Wednesday, October 7, 2015

Cabaran 7 Hari Wean Off Anak

Wean Off Anak


Dah pernah cerita kan aku nak Wean Off Irine di entry INI ... Yes.. sebab musabab nya adalah sebab aku preggy . Mungkin ada sesetengah ibu masih menyusukan anak walaupon tengah preggy dan berjaya sampai melahirkan.. Aku pon sebenarnya nekad jugak nak susukan Irine.. Sampailah dah 10 minggu..Tetiba sakit dan makin sakit pulak di bahagian ari-ari.. Sebab tu memang TERPAKSA tanpa RELA wean off Irine. Bila aku tak bersedia, Irine pon dah tentu lagilaa dia tak bersedia.. So, memang agak cabaran lah.. Mujur ada Gjul yang sangat memahami handle bila Irine tantrum nak nenen .





Kesian sangat tau.. Tak tau nak gambarkan perasaan dia. Dengan nangis kuat, mengamuk lagi.. Macam dah sasau aku tengok dia.. Perasaan tu, rasa nak tarik dia "nah Irine..susulah.." Tapi memang Gjul halang betul-betul.. Sampaikan dia tahan okey tak menyusu.. Bagi susu botol tak nak.. dalam sippi pon dia refuse.. Air glucose pon dia tak nak.. Air masak je laa dia nak minum. risau aku dia dah la kurus, makin bertambah kurus.. Aku dok fikir susah.. Sebab patutnya wean off anak ni perlukan perancangan dan masing-masing(ibu&anak) bersedia. Tapi aku kena ambik keputusan yang drastik.. 

Hari pertama : 29 September 2015 (SELASA) My Birthday!!!!
Sebenarnya aku jumpa doktor hari Isnin untuk check up Irine genap setahun 9 bulan.. Tapi Isnin malam  tu dia masih menyusu, tak sampai hati kot.. Hari Selasa, baru lah tekad , tekad yang setekad tekad nya .. Dengan dia menangis, aku pon dah berjurai air mata. Susah tau anak tak nak menyusu botol. Kat rumah BS je okey.. Gjul paksa aku masuk bilik tidur.. Irine nangis, melalak, panjat badan aku pon aku terpaksa buat-buat mati.. haha.. Gjul laa yang pujuk dia. tenangkan dia.. Masa tu dah basah bantal . Rasa nak peluk je Irine, nak susukan dia.. Lagi 1, Irine tak pernah automatik tidur sendiri. Kalau anak orang tengah makan pon boleh tertido kan? Irine tak pernah langsung ye. Dia tido dengan mengempeng. Makin dia besar, mengempeng tak nak lepas. Rimas rasa, tapi aku bahagia... hehehe.. Last-last , aku tertidur, tak sedar waktu bila tertidur.. Sedar2 je rasa macam waktu aku patut susukan dia.. Tapi teringat, eh nak wean off.. Dia ada je tidur berpelukan dengan Gjul. Allah.. lagi lah syahduuu rasa macam direntap-rentap je hati..


Bila seorang rakan bagi tips kat FB, aku terus hayati isi nya. Agak susah juga. Tapi kena belajar dalam masa yang singkat. Dan cuba. Aku memang harap Irine wean off tanpa conteng dengan gincu, taruk asam jawa, minyak kapak and sewaktu dengan nya.. Kalau tak berjaya dalam masa sebulan, baru ambik keputusan buat macam tu. Sebab? aku tak sampai hati. Buat macam tu, dah macam mendera emosi dia je. Cukup lah emosi aku pon tak betul..hahaa..

Hari kedua : 30 September 2015 (RABU)
Macam malam sebelum nya, Masih menangis, melalak, memang dia dah macam orang yang gian dadah.. hahahahaha.. kesian okey.. Tapi gagal kejap sebab aku susukan dia .. Huhuhuhu.. tapi tak lama lah macam selalu.. sambil menyusu, sambil meleleh air mata dok tenung aku..adoii..ciannnya.. IRINE pon anak mommy!!!!! Gjul dah jeling je.. Bengang laa tu, aku susukan anak dia..hahahaha.. 

Hari Ketiga : 1 Oktober 2015 (Khamis)
Gjul dah pot pet pot pet kat aku.. Malam ni dia dah kerja malam. Tak dapat nak layan kerenah Irine. Semuanya bergantung kat keputusan aku. "Abang risau kesihatan ayang.. baby pon abang tak nak kehilangan. Untuk Irine kita ikhtiar sebab boleh diusahakan".. Okey.. Nangis lagi. Rasa macam lemah sangat waktu tu.. nangis sambil tengok Irine. Malam tu lepas maghrib macam biasalah Irine nak tekkk.. Dok selak-selak baju aku. Pastu aku tarik. Cakap kat dia.. Jangan macam tu Irine.. Perut mommy ada baby.Cian kat baby.. Sambil cium-cium dia.. Reaksi dia? Huh.. nangis lagi.. Siap campak remote tv okey.. Tetiba ada bunyi kucing dari luar pintu. Terus dia senyap.. siap sebut nyawww..nyawww.. baru mommy rasa.. oooo.. dia ni jenis cepat beralih bila dilekakan.. Terus bukak pintu..Bagi dia main dengan kucing. Heeee.. Waktu tu dia lupa lah nak tek.. Waktu nak tidur tu yang parah.. Gjul kerja. Takkan aku nak biar anak aku melalak menangis..ganggu jiran-jiran pulak nanti.. Last-last mommy memang bersengkang mata laa layan dia, buat dia terleka cium gomol dia.. Tiap kali dia tarik baju,aku lekakan dia lagi tunjuk gambar mommy, gambar atuk.. Pukul 2 pagi, masih tak tidur dan aku gigih dok conteng-conteng buku dengan dia.. pukul 3 lebih kot, nampak tanda dia macam dah letih.. Terus peluk dia buat-buat tidur.. dia pon baring sebelah lalu tidur.. (video yang viral kat Facebook baru-baru ni sangat membantu)


Link di bawah ni insyaa Allah membantu bagi yang nak mencuba .. aku dapat cedok sedikit tips bab psikologi je, sebab dah drastik kann:




https://www.facebook.com/NuhaLittleShop/photos/a.165670496959027.1073741843.143798499146227/439066566286084/?type=3

Hari Keempat : 2 Oktober 2015 (Jumaat)
Irine masih lagi macam orang gian nak tek.. nak tek.. tapi aku tetap lah jugak lekakan dia.. Tapi penat tau. Memang penat. Sampai aku demam, sebab bengkak susu.. perah sendiri bagi dia minum dalam cawan pon tak nak.. last-last buang.. Dah la demam. Batuk lagi. Nak marah je.. Tapi kena sabar. Sebab sayang Irine tak nak laa tunjuk rasa marah tu. Kesian kot kat dia. Sebab belum tiba waktunya lagi mommy buat keputusan drastik macam tu.. Macam malam sebelum nya pon rasa dah mudah sikit. Dia nak tidur. Tapi nak kita peluk dia. Dia pulak nak tidur atas dada.. Huhuhu.. kelakar. Tapi tu laa.. Nak bermanja. Tapi takpe.. Mommy manjakan Irine puas-puas.Ada jugak aku pujuk Irine nanti adik keluar Irine susulah balik.. Gjul dengar tak memasal kena marahh. tu" adik punya.dia dah berenti buat apa nak susu balik.. huh!"  Orang laki ni kan tak paham ekk.. 

Hari Kelima : 3 Oktober 2015 (Sabtu)
Balik dari kerja, terus fetch Irine dari rumah BS.. plan petang tu nak bawak Irine pegi playground. Tapi dah haze sangatlah teruk. Memang terpaksa cancel. dok dalam rumah je golek golek dengan dia. Sampai ke malam alhamdulillah, walaupon dia tak give up nak mintak tekk, mommy pon tak give up jugak nak lekakan dia. biarlah rumah bersepah dia kerjakan, janji sikit-sikit nak buat dia leka.. dia puas hati... Malam tu dia tido awal.. tido sendiri. Penat sangat agaknya. Malam tu jugak mesej Gjul request dia nak reward Irine nak pi waterfall..

Hari Keenam : 4 Oktober 2015 (Ahad)
Jerebu makin teruk! Ya Allah.. memang plan aku semua tak jadi. Nak hiburkan hati anak tapi tak dapat. Sebab tu kat Facebook aku royan sangat pasal jerebu ni!! Geram sangattt!!!! Sampai ke petang ke malam dok rumah.. Tapi ada perubahan.. MAcam biasa lah non stop cakap nak tek..nak tekk..Siap picit-picit dada aku ni..adoii.. sambil gelak2 pulak tu... adehhh.. Rupanya dia nak pegang je.Tak nak hisap pon.. Dapat pegang je pon dah lega.. Hahahahah.. sebab tengah dia main-main, tetiba datang kat kita , nak tek ..tapi dia pegang kejap pastu dia blahh..eh eh.. lawak laa pulak..

Hari ketujuh : 5 Oktober 2015 (Isnin)
Balik kerja, macam biasa. dah jadi sebutan dia hari-hari nak tek.. Tapi camtu lahh mintak didukung, dan bersandar kat dada, dapat cuit sikit, pastu dia mintak lepas nak main sendiri.. ngam-ngam cukup seminggu.. lega.. bila dia pegang, saje lah cuba2 nak hulur dia suruh hisap susu..tapi dia taknak dah.. Tak memasal kena marah lagi dengan Gjul "Dah budak tu lupa.. Lagi nk offer".. hahaha...


Hari kelapan : 6 Oktober 2015 (Selasa) Inspection laa kononnya

Tadi malam laa cerita nya.. Officially mommy kasi isytihar , Irine dah wean off.. Yeayyy!! dalam hati ada sikit berbunga-bunga dan sebak.. Rasa rindu nak susukan anak. Rindu walaupon baru seminggu melepaskan tanggungjawab tuu..

Perasaan? Bangga? Haruslah berbangga dan riak serta takburnya..hahahhaaha.. Ye lah.. bukan senang ye nak menyusukan anak. lagi-lagi aku ni working mom. Balik kerja penat tak hingat. Penat sebab sesak kat jalan raya lagi.. Tapi alhamdulillah. Dapat menyusukan Irine genap selama setahun 9 bulan!!! Kenapa tak berbangga pulak?? Bila throwback masa mula-mula susukan anak, stress , rasa 1st time susukan Irine pon rasa tak nak dah susukan.Sebab utama , rasa kekok. Kedua, irine menyusu sampai melecet berdarah.. dia punya rasa perit tu.. Allah je tau... Yang pernah merasainya mesti paham.. ketiga, baru lahir, irine kuning, dahhh bidan suruh bagi dia minum susu tepung. geram rasa.. sebab dah rasa selesa susukan dia waktu tu walaupon melecet..terpaksa pam.. waktu tu beli pam murah je..sekali pam, keluar darah.. nangisss..keempat bila terasa susu dah berkurang. Pam je terpaksa buang stok lama-lama.. Sebab Irine dah pandai memilih stok EBM. Dia tak nak dah EBM yang 3-4 hari.. At least sehari 2 punya.. Rasa lain kot.. Tension tau nak ngempeng je.. tak nak lepas pulak tuuu.. Memang mencabar lahh.. So, yang berjaya susukan anak sampai dah usia berapa tu, tak yah laa argue kat orang yang tak menyusukan anak. Cabaran dia hadapi, korang tak tau pon..

Permulaan masa baru balik kl.. habis pantang. start pump penuh botol ebm saje. memang beli ayam ikan tiap2 hari terus masak..hahahahaha..peti ais satu pintu je..memang kecik....kat bahagian bawah tempat sayur tu separuh jugak plastik ebm.. ..tapi tulaaa..kecewa..stok banyak2 pon irine bukan nak yang lama-lama.. Sodehhh..  

Gjul kena reward mommy & Irine ni.. Kami berdua dah berjaya dengan cabaran wean off... Aku percaya, anak-anak kecil ni bijak. Jangan lah tipu-tipu diorang.  Kesian lagi-lagi bab merasa tu.. Ada yang letak cili..fuh! tak tergamak laa aku.. kita pon tak suka kan kalau ditipu.. cuba lah lekakan diorang , layan je kerenah, bermain..sebab diorang perlukan perhatian..  kalau dah sebulan pon cara psikologi tak jalan, baru lah kot cuba . good luck! 


Penguat semangat mommy adalah 2 orang muka sama kat bawah ni.. dulu laa nampak sama.. Dah besar lain pulak muka dia.. 









13 comments:

  1. wahh yoorin.. ambil pgalaman.. sbb yanie belum pnh mrasa lg hihi

    ReplyDelete
  2. byknya susu badan ko...aku dr anak lahir je dah kena bg susu formula huhuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mindset niat nak bagi anak rapat dgn kita, nak jimat..banyak kali jugak nak give up tuu.. setahun 9 bulan jugak berjaya susukan dia.. sebelum beranak ingat senang , rupanya susah..banyak dugaan

      Delete
    2. tau xpe. igt da lahir je baby susu terus ada. rupa-rupanya kena urut 3 hari berturut2 br keluar, da la sakit kena urut huhuuu. Next baby da ada pglmn bole get ready apa2 yg patut.

      Delete
  3. memang mencabar sanagt nak wean off ni..saya dah merasa dua kali..kena kuatkan jgua hati..huhu...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. good luck..hati kena kental... lg la AE dah umur berapa belum wean off..syg kan rasa.. gud luck!

      Delete
  5. Bgusnya...
    Mak jem jugak yg x brjaya2 lgi

    ReplyDelete
  6. Dugaan...
    pengalaman :-)
    Sedih kan pada awalnya.
    tapi tu la...

    ReplyDelete