Faktor kehadiran jerawat
1. Perubahan hormon sewaktu akil baligh .
2. Jangkitan kuman pada liang roma.
3. genetik.
4. Penggunaan kosmetik berlebihan dan berminyak yang menutup liang roma .
5. Tidak membersihkan wajah dengan bersih.
6. Penggunaan ubat ubatan yang menyebabkan hormon tidak stabil.
7. Alahan wanita mengandung.
8. Pemakanan .
9. Datang haid
Masalah jerawat ini boleh menjejaskan penampilan dan sekaligus mengurangkan keyakinan diri terutamanya gadis dan wanita yang juga boleh menyebabkan masalah tekanan emosi. Sekiranya masalah jerawat ini tidak ditangani, ia boleh jadi lebih melarat dan makin teruk.
Faktor Alahan mengandung
Aku memang agak jarang ada masalah jerawat. Paling teruk pon hanya diwaktu alam persekolahan. Jadi bila jarang ada jerawat, memang tak ambil pusing sangat tentang produk untuk membanteras jerawat. TETAPI!! Paling teruk bila mengandung. Dua kehamilan sebelum ini pon memang alami masalah jerawat kecil kecil.Yang lucunya di tempat yang sama. Tak terkecuali kehamilan ke tiga ini pon aku ada alahan jerawat.
Nak guna produk tempatan bukan tak yakin. Bahan bahan nya diragui, dan mungkin bahaya untuk aku yang diawal kehamilan ni. Makanya aku nak sahut cabaran bebas jerawat 14 hari dengan hanya menggunakan Eucerin® ProAcne Solution yang diyakini diseluruh dunia kerana ia produk dermo-kosmetik.
Kenali EUCERIN® ProACNE SOLUTION A.I CLEARING TREATMENT
Eucerin® salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit,malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment.
Ia merupakan krim pelembab untuk kulit berminyak dan memang sesuai lah untuk aku. Ia direka untuk membersihkan pori yang tersumbat , mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat di samping mengekalkan kelembapan kulit.
Ia diformulasikan dari 3 bahan aktif yang terbukti berkesan iaitu;
1. 10 peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa
tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA
(asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan
kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit
mati.
2. Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan
kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.
3. Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah
pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya
tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Cara nak memakainya pon mudah. Hanya pakai diwaktu pagi dan waktu malam sahaja. sekali picit je tube dah memadai untuk meratakan keseluruh wajah. Memang mudah dan menjimatkan. Bila pakai rasa lembab moist je kat kulit.
Pengalaman sendiri menyahut cabaran bebas jerawat 14 hari dengan EUCERIN® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment
Disebabkan memang dah lama tak menggunakan sebarang produk skincare kecuali pencuci muka, maka aku hanya ambil tempoh 3 hari je untuk detoks kulit wajah. Disini dari gambar sebelum memang jelas nyata kehadiran jerawat tanpa diundang tu.Selain masalah jerawat, kulit wajah aku memang jelas kusam, tak bermaya.
Selepas penggunaan 14 hari jerawat hampir pudar walaupon ia masih ada. Almaklumlah.. Jerawat alahan mengandung ni memang degil. Tapi aku tetap berpuas hati.. Sebab kulit rasa lebih lembut, dan nampak lebih cerah. Haippp..gambar ni aku tak guna sebarang filter dan tak pakai foundation & bedak tau.. hehehehehe..
video unboxing dan perjalanan menyahut cabaran bebas jerawat.
JOM SAHUT CABARAN!
Korang yang berminat untuk sahut cabaran bebas jerawat 14 hari Eucerin® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment boleh sertai langkah mudah dan menangi hadiah yang lumayan tau. Hanya dengan 2 langkah mudah;
1. Langkah pertama : Ambil gambar sebelum (hari pertama) dan selepas penggunaan (hari ke 14) krim ini.
2. Langkah ke-dua : Poskan gambar sebelum dan selepas penggunaan dan kongsikan pengalaman anda menggunakan produk ini dihalaman facebook beserta #EucerinProACNE. Jangan lupa set kan ke PUBLIC ya.
