Wednesday, August 26, 2015

Selamatkah Menyusukan Anak Dikala Sedang Hamil?







Tergerak hati aku untuk mengkaji hal ni.. Sebab aku tengah merancang untuk kehamilan ke 2 sebelum usia Irine 3 tahun. Hehehehe.. Verangan je lahhh..  Manalah tau dia nak dok menetek sampai dah 3 tahun nanti kan.. Rimas jugak kengkadang tuuu..Tapi tak sampai hati nak wean off..Untuk merancang kehamilan ke 2, memang nak dapatkan maklumat yang terbaik untuk baby..Sebab masa Irine dulu kan macam mengejut.. blurr pon ada. Sampai digelar ibu kekok.. hehehe.. Kali ni nak share sikit info mengenai kehamilan dan penyusuan dari Babycenter.


Soalan :
Bolehkah saya menyusu walaupun sedang mengandung? Kata orang-orang tua, si abang/kakak yang masih menyusu itu seolah-olah mengambil hak susu adiknya? Betulkah?


Jawapan :
Sudah tentu boleh!  Tetapi dalam masa yang sama juga kena jugak jaga makan  , makanan seimbang dan minum banyak air. Ye lah..Yang aku tau jugak kalau menyusukan anak ni salah satu cara untuk mencegah hamil sebab boleh mencetuskan pengecutan rahim. Tetapi selalunya doktor sendiri takkan bagi menyusu ketika mengandung kalau sebelum ni pernah mengalami komplikasi kehamilan sebelum ini seperti melahirkan bayi pramatang, keguguran atau kehamilan kembar. 

Yang menjadi kerisauan bagi si ibu adalah khuatir sekiranya anak yang menyusu dan anak dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang secukupnya. Selain itu juga , si ibu akan risau samaada dapat membekalkan susu yang secukup nya pada si anak... Jangan risau tentang kolostrum untuk anak yang bakal dilahirkan nanti tetap ada. 



Persediaan untuk ibu hamil jika ingin terus menyusukan semasa hamil adalah:



1. Dapatkan rehat yang cukup dan amalkan pemakanan sihat dan air yang secukupnya untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang kehamilan.



2. Kadang-kadang disebabkan perubahan hormon dalam badan, susu ibu akan mula berkurang. Ini juga adalah normal terutama jika usia kehamilan mula meningkat. 



3. Payudara ibu akan mula berasa sensitif terutama di bahagian puting susu. 




4. Pastikan ibu sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan dan monitor keadaan bayi dalam kandungan dan juga keadaan kesihatan anak yang masih disusukan.


Doakan semoga dapat hamil lagi.Walaupon masih ngeri bila pikirkan nak beranak tuu..Fuh!  huhuhu..At the same time rasa Irine masih baby lagi..chehh,.nak 2 tahun dah pon.. But forever my baby laa dia tuu.. Tapi bila memikirkan umur ku nak masuk 30 tahun dah next year.. anak baru sorang.. Memang kena merancang laaa kali ni.. hehe.. untuk tips cepatkan kehamilan boleh baca sini..










7 comments:

  1. good to know!

    feel free to visit my blog http://the-magic-of-red-spatula.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tak der masalah kalau pregnant still menyusu baby. Macam saya pregnant anak ketiga tapi yg kedua still breastfeed. Cuma kalau ada rasa contraction masa tgh menyusu tu, tak digalakkan untuk meneruskan penyusuan. Sian gak tgk yg 2nd terpaksa benti menyusu. Tapi bila adik dia lahir saya buat tandem nursing. Memang best sangat ☺

    Good luck. Smoga Irene cepat2 dapat adik ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. boleh rasa contraction ke even baru 1st trimister? huhuu..takutnyaa..

      Delete
  3. Boleh je jika diri sendiri kuat dan takde masalah...

    ReplyDelete
  4. Thank you for the info.... cuma terkadang tu berlaku konflik samada nak ikut cakap orang tua.... atau ikut cara yang kita tahu.... huhu....

    ReplyDelete