Followers

AFB FEEDS

Showing posts with label kelab blogger ben ashaari. Show all posts
Showing posts with label kelab blogger ben ashaari. Show all posts

Friday, August 21, 2015

Tiket Percuma Masuk Zoo Negara ? Biar Betul Ni?


Pengumuman!!



Korang! Tengok banner kat bawah ni.. Ahad ni (23 Ogos 2015 ) & Khamis depan (3 September 2015) Zoo Negara murah hati sangat nak bagi tiket free sempena birthday Giant Panda Xing Xing dan Liang Liang!!Dah laa diorang baru dapat baby kann.. Olloooo .. Comel angattt.. .. TAPI hanya untuk pelawat yang lahir pada 23 Ogos dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sahaja. Wahhh!!! Best ni... 




Kalau pergi pada tarikh tersebut, memang jimat lah !. mak pak Sekali sekala hujung minggu kan.. Luangkan masa dengan anak-anak. Diorang pon mesti laa seronok.. Untuk tiket jumpa Panda tak termasuk tau... Budak bawah 12 tahun cuma RM11 je.. Okey laa tu kan cuma bayar nak masuk tengok panda je.  ** SILA RUJUK TERMS & CONDITIONS

Nak lagi best boleh dapat diskaun 10% bila beli tiket online sehingga 16 September 2015 ni.. Apa tunggu lagi.. Jom lah beramai-ramai pi Zoo Negara! Ahad ni aku nak pi oiii bawak si gendut Irine! hehehhee.. Jumpa Ahad ni!! 

** Jangan lupa bawak MyKad & Mykid korang ea!!! 

Wednesday, May 13, 2015

Projek Iqra' | Kempen Taja Shopping Raya 2015



APAKAH SHOPPING RAYA 2015?

                                   [ klik banner untuk paparan info lebih jelas]

Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  menmbantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran kami.
Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA untuk melaksanakannya.
APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.
Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.
Ringkasnya, melalui acara ini, kami berhasrat untuk;
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  • Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.

SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM SHOPPING RAYA 2015?

Bermula dengan sebuah rumah pada tahun 2010 dan 2011, 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012, 6 rumah anak yatim pada 2013, pada tahun 2014 memperluaskan kepada 7 rumah anak yatim dan untuk tahun 2015 PROJEK IQRA’ membuat beberapa kategori :
1. Rumah Anak Yatim & Miskin
 2. Komuniti Miskin dan Asnaf
3. Ibu Tunggal / Miskin


BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?

shoppingraya
Pembaca budiman dijemput untuk menaja seorang anak yatim/komuniti bagi program ini;

BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?


budak_shoppingraya2015*Gambar Sekadar Hiasan
Semoga usaha murni ini akan terus mendapat sokongan semua pihak dan menjadi medan dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan harmoni.
Dengan sokongan anda, acara tahunan yang dilaksanakan bagi membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah-rumah kebajikan ini InshaAllah dapat dijayakan. Kami doakan anda sentiasa mendapat keberkatan serta rahmat dari Allah s.w.t.
Sebelum kehabisan slot, taja seorang sekarang!

Shopping Raya 2015 KINI DIBUKA untuk tajaan!

BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2015?

Melalui Online Transfer ke akaun:

MAYBANK_BOX_ID

Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia

No Akaun: 5648-1050-4003

Email: info@projekiqra.com

No Tel: 019-2175597 (Bendahari – Suhaimi Abdul Manan)

Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com

Untuk lebih lanjut, anda boleh menghubungi nombor di bawah:


- Solleh (0176702033)
- Sharifah (0172748904)
- Khairul anuar (0167361067)


Mohon disebarkan. Moga Allah memberkati usaha murni kita.

 Terima kasih.


