Monday, June 22, 2015

Minions Pon Pandai Cakap "Terima Kasih".

Minions

Tak pernah-pernah pon tengok wayang cerita minions. Tapi entah kenapa since ada anak ni, boleh plak terpedaya dengan kartun Minions. Aku pon heran.. CD cerita ni pon tak pernah beli. Irine laaa ni.. dok boleh pulak dia suka iklan minions ni kan.. Keluar je kat TV, automatik dia boleh nyanyi Baabbababababa. Kelakar pulak tengok..

Entah macam mana kami laki bini boleh tergerak hati nak bawak Irine tengok Movie Minions. Kemain suka dia bila dia nampak poster minions kat MBO Galaxy. Sakannn laaa.. 



Beli popcorn dapat bekas minions pon dia dah start babababa.. Masuk-masuk panggung pon dia do bababababanana sebab ada budak2 yg tengok cerita tu pon nyanyi bababanana.. dia boleh ikut nyanyi. Bila dah start cerita pon dia boleh bantai gelak.. Entah faham ke tidak.. Hahaha.. BTW terima kasih anak mommy behave tengok movie. Nak nenen pon dia cuma tarik2 baju je..tak bising. then susu kejap sambung balik tengok movie.. 

Sinopsis Filem Minions

Mengisahkan 3 Minions , Kevin , Bob & Stu-Art mengembara kedunia luar untuk mencari seorang ketua bagi menguasai kumpulan Minions mereka. Sehinggalah mereka berada di Villain convention Center dan berjaya menjadi Mentee kepada super Villain Wanita Scarlett Overkill yang berangan untuk merampas takhta Queen Elizabeth di London. Adakah mereka ditipu ? dan dapatkah mereka menemukan ketua untuk kumpulan Minions mereka? 


Kagum jap bila mana ada satu babak penyampaian hadiah, minions boleh cakap "Terima kasih"... hahaha..tergelak dan bising 1 panggung bila minions cakap terima kasih.. 


BTW best sangat cerita ni.. Minions dah laa comel-comel.. 





8 comments:

  1. hehe cute jer..babababananaa..
    kerana anak sumer kita turutkan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakakaka..tak jugak.. mak pak dia pon teruja.. hee

      Delete
  2. anak saya pun bila nmpk minion "Baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa". tapi nananye xde. ada baaa shj. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan.. tp kecewa pulak xde lagu tu dalam cerita yg ni.. hehee.

      Delete
  3. ermmm..
    ni yang xleh ni kalau kata best.
    nk jer g tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok jangan tak tengok.. penuh panggung td malam

      Delete