Monday, June 22, 2015

Katakan "Tidak" kepada anak adakah itu yang terbaik?



Say "No" to kids?

Tipu lah kita sebagai mak bapak tak pernah langsung katakan "Tidak, No, Never, Don't do, jangan buat" kepada anak.. Kononnya kita rasa itulah cara kita protect dan bersikap tegas kepada anak-anak. Aku pon tak terkecuali.. Memang lebih terdorong untuk mengatakan "Tidak" sehingga sudah menjadi kebiasaan. Terlalu Paranoid if anything bad happen to her.. Tetapi, sebenarnya mengatakan tidak lebih membawa maksud kita mengawal & berkuasa terhadap mereka . Kononnya dengan mengatakan Tidak, lebih mendisplin kan mereka sebenarnya ianya salah dan jawapan yang terlalu mudah tanpa perlu penerangan.

 Dengan megatakan TIDAK kepada anak, mengakibatkan anak bersifat lebih pasif dan bertindak luar kawalan (tantrum) serta gagal untuk anak-anak meneroka dunia mereka. Anak-anak sememang nya menyampah dan benci untuk mendengar perkataan No/ Tidak. Menurut kajian, anak-anak yang mendengar terlalu banyak "No/Tidak" mempunyai kemahiran pertuturan yang sedikit dan terhad berbanding ibu bapa yang bersikap lebih positif . Tanpa kita sedari dengan mengatakan terlalu banyak "No/Tidak" kadangkala tidak berfungsi dan tidak didengari sama sekali oleh anak-anak. Bila mereka tidak mendengar kata, kita lebih berasa ingin memarahi mereka. Adalah tindakan kita itu betul?

Mari saksikan sedutan video ini:



Apakah tindakan kita?


Katakan Ya dan nasihat 
Maka, apa yang kita perlu lakukan? Adakah membiarkan anak-anak ini menunjukkan sikap protes mereka?

Sebagai contoh bila kita ke pusat membeli belah dan anak anda meminta coklat. Apa reaksi anda? Adakah berkata tidak? sudah semesti nya anak anda akan mengamuk disaat itu juga. Dan anda akan bersikat lebih keras dengan mengatakan "Tidak, coklat tidak baik untuk gigi awak..nanti rosak keluar ulat kat gigi". Anda sebenarnya membuatkan dia berasa takut tanpa sebab yang munasabah. Adalah lebih baik menukarkan tidak kepada Ya! Contoh nya " Ya, boleh beli, tapi lagi bagus kalau kita beli buah-buahan . Makanan yang lebih sihat dan mengenyangkan".  

Lihat lagi video ini :


Memberikan rasa serik dan luahkan isi hati kita

Bagi anak-anak yang baru dapat kaki, contohnya Irine. Kemain dia sakan berlari. Tak pandang kiri kanan.. Jalan terus. Puaslaa dok terjerit-jerit jangan berlari. Rasanya dia dengar kata atau terus berlari? Adalah lebih baik kalau aku katakan "hati-hati berlari instead dari perkataan jangan dan tidak. Pakar mengatakan, jatuh duduk seorang kanak-kanak adalah normal, dan itu adalah salah satu perkembangan untuk mereka. Dan juga anda boleh mencuba beri sedikit psiko untuk anak anda contohnya beberapa kali dia terlanggar pintu akibat berlari dan kita mengatakan "Kalau Irine asyik langgar pintu je, sakit lah pintu tu.. kesian dia ". Secara tak langsung mengingatkan dan mengajar dia tiap tingkahlaku yang tidak elok juga akan memberi kesan terhadap orang / benda sekeliling. 


Beri mereka pilihan

Dengan mencadangkan dan memberikan pilihan untuk anak-anak, membuatkan mereka berasa berkuasa di atas sesuatu keadaan. Contohnya , anak-anak bermain bola di ruangtamu yang sempit sehingga menakutkan sekiranya ada barang-barang di dalam rumah yang pecah atau sebagainya. Apa yang perlu kita lakukan ? "JANGAN main dalam rumah.Pecah pasu bunga mommy".. Adalah lebih baik anda mengatakan "Boleh bermain, tapi golekkan saja bola itu ATAU kita sama-sama bermain diluar sahaja? yang mana pilihan awak? "..


Mari semak , adakah anda ibu bapa yang memilih "YES" atau NO" 
  1. Mum, can we go out and play in the garden, I am bored at home now?
    1. a) No, you will get dirty, honey.
    2. b) I don’t have time now, I am busy doing house chores. Can you play with your toys?
    3. c) Let’s finish the house chores then we will go to the garden together.
  2. Mum, are you cooking? Can I help you?
    1. a) No honey, you will mess up the kitchen.
    2. b) I need to finish cooking quickly so we can have dinner on time. Can you play on your own instead?
    3. c) Okay come here. Bring your cooking toy so we can cook together.
  3. Mum, can I mix my own milk?
    1. a) Oh no, the water is hot. It is not safe. You will hurt yourself.
    2. b) We are rushing now. Let me quickly mix it.
    3. c) Okay, quick. We’ll mix together. You put in the powder and I will pour the hot water?
# boleh saksikan video yang lain di SINI

Terima kasih untuk pihak Friso yang telah memberi sedikit penerangan berkaitan Keibu bapaan "Say YES instead of No". Sebagai seorang yang baru menjadi ibu, ilmu seperti ini sangat berguna untuk aku sendiri belajar mengenali anak sendiri dan meluangkan masa dengan mereka. Jom kita bereksperimen dengan "Katakan YA"!!





6 comments:

  1. Sedih o...nangis terharu tengok video2 tu. "Ya Allah suntikkan kami kekuatan untuk besarkan anak-anak"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..sayang datang lambat..tertinggal banyak info.. dapat plak tengok video tu yg memg sedih laaa... nak jaga anak baik2..

      Delete
  2. moga kita semua kuat dlm mendidik anak-anak
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  3. My mom always say no to me...saya nak keluar dengan kawan perempuan saya pon tak boleh...saya harap dia baca artikel ni so die tau yang saya betul2 bosan duduk rumah dan habiskan masa remaja saya dengan duduk eumah...tak adil lngsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kalau dah bersekolah tu dah boleh faham maksud NO & YES.. hehehe..xpon ajak mak adik join sekali dengan gathering kawan2 tuu..

      Delete
    2. rasanya kalau dah bersekolah tu dah boleh faham maksud NO & YES.. hehehe..xpon ajak mak adik join sekali dengan gathering kawan2 tuu..

      Delete