Tuesday, April 28, 2015

KBBA : Blogger's Day Out Yang super duper Happening!!!


saban hari menanti KBDO dengan penuh rasa tazzabarr.. Akhirnya,hari yang ditunggu tibe.. Dapat juga menjoin kan diri ke KBDO walaupon pada mulanya merancang pergi berdua je dengan Irine. Tapi lega Gjul dapat cuti and join sekaki.. Kalau tak, tak tau lah macam mana nak handle anak dara sorang tuuu.. Mintak maap blogger2 lain, yang kena tarik tudung dengan anak dara ku.. 



Pukul 7 baru dapat keluar rumah dari Ampang. Since Irine mengamuk pulak dikejut.. Tak cukup tidur letteww.. Sampai je cyberjaya around 7 lebih.. Tak jauh sangat pon kalau nak diikutkan.. Tapi kompiden je aku bukak maps letak Tasik Cyberjaya.. Hahaha.. memang ke arah Tasik laa jawabnye. rupenya sudah terlajak.. mujur aku check balik lokasi.. Stop ball betul rasanya.. 

Sampai2 je, terus register kat kaunter pendaftaran.. Waktu tu, si comel Uzu & Kak Sue Izza yang jaga kaunter and aku terus bagi nama Yoorin.. Check2 nama tak daftar.. Ahh sudahhh.. Lupe rupenye waktu register bagi nama penuh seperti yg tertera di Ic.. kah!!! Malu jerkk.. 

Terima kasih untuk blogger blogger yang sudi mengkasi pinjam gambar sewaktu KBDO.. Sebab ada pulak certain picture dalam henpon sendiri tak memuaskan hati dan tekak sendiri.. mohon halal kan ye.. 





Selesai pendaftaran & ambik baju KBBA untuk program haritu.. Wah.. Sedondon semua warga KBBA. Paling comel bila anak-anak kecik seusia Irine pon dapat juga baju dengan logo yang sama. Wahh! kemain lagi kan.. Serap aura untuk jadi blogger laa nanti..



Request dengan angah size untuk gegirl 2 tahun... Nasib baik ngam ngam je Irine pakai

Walaupon bermula agak lewat , seperti yang dijanjikan , pendaftaran bermula jam 7-8 pagi. Tapi dengan aku aku skali terlewat sebab sesat. Almaklumlah.. Putrajaya & Cyberjaya ni banyak simpang 4 & traffic light. Kat traffic light je dah curi masa. Cis salah simpang nak u-turn jauh pulak tu.. BTW, alasan macam tu tak boleh diterima pakai ye .. Tehehehe

Upacara bermula dengan acara Aerobic. Tenaga pengajar Fatin Bella, Boni Kacak, Dan encik ST... Enjoy sangat. Lutut pon goyang ..Almaklumlah..lama tak bersenam and stretching bagai... Simple aerobic, but fun.. And anak2 kecik pon boleh ikut.. Irine tu pon sakan dia berjoget.. Hahahhaa..





Diikuti dengan bacaan doa & ucapan dari wakil KBBA (Lan Careno). Lepastu terus ke padang golf. 1st time lah ke padang golf untuk main golf. Sebelum ni kepadang golf sebab nak ambik gambar kahwin. Teruja pula dapat pegang kayu golf.. Unfortunately, pukul angin je.. Hahahhaa.. Memang takde bakat langsung nak bergolf! Harap gaya je lebih...







Belajar teknik dulu...




Amboii abg Ben punya gaya.. hehehe


Untuk harga bermain golf di cyberjaya, boleh refer disini.

Selepas tu, ramai ramai bergerak ke badminton court. Sudah tentulah bermain badminton. Tetapi versi Kelab Blogger Ben Ashaari laa. bukan beregu 2+2 ye. Tapi ni versi 6+6 dengan menggunakan 1 raket sahaja. Ko ghase? Pening mak jemah & pak meon masing-masing nak pas raket. Nak main pon kena ada stratergi.. LCW pon  belum tentu ahh dapat main macam ni... Ekekekeke.