Hadiah utama : Produk Eucerin bernilai RM5000
Hadiah tempat ke dua : Produk Eucerin® bernilai RM2000
Hadiah tempat ke-tiga : Produk Eucerin® bernilai RM1000
Cabaran ini bermula dari 1 April sehingga 30 Jun 2018. Jadi sempat lah untuk bebas jerawat di hari raya nanti.. Chewahh...!! Korang boleh dapatkan produk Eucerin® ProACNE Solution A.I Clearing Treatment ini di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62.00
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan facebook Eucerin® ;
Laman web : Eucerin® Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/EucerinMY
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan facebook Eucerin® ;
Laman web : Eucerin® Malaysia
Best nya muka yang susah nak naik jerawat kan.. jue ni aduii remaja purba asyik naik jerawat jer hahhh
ReplyDeleteHidup yang bebas dari jerawat ni memang syok. Nak try la produk ni...
ReplyDeleteWow.. nmpak dah.. cik en pakai x smpai 2 3 hari jerawat dh kecut.. dan xnmpam sgt bekasnya
ReplyDeleteI pun tengah guna ni.. fantastic product... can c the difference after 14 days..
ReplyDeleteTengah Cuba product ni lepas beli. 7 hari da. Berkesan ya. Dulu mmg sensitive tapi kini bebas jerawat. best
ReplyDeleteSis, pakai ada merah2 tak? I pakai perih seperti di gigit semut dan merah2 i pakai baru 4 hari aja
DeleteWah menarik la produk macam ni. Dengan keadaan hormon yang turun naik ni, saya sendiri pun kena dapatkan Eucerin ni
ReplyDeleteBest kan..akak pun dah guna dh..dan memang bercadang naka teruskan pengunaan..tak nak dah curang2 lagi..
ReplyDeletedengan Eucerin ni result sangat cepat..2-3 hari jerawat dah tinggal kesan ke
Alahan wanita mengandung tu irra lah..memang lagi dekat nak beranak lagi banyak jerawat penuh muka dan badan...tapi lepas beranak hilang la..cuma xcomey lah time pregnant. Eh org menganding boleh guna uecerin ni?
ReplyDeletebagus yer,eucerin ni.Tak mengeringkan kulit.. ini lah yang sangat perlu cari untuk kulit berjerawat
ReplyDeleteBagus kan eucerin ni..ami pon suka pakai..ami pon jarang2 naik jerawat tp pores tu byk..eucerin bagus utk bersihkan pores tersumbat tu..hihi
ReplyDeleteSemoga berjaya bebaskan diri daripada jerawat..mcm mACAM produk ada di pasaran skang ni, janji ianya selamat dan berkesan..
ReplyDeleteSo far tak pernah ada problem jerawat. Produk ni bagus. Brand ni pun famous.
ReplyDeleteWah bestnya ada contest lagi boleh la join
ReplyDeleteBanyak baca good feedback eucerin ni
Ramaikan yang dah cuba guna eucerin
ReplyDeleteBestnya klau dpt Eucerin ni. Boleh buat penyelamat bila muka naik jerawat
ReplyDeletekulit ni sangat2 sensitif. kita kena jaga betul2 dengan sentiasa bersihkan liang roma dgn eucerin ni
ReplyDeletemmg stress bila muka naik jerawat. apatah lagi disebabkan oleh perubahan hormon..nasib baik eucerin ni berkesan juga efek dia
ReplyDeleteBest keeeee. Mcm teringin pulak sebab ramai sangat duk post pasal eucerin kebelakangan ni. Tp baru je lepas tukar skincare lain haritu
ReplyDeletePengem nyoba aj, belinya di mana ya. Aku mau beli sebelum balik Indonesia, mumpumg saya ada di KL
ReplyDeleteMuka sis ni jarang naik jerawat..sesekali malam bulan purnama aje..heehe. Tapi anak penuh satu muka...insaallah nak try kat muka anak produk ni, mana tahu sesuai
ReplyDeleteWah..nampak berkesan kan?kena rajin selalu guna
ReplyDeleteOk best tau brand ini, I m using their anti aging range also. Their products are suitable for sensitive skin user also.
ReplyDelete