Kempen Pemanduan Selamat | Safe Mode by Maxis and Waze World’s First Kids Voice Pack
Percaya atau tidak ada diantara kita ibu bapa mengambil berat keselamatan anak-anak mereka sebelum pemanduan, semasa pemanduan dan selepas pemanduan? Ini termasuklah memastikan anak-anak memakai tali pinggang keselematan, meletakkan anak kecil di dalam car seat, memandu tanpa memegang sebarang gadget, dan memandu mengikut had laju yang diperuntukkan. Ibu bapa begitu paranoid tentang keselamatan anak-anak berbanding diri mereka sendiri. Kajian menunjukkan 9/10 ibu bapa memandu dengan lebih berhati-hati HANYA ketika anak-anak ada bersama mereka. Tetapi, bila memandu tanpa anak-anak mereka, nyata dan jelas ia berubah.Membalas pesanan ringkas, dan mengenakan alat solek sambil memandu juga adalah sangat membahayakan. Lagi-lagi apabila didapati jalanraya di Malaysia menduduki tangga ke-17 terteruk di dunia.
Atas keprihatinan ini, MAxis dan Waze bekerjasama untuk memastikan walaupon tiada anak-anak bersama ibu bapa, ada lagi anak-anak lain yang membantu mengingatkan kita sebagai pemandu dan ibu bapa agar memandu lebih berhemah dan berhati-hati walaupon hanya sekadar suara comel mereka. Terbaru, aplikasi "Safe Mode by Maxis & Waze" merupakan aplikasi pintar yang menggunakan paduan suara kanak-kanak berusia 3-12 tahun yang seramai 60 orang untuk dimuatkan didalam sistem suara ketika menggunakan aplikasi waze. Diantara kata-kata yang anak-anak ini dermakan seperti
"All set. Don’t forget your seatbelt’, ‘Rerouting".
Eyes on the Road!’
“Accident reported ahead. Please be careful, ok?”
1) Dapatkan aplikasi Waze / buka Waze
2) Pilih tetapan "settings"
3) pilih suara "sound"
4) Pilih tetapan bahasa " select language"
5) Pilih “English (US) – Safe Mode with Kids” (powered by Maxis)
Bila adanya aplikasi sebegini, membuatkan kita rasa sentiasa beringat tentang orang yang disayangi terutamanya anak-anak dirumah.
Marilah kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. Kerana, anak-anak kita perlukan kita di masa hadapan tidak kiralah sama ada mereka bersama kita didalam kenderaan atau tidak. apa yang penting keselamatan ketika pemanduan.
Jangan lupa "Safe Mode With kids"
Jangan lupa "Safe Mode With kids"
Kita dh set waze ;)
ReplyDeleteKita dh set waze ;)
ReplyDelete