Aktiviti tak berhenti kat situ je,abes je proceed terus ke litar go-kart. Mulanya aku macam tak nak main je walaupon dah isi nama. Tengok diorang main, kemain bawak laju-laju. Lama pulak tu..Entah berapa pusingan ntah.. Tapi main jugak laa sebab tadi masa badminton wakilkan Gjul je main. Sebab Irine directfeed. So , agak leceh laa kalau anak fully direct feed ni tak nak membotol... Sabo je lahh.. Haippp... Tapi bila dah kat atas trek tu.. seronok okey.. Laju jugak aku drive.. Bawak pon macam kereta auto kannn.Cuma kenalah pandai kawal stereng sebab takde power stereng.. Hahahaha... side mirror pon takde.. So memang bawak dengan keadaan awas laa..10 minit rasa tak puas langsung.. ! Nak lagi!!!















Gjul Beria tak nak naik. Tapi dah bawak tak puas katanya. Patut kena 1/2 jam... hahahmboiii.. ingat tokey litar ni bini dia ke...


Dah laa kompiden nak jadi 1st drifter.. Sekali last last no ke berapa entah.. Dulu kemain mat motor mat rempit.. Ni kat go-kart pon kena tapau.. wakakakkakakaka..

Ngam ngam je kat litar go-kart sehingga tengahari.. Lepastu terus rehat untuk makan tengahari dan solat. Terima kasih untuk Bayou Coffee house atas tajaan makan tengahari yang super sedap.. Tambahan lagi makanan ala-ala kampung dengan sayur lemak labu , sambal belacan & sambal mangga.. Pergh..terangkat beb.. Ni yang rindu nak balik kampung ni!




Ehemm.. Ni baru teaser untuk foodies ye.. Nanti aku up entry spesel part makan saje...

Terima kasih Yeos Malaysia atas tajaan minuman kesukaan ramai ni..


Usai solat, kami terus je gerak ke tempat paint ball. Weolls memilih rules team VIP dimana, seorang members akan memakai jacket . Kiranya kalau dapat tembak/ sentuh si pemakan jacket, game tamat... Huh..mencabar tuu.. walaupon bermain di kala hujan, warga KBBA, tetap tak patah semangat nak bermain paint ball. Mulanya ingat tak dapat laa nak merasa, since Irine bukan nak dengan orang.. Carrier pulak Gjul dah tinggal dalam kereta... Nak pi kereta, jauh pulak.. Nasib baik 2nd game Gjul bagi aku chance gantikan dia.. Hati excited okey nak main. Tapi sebenarnya penakut. Sumpah memang pentakut si Yoori ni.. Dah laa jadi defender Heleena. Tapi rasanya dia yang defend aku. KAHaks! Beghat okey senapang paintball ni... Akhirnya terkena tembakan di kepala.. Mak aii.. Bergegar otak aku rasa..Tak dapat bayang kan lah keberanian tentera menumpaskan pihak musuh.. Tu pon ada yang pertikaikan keberanian mereka. Allah.. sentap pulak rasa...













Senarai harga aktiviti yang terdapat di kelab Komuniti Cyberjaya. Harga memang sangat berpatutan walaupon dah ada GST.

Kiranya paintball ni acara penamat laa untuk harini.. Adehhh... Sedih pulak rasa.. Lepas je paintball, weollss balik ke lobi untuk acara penutup oleh Ben Ashaari dan GM Kelab Komuniti Cyberjaya. Yang paling best & ditunggu-tunggu mestilah sesi lucky draw. Walaupon takde luck , tetap dapat hadiah cenderamata dari KBBA..

Memang tak dapat nak dilupakan perasaan seronok bila join event macam ni. Betul Abang Ben cakap, dapat merapatkan silaturrahim antara suami & isteri lagi tuu.. Sebab pagi tadi dah bertekak dalam kereta sebab sesat kann.. Hahahaha. Insyaa Allah, kalau ada program sebegini lagi memang akan join.. Aku tak puas lagi nak berkenalan dengan blogger blogger lain..Habis je majlis sesi bergambar & portluck..





                  






Terima kasih bagi pihak penaja..

