Review | Restoran masakan Thai yang sedap di Kuala Lumpur
Sepanjang ramadhan yang ketiadaan air memang kerap la ke bazar. Tapi haritu teringin pulak tekak ni nak makan tomyam.. Lama kot . Kebetulan ada rakan blogger yang dok pum pang pum pang kata Restoran Rumah Thai sedap.. Haruslahh gediks sikit ajak Gjul berbuka kat luar. Heheheh.. Kebetulan kakak ipar aku dengan suaminya datang KL. so, apa lagi.. memang tak dirancang nak berbuka puasa sama.
Restoran Rumah Thai berpindah lokasi?
Sebelum ni restoran Rumah Thai berada di Taman Melati, Wangsamaju. Tetapi kini dah berpindah kat Melawati. Masa aku datang, restoran ni baru sangat beroperasi masa awal Ramadhan haritu. Dekorasi dalam restoran belum siap sepenuhnya. Mesti ramai pelanggan tetap rumah Thai , tak tahu restoran ni sudah berpindah dan ramai yang ke lokasi sebelum nya.
Antara menu sajian
Aku pilih set deluxe untuk 4 orang. Iaitu siakap steam halia, tom yam campur, udang goreng tepung + sos Thai, ayam gajus, kailan ikan masin dengan nasi putih untuk 4-5 orang. dan aku ada buat penambahan pakej ayam goreng pandan dengan butter prawn. Memang puas hatilah. Portion pon banyak.. Untuk menu set, akan dihidangkan 1 jug air sirap. Memang cukup lah untuk sajian sekeluarga. Dengan harga pon berpatutan..
Sepanjang bulan ramadhan , untuk berbuka puasa rumah Thai akan hidangkan kuih dan buah kurma secara percuma..
Tom yam campur. | Isi pon banyak memang puasa hati dengan kemasaman tomyam nya..memang da bom lah. Kengkadang, sesetengah kedai masakan tomyam, sampah je banyak (serai dan bawang). Betul tak?
Siakap steam halia asam boi | ke 3 paling sedap pernah aku rasa . Memang sedap, sebab ada asam boi! nyums nyummm..
Udang goreng tepung| memang sedap. Tak macam yang aku pernah cerita sebelum ni harap tepung je tebal.. Tapi yang ni memang sesap ya korang. Wajib cuba.. tepung pon lembut ditambah pula dengan sos thai. Hehehehe..
Kailan ikan masin | Tak dapat nak komen sebab tak makan sayur.. Hahahaha..tapi abes licin..
Butter Prawn | MasyaAllah,.. Sedap bangat udang masak butter ni woii!! tak tahulah nak cakao macam mana. Tapi memang sedap gilos. Rasa manis-manis susu dan nestum dia memang da best lah! Banyak-banyak tempat aku makan butter prawn, kat rumah Thai ni paling best. Diakui oleh Gjul dan kakak ipar aku sendiri. Depa 2 beradik ni pengkritik makanan tau..jangan main-main.. Kalau diorang kata sedap tu , memang sedap betul la ye..hehehe.
Ayam masak gajus | Pertama kali cuba ayam masak gajus. Ni pon memang best gilakkk. Sedap.. Kakak ipar aku siap cakap, ni kalau datang lagi, kena masuk list wajib order. Lupa dah makan baru dapat ambik gambar..hahaha..sungguh tak sopan anda tengah makan, mintak orang stop. LOL
Ayam pandan | Yang ni menu tambahan aku. Boleh tahan jugak la ayam pandan ni. makan nasi panas dengan ayam pandan je pon dah sedap..
Puding sagu | Ni pulak pencuci mulut. Memang sedap. manis dan berlemak. fuh.. Rasa tak cukup 1 tauuu..
Ada beberapa menu yang aku nak recommend kalau korang datang ke sini :
1) Butter prawn
2) Ayam gajus
3) Tom yam
4) Puding sagu
5) Sup ekor. Puan Nas kata ni memang menu wajib customer dia order.. wow! shud try lah nanti..
6) Siakap stim limau asam boi
7) Siakap sweet sour
TASTE : *****
AMBIENCE :***
PRICE : $
SERVICES : ****
SERVICES : ****
Lepas ni dah tau dah tempat best nak makan untuk sekeluarga. Sesuai sangat untuk weols yang makan dalam portion yang besar.Sempat juga aku berbual dengan pemilik Restoran Rumah Thai iaitu kak Nas. Walaupon dengan kenaikan harga barang pada masa sekarang, harga masakan masih kekal sama seperti sebelumnya. Bukan tu je ye, khidmat tukang masak, pekerja dan buku menu pon masih kekal sama. Yang pasti , takde GST. Sesuai lah dengan Tagline restoran rumah Thai ni "Good Food , Good Price , Good Ambience".
Bagi yang nak merasa keenakan makanan Thai di Restoran Rumah Thai, boleh lihat details dibawah ni dan sekiranya untuk tempahan yang ramai, boleh hubungi Restoran rumah Thai terlebih dahulu. Sebab masa aku datang pon full house ya.....
Alamat : B-4-G-2 Gaya Melawati , Taman Melawati
Melalui MRR2 . Waze Am Bistro. Lokasi Restoran bersebelahan Am Bistro.
Facebook : Restoran Rumah Thai
No Telefon : 03-41628207
perghhhh mmg terliur tengok.. tak sabar nak datang makan malam ni
ReplyDeletewah kak mas..terus nak ke sini yerk.. waaaa.. sila makan kan butter prawn untuk yoorin kak..dok terbayang je ni hah.. hahahahhahahaa
DeleteAssalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
DeleteSUPAYA LEBIH JELAS KLIK-> PESUGIHAN TOGEL TANPA TUMBAL
Menggoda sungguh entry ni...
ReplyDeletegambar yoorin tak cantik sangat.. =( camera henpon biasa je..uhukkk.. tp nak cakap indah rasa dari gambar tau,..memang sedap..highly recommend..
Deletehaih..temting plak akak tengok makanan tu semua
ReplyDeleteSedapnya!!!
ReplyDeleteUiiii sedapnyaaa :D
ReplyDeletesup ekoq ! sedapnyaaaa
ReplyDeleteala, laparnya perut kita huhu
ReplyDeleteNampak sedap dan menarik menunya tu
ReplyDelete