Tuesday, February 13, 2018

BALM BAYI TOK SYED | BALM SERBAGUNA UNTUK SEISI KELUARGA

Assalamualaikum.. 

Apa yang merisaukan ibu bapa bila anak demam terutamanya batuk dan selsema lagi-lagi bila ia nya berlaku pada bayi? Kadang-kadang kalau ke klinik pon memang tak digalakkan untuk ambil ubatan seperti ubat batuk.Kadang risau kan bila anak-anak batuk dengan keadaan tak selesa berkahak dan sukar untuk tidur. 

Baru-baru ini Irine pon kerap demam dan selsema. Tapi dia dah besarkan, pandai lah nak buang kahak dan batuk pon cepat lega. Berbanding dengan Wafiy yang terjangkit dengan kakak nya, tidur pon tak lena dengan nafas berbunyi. Bila ke klinik tak de pulak semput kan. Kita yang dewasa ni pon kalau batuk rasa siksa sampai rasa nak terkeluar anak tekak.. hahahaha.. 

Cara lebih selamat dan nak melegakan rasa batuk dan selsema tu dengan sapu balm. Aku memang tak la nak sapu minyak-minyak panas ni. Sebab sebelum ni pernah sapu minyat gamat panas untuk Irine, tu dia, merah-merah badan dia siap nangis lagi haa sebab kepanasan, walaupon sapu sikit je.. Kebetulan ada kawan-kawan yang bercerita tentang Balm Bayi Tok Syed. Haaa.. Apa lagi..Wajib cuba la kan.


BALM BAYI TOK SYED

Balm Bayi Tok Syed adalah persediaan kecil yang perlu ada bagi setiap seisi rumah yang dapat membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat. Yang bagusnya balm ini berasaskan bahan semulajadi , halal dan suci serta diproses di kilang bertaraf GMP . Ia boleh digunakan seisi keluarga tidak kira peringkat usia. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Balm Bayi Tok syed ni adalah Beeswax, minyak kelapa dara, minyak bunga matahari dan pati minyak lavender. 




Beeswax

Atau lebih dikenali sebagai lilin lebah merupakan bahan semulajadi yang terbaik selain popular untuk kecantikan kulit dan kosmetik,  ia juga baik untuk mengatasi keradangan kulit. 


Minyak Kelapa Dara

Ia merupakan bahan 100% organik yang diperolehi dari kelapa matang yang berkualiti tanpa melalui proses haba dan kimia. Ia mengandungi vitamin E dan tidak akan rosak dan hilang. Ia memang bahan yang terbaik yang mampu membunuh bakteria, virus dan kulat.Ia juga baik untuk meningkatkan metabolisma dan daya tahan terhadap sesuatu penyakit. Minyak kelapa dara juga mudah menyerap kedalam kulit dengan kandungan vitamin E didalamnya sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan kulit.


Minyak Bunga Matahari

Ia diperolehi dari biji bunga matahari. Kandungan Vitamin E dan asid lemak omega 6, menjadikan ia nya sangat efektif dan anti radang bagi membantu masalah kulit seperti eczema. 


Pati Minyak Lavender

Selain dikenali sebagai bunga yang memiliki haruman yang manis, menenangkan dan menyegarkan yang banyak dijadikan sebagai minyak aromaterapi , syampu, pencuci pakaian,pewangi dan lain-lain, ia sangat bagus untuk mengatasi stress dan tekanan. Ia juga membantu memudahkan kita untuk tidur dan lena. 


Cara menggunakan Balm Bayi Tok Syed



1. Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki
2. Urutan Perlahan di belakang badan
3. Urutan Perlahan di bahagian dada
4.Ia juga boleh disapu sedikit di bahagian "T" muka. 



Testimoni Pengguna Balm Bayi Tok Syed














Video Testimoni Sendiri




Selepas seminggu mengaplikasi kan sendiri kepada anak-anak dan diri sendiri, ternyata memang berpuas hati sangat dan rasa berbaloi untuk memiliki Balm Bayi Tok Syed. Harga nya berpatutan dan isi padu nya juga banyak.


        Harga : RM80 sebotol
Isi padu : 45 gram

Untuk membuat sebarang pembelian atau pertanyaan, korang boleh dapat kan sendiri dari pengedar dan stokis yang sah dengan carian www.toksyed.com/stockist .




Untuk maklumat lanjut mengenai Balm Balm Bayi Tok Syed adalah seperti di bawah ;

Website : www.toksyed.com



No Telefon : 0168262990


                 

3 comments:

  1. memang sangat sesuai untuk seisi keluarga,.saya pun guna balm tok syed ni

    ReplyDelete
  2. Produk natural memmang sesuai untuk kanak-kanak. Miza nak standby 1 dekat rumah

    ReplyDelete
  3. Bagus utk budak ye. Model ciklily Tu pun comel laa

    ReplyDelete