Cyberview Cyberjaya | www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia | www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise | www.stampprint.blogspot.com
Natalia |www.natalia.my
Monster Crazy Crunchy | Crazy Crunchy Official
Boyou Coffeehouse |Boyou Coffeehouse







Terima kasih jugak untuk abam sado Ben Ashaari yang jadi pujaan hati suamiku sebab menganjurkan event best and happening macam ni.. Tak lupa jugak kat para urusetia yang bertungkus lumus memastikan event ni berjaya.. TAHNIAH!!!!!


LOVE ,


KENGKONON BFF LAAA NI... ^_^













Wednesday, April 22, 2015

KBBA Blogger's Day Out 2015 | Marilah beramai ramai



AI is super excited nak tunggu hari Ahad ni.. Well... Ada apa pulak hari Ahad ni Sis Yoorin? Ceh.. Tanya diri sendiri pulak..hahahaha..  Kalau nak tahu, hari Ahad ni ada KBBA Blogger's Day Out (KBDO)  bagi team #Kelabbloggerbenashaari yang ditaja oleh Kelab Komuniti Taman Tasik Ceberjaya (KKTTC), CyberjayaView Sdn Bhd.




Ramai kot yang tak tahu (termasuk aku) , kewujudan tempat untuk beriadah seisi keluarga kat Cyberjaya ni.. Alahh... Apa susah.. Waze kan hadoo.. Kita search je "Kelab Komuniti Taman Tasik cyberjaya".. Nahhh..terus sampai ke destinasi.. Ataupon cari landmark yang berdekatan lah.. Universiti Multimedia. Ghupenye KKTTC ni dah wujud dari tahun 2006 lagi.. Lama dah tuu.. BTW banyak fasiliti & kemudahan untuk bersukan dan riadah seisi keluarga, antaranya  Gymnasium, gelanggan futsal, gelanggang badminton, sirkit go-kart, squash, swimming pool, studio tarian, paintball dan banyak lagi. 

Selain tu, kalau nak buat sebarang acara atau majlis seperti perkahwinan , hari keluarga, jamuan, mesyuarat ke kann, boleh lah menempah dan berhubung terus dengan pihak KKTTC ditalian 03-83180008 atau boleh tengok tengok instagram KKTC @KelabKomunityCyberJaya. Kalau bab makan ke catering ke, don't worry.. Tak payah nak hire jauh-jauh.. diorang pon boleh arrange. Tempat parking pon luas, boleh muat 500-700 pengunjung pada 1 masa. 

Ok. Nak cerita sikit pasal KBBA Blogger's Day Out (KBDO) ni laa kan..Seramai 100 blogger akan menyertai aktiviti yang dirancang seperti golf, badminton, go-kart ,& paintball. Yang menariknya aktiviti ni dah diubah konsep nak nampak lebih menarik & mencabar.. Nak tahu, meh laaa datang untuk saksikan sendiri. ^_^. Eh, tak payah risau, semua orang boleh pakat pakai mai sebab ni bukan close event. Terbuka untuk semua. Cuma untuk aktiviti dah diterhadkan bagi yang berdaftar terlebih dahulu. Almaklum lah, event pertama kali. Insyaa Allah, andai kata event kali ini success dan cemerlang dengan jayanya,  akan ada event seterusnya dan ramai lagi boleh turut serta. Chillex ok.. Jom laa datang memeriahkan event, disamping itu boleh kite berkenal kenalan sesama blogger baru dan lama.  


Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Cyberview Cyberjaya | www.cyberview.com.my
Yeos Malaysia | www.yeos.com.my
Stamp & Print Enterprise | www.stampprint.blogspot.com
Natalia | www.natalia.my


Marilah kita memeriahkan aktiviti yang julung kali diadakan.. Kita jumpa di sana!!! Di Sanaaa......
P/S | Nampak Yoorin jangan lupa tegur naa.. Hiks.. Sempat lagi tuuu.. 

