Monday, March 21, 2016

Duhai Ibu

Assalamualaikum..Seminggu biarkan blog bersawang.. Bukan sebab tak berinternet. Bila dengar perkhabaran mak aku sakit, memang tak dan lah nak bermedia sosial bagai.. Memang fokus kat mak je.. takat nak reply whassap pon memang tak berkesempatan sangat.. 


keadaan mak sewaktu Tahun baru cina baru-baru ni.. mak memang tak boleh jalan..bergantung harap dengan tongkat & kerusi roda je.. 

Aku memang tau mak aku demam. Lama gak la dia demam.. Seminggu lebih kot.. Hanya mampu pujuk dari jauh je (panggilan telefon) mintak dia pi hospital. Tapi memang dia tak nak. entah macam mana Isnin 14/3 adik2 aku call dalam waktu tengahari tu.. Kata dah bawak mak pegi hospital. okey..waktu tu dah rasa tak sedap hati. Memang aku keep call adik aku lah..sebab risau gila.. Tapi still takde update apa-apa.. 

sebelum warded..sempat selfie..muka bengkak..memang punca salah makan ubat..


Bila adik aku bagitau , "mak kat red zone" tak dapat bayang lah red zone tu mende.. kalau dah namanya merah, aku dok pikir kritikal je.. time tu aku dah nangis-nangis .. lagi sekali adik aku call, dengan menangis-nangis.. ko ghase?? aku dah meraung kat opis okey.. Lagi lah bila adik aku tak gigih nak cakap dengan aku..dia pass telepon kat makcik aku , kata keadaan mak aku 50-50.. Allahuakbar..!!! aku ni duduk, macam tak duduk kat kerusi.. dah macam diawang-awangan..nak bangun , aku rasa kaki tak pijak lantai kott... memang dan dan aku nangis kuat.. tak kisah dah orang sekeliling pandang apa.. Rasa sungguh tak kuat.. Lagi sebak, bila makcik aku kata, tak bagi tau lagi kat abah.. Tak tau nak mulakan macam mana.. lagi lah aku rasa nak gugur jantung.


Nekad lah , aku nak balik kampung. nak balik malam tu, Gjul masih kerja.. Rasa nak pecut sendiri je. Tapi bila pikir balik, keadaan aku tak stabil, ayah aku kata jangan balik dulu..balik siang hari.. tengahari jugak lah aku baru nak balik.Sampai je Batu Pahat, memang terus ke hospital. Waktu tu nampak mak macam okey..boleh bercakap. tapi dia rasa macam kat rumah kot.. tiap kali orang datang, dia mintak aku & adik-adik buat air.. hidangkan kuih. Terpaksa lah berdrama , kata dah minum semua kat luar.. huhu..

16/3/2016.. 
Sebab waktu melawat pukul 12 tengahari, aku ni siap2 masak kat rumah untuk bawak bekal ke hospital..kesian lah adik2 aku lapar kot bermalam kat spital. nak makan kat cafe hospital tu pon tak menyelerakan..baik masak sendiri. Gjul kebetulan nak balik KL dah. hantar dia pi bus stand. Dalam perjalanan, mak cik aku telepon... dia tanya, mak gerak pegi Johor Bahru pukul berapa? Ajah tak sempat tanya nini tadi.." berderau jantung aku kot.. aku pon tanya lah..buat apa pegi JB?? ko bayang lah perasaan aku.. kenapa adik2 aku xde inform aku pon.. nangis lagi dalam kereta..terus aku call adik aku.. dia dok nangis, aku lagi laa menangis.. dia kata kak ni sorang je dapat ikut masuk ambulans. tunggu keputusan kat sana nanti.. kalau warded, kita berkampung kat jb ..sementara ni tunggu je kat sini.. Gjul memang kena balik kl.. aku rasa makin aku tak kuat. Mak macam tu.. suami pulak jauh.. kat bus stand pon aku dah meleleh air mata. berat rasa nak bagi Gjul balik..


Around pukul 5 tu, adik aku si Niny bagitau otw balik Batu Pahat. rupanya cuma check up dengan pakar kulit, since kat Batu Pahat, takde pakar kulit. Kulit mak agak teruk la..Ruam naik satu badan. merah-merah..jelas, memang sebab allergic ubat.



17/3/2016
Pagi-pagi lagi dah masak siap2 sebab nak pergi hospital awal sikit.. Keadaan mak, masih kurang stabil. Sebab dia cakap pon tak clear sangat. Mak masih merepek cakap ada kucing dalam kain dia..dia kata dia dah terduduk kucing sampai mati, 2 ekor..kebetulan kucing-kucing kat rumah semuanya sakit..sebab selama ni mak kot yang manjakan kucing2 nya.. makcik aku pulak sibuk mintak permision doktor & nurse nak mintak bawak irine jumpa mak.. dapat lah irine jumpa mak less than 3 minutes.. Irine pon kenal nenek dia..kemain dia cium peluk nenek.. tau dia cakap Nenek sakit. Sebab mak tak nak pakai pampers. Petang tu kebetulan aku jaga mak sorang. mak mintak aku bawak dia pegi toilet. Allah!! tak kuat rasanya dengan keadaan aku memboyot ni.. lepas tu, aku mintak mak aku kencing je kat tilam..terus dia nangis sebab katanya aku hantar dia pegi rumah kebajikan orang tua.. pulak dahh.. tak larat nak panggil nurse, gigih jugak laa aku pujuk mak pakai pampers..memang guna segal kudrat yang ada nak ankat kaki, punggung mak aku..rasa nak terberanak pon ada.. tapi tu aku anggap rezeki aku dapat tunaikan kewajipan aku sebagai anak.. Takde lah penat manapon jaga mak kat spital. tapi bila balik rumah tu, perghhh.. memang penat nya macam hape.. esok pegi spital jaga mak lagi, hilang penat automatik!!! 



18/3/2016
Tau tak,aku sampai2 je hospital tengahari tu, mak aku dok nangis, kata kenapa tak kejut dia hantar masuk hospital... rupanya, dia baru sedar, yang dia sekarang ada kat hospital. Allahu!!! dia kata selama ni kat rumah, rumah nenek kat kampung.. rumah buruk..dia bangun2 je, pelik, kenapa kipas semua tinggi-tinggi.. aku pon dok nangis sambil tergelak..akhirnya mak sedar.. Pagi tu doc bagitau, mak ada tanda-tanda mild stroke, & nak bawak mak pegi buat CT scan. & the result, ada sedikit darah beku kat otak, maybe akibat low blood pressure, tu yang buatkan mak lemah daya ingatan.. doktor cuma bagi ubat untuk cairkan darah beku.. 

19/3/2016 
keadaan mak makin pulih..cakap pon dah okey sikit..lagi-lagi bila kawan-kawan dia datang, cerita 31 tahun lepas pon dia boleh ingat tau..memang seharian laa dia mampu gelak ketawa.dari tengahari sampai nak maghrib, tetamu tak putus-putus datang, doakan kesihatan mak.. aku pon rasa lega sikit, plan esok nak balik kl. mak aku pon kata okey je..sebab dia kata dah rasa sihat sikit. malam tu, adik aku lah yang berjaga..dia bagitau mak semput.. adehh.. kena pakai o2.. tak pernah2 mak aku semput.




20/3/2016
punca mak aku semput semalam sebab makan pisang 3ulas & mandi malam..

so, 1 hari ni, 3-4 kali jugak, kena pakai topeng gas. beratnya rasa hati nak balik.. tapi petang tu tengok keadaan mak dah okey sikit.. nak taknak memang aku kena gerak balik, since, lepas ni nak cuti panjang berpantang. kena juga pass job kat orang lain.. pukul 6 petang baru aku bertolak balik..penat jangan cakap lah.. sampaikan jiran katil sebelah mak aku cakap, jeles tengok mak..tak putus2 anak2 mak jaga mak..sentiasa anak-anaknya ada.. yang dah cukup bulan ni pon gigih jaga mak , uruskan mak hari-hari.. kuatnya Allah bantu ..nak drive balik KL berdua je dengan anak kecik.. huhu..betul!! Allah yag bagi aku kekuatan ni..walaupon jalan dah rasa sakit-sakit..turun naik ward..tengok mak, tengok anak kat bawah.. fuh!!! pukul 1030 alhamdulillah..selamat sampai ke ampang.

21/3/2016

Harini. pagi-pagi dah call adik aku tanya perkembangan mak.. Alhamdulillah..mak dah boleh discharge.. Tapi sebab esok nak jumpa pakar kat JB, mak aku tak nak balik dulu.. dia sendiri cakap, nak betul-betul sihat.. aku pon pikir macam tu.. doa ku sentiasa mengiringi perjalanan hidup mak abahku.. tak puas lagi, bermanja dengan diorang.. Alhamdulillah juga, kami adik beradik Allah lembut kan hati untuk berjasa dengan ibu bapa.. bergilir2 jaga mak.. walaupon waktu mak sihat, pot pet membebel je kerja dia..hahahaha.. 

2 comments:

  1. Alhamdulillah...ada perkembangan baik mak yoorin..semoga mak makin sihat..moga allah permudahkan..amin..yoorin please jaga kesihatan ye dik...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah emak yoorin semakin pulih dah dah boleh discharge... in shaa Allah, positif side, Allah beri rezeki kepada yoorin utk berbakti kepada emak walau dalam keadaan yang sarat.. semoga urusan yoorin sekeluarga dipermudahkan...

    ReplyDelete