban dunia je kan? sekarang tak lagi. Tambah Palm Island ni dah jadi 8 kejaiban dunia.


6. Pusat membeli belah terbesar di dunia


Dubai Mall ni berkeluasan 5.9 juta kaki persegi sebab tu lah merupakan pusat beli belah terbesar di dunia. Mempunyai 1200 kedai, panggung wayang yang mempunyai 22 skrin dengan 2800 tempat duduk, akuarium gergasi dan gelanggang meluncur ais bersaiz Olimpik. Ia juga merupakan destinasi membeli belah paling kerap dilawati didunia dan dan mencapai rekod 80 juta pelawat pada tahun 2014.


7. Resort Ski di Tengah Padang Pasir



Sekali lagi Dubai membuat sesuati yang mustahil dengan membina Resort Ski di padang pasir. Ski Dubai ni terletak di dalam Mall Of The Emirates yang mempunyai 5 larian, kawasan gaya bebas dan landasan keretapi. Yang membuatkan ia bertambah unik adalah dengan dilengkapi penguin hidup dan ukiran ais. Aku dok bayang kawasan diorang yang panas tu macam mana la ek diorang kawal cuaca sejuk macam tu..


sebenarnya banyak lagi keunikan Dubai yang aku tak senaraikan. Tapi ni lah yang paling buat orang teruja nak ke sana. Yelah, dah berduit semua nya boleh wey.. Kami ni dok tengok gambar je la.. Hehehehe. Camnapon memang semua paling besar paling mewah , semua ada kat Dubai. Orang-orang nya pon boleh tahan besar jugak tu.. Hahaha. Sekarang ni orang-orang kat Arab tu memang lepas raya akan datang Malaysia untuk shopping. Diorang punya kaya tu , datang berdua anak beranak je, , tapi boleh sewa bilik hotel sampai 8-10 bilik. 1 bilik untuk tidur , selebihnya untuk diorang letak barang-barang diorang shopping. Hahaha.. aku kan pernah kerja hotel. Memang tau la.. Ni pon laki aku dok kata hotel tempat dia kerja ada guest dari Dubai, sekali keluar duit dari poket, huh, sebembannn... tips tu jangan cakap lah, macam main tabur-tabur gitu je..Seronok nya hidup diorang ni oiii.. Kalaulahh aku..... 








13 comments:

  1. waahhh..baru sy tahu info hari ni psl dubai..sblm ni hnya tahu syurga shopping tp harga mahal gile kot..insyallah msk dlm wish list impian nk jejak jgk kalau ade rezeki..

    tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoorin tau bangunan tinggi2 je..hehehe..alaa.depa kan orang sana semua kaya2... amin..mudahan semua dapat ke sana.. =)

      Delete
  2. dalam gambar, nampak Dubai sangatlah sejuk. hakikatnya, ya Allah belum apa2 dah basah baju dah. :D haha. biasanya orang ke Dubai, end up ke kawasan yg bukan open-air - macam Dubai Mall tu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..tp org cakap panas dia berangin.. cambest je.. tu nampak macam cuaca baik & cantik

      Delete
  3. Ada chance boleh pergi sana ni..negara orang-orang kaya..

    ReplyDelete
  4. Ada chance boleh pergi sana ni..negara orang-orang kaya..

    ReplyDelete
  5. Akak dulu hanya transit di airport Dubai. Itu pun dah terasa betapa mewah nya.

    ReplyDelete
  6. Akak dulu hanya transit di airport Dubai. Itu pun dah terasa betapa mewah nya.

    ReplyDelete
  7. Akak dulu hanya transit di airport Dubai. Itu pun dah terasa betapa mewah nya.

    ReplyDelete
  8. Teringin nak pergi. Tapi kena pastikan purse gemuk dulu barulah boleh berjimbaan dengan gembira LOL

    ReplyDelete