Untuk liveupdate nanti boleh search #Kelabbloggerbenashaari di Intagram dan Facebook.




Wednesday, March 4, 2015

Riadah bersama keluarga Di Farm In The City


Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Farm In The City-Seri Kembangan. Alah... kalau pergi 10 kali dalam masa sebulan pon tak puas-puas. Sebab memang best pon kat sana. Lagilah bila Irine dah pandai jalan... Sakan laaa dia berlari-lari.. 

Lepas balik dari Bukit Broga Ahad lepas, weolss anak beranak balik rumah kejap..mandi2 lelap mata .. aku pulak macam tak boleh nak tido sangat. Mungkin sebab dah tengahari.. lepas tu pikir apalah aktiviti nak buat petang tu.. Terus whassap Mr Rajagopal nak datang ke FITC petang tu.. Then dia kata okey..

Petang tu jugak lepas Dzuhor excited sangat nak ke FITC.. obernyee mak orang nih.. sampai je around 3.30 petang.. cuaca baik sangat. Tak berapa nak panas. Takut jugak kalau terik sangat kang tak kose nak berjalan.. 

Tak sangka pergi waktu weekends ramai betul orang.. parking pon hampir full.. Tapi don't worry lah.. ruang parking memang sangat luas.. bas pon boleh parking kat situ.. FREE jer.




Ni kat entrance. Nampak tak gambaran kat bawah tu.. hijau je kann....?? Memang sesiapa je yang datang memang boleh sangat release tension. 


Sampai je kat entrance terus call Mr Jack untuk dapatkan pass. Tapi sebab dia agak busy jugak coz ada visitors yang lain.. Tak dapat aku nak berselfy dengan dia.. hehehe.. Tak dapat berselfiak dengan Mr Jack pon tak pelahh.. Selfy dengan mr Ah Beng  ni aje lahh... hahaha.....




Harga tiket untuk masuk ke FITC pon takde lah mahal. Berbaloi sangat kalau nak dibandingkan pengalaman menarik bila dah masuk dalam tu... 

jangan tak bawak pulak IC korang ek.. kang tak merasa harga mycard holder tuu.. heee.. Selepas pembayaran akan  diberikan tag / gelang untuk dipakai. Make sure lah kalau nak pusing dalam tu, kena pusing puas-puas.. once dah keluar and potong tag tu tak boleh masuk balik tau.. Nak terkencet ke terkencing ke, don't worry lah dalam tu ada je toilet.. nak makan ke minum ke, cafe ada je kat dalam tuu..

Tapi bagi korang yang bawak family, ada juga harga special untuk 2 orang dewasa & 2 orang kanak...Lebih menjimatkan..

Harga package hanya untuk my card holder sahaja.. pulak tu, macam-macam boleh dapat ..


masuk masuk je mesti lah dapat jumpa tortis gergasi ni lagi.. hehehe.. kalau episod lalu, waktu tu Irine masih kategori baby lagi kan.. Tapi dia sangat lah takut nak dekat dengan tortis tu.. Kemain dia peluk kuat kuat ayah dia.. Tapi kali ni nampak lebih berani.. bukan je bagi makan, pegang pon dia berani.. Mommy je yang penakut.. heee..

dah berani nak belai belai kann..

pantang guide hulur daun kangkung laju je dia amik nak bagi makan totis..





Haritu tak dapat bergambar macam ni.. sebab tak ramai orang and takut.. ni ramai orang berani lah.. ular sawa atas tu dah laaa besaq gila weyy.. memang penyek laaa aku kalau jatuh gedebab hempap kat aku ..



Bila buat aktiviti macam ni kann, aku rasa seronok betul + bangga lah bila story kat Irine dia macam beria dengar and tengok apa yang aku tunjuk walaupon aku cerita tipu and dongeng belaka.. hahaha... Paling penting aku nak dia rasa sayangkan haiwan and motivated diri dia jangan penakut macam mak dia ni.. Ye lah, aku semua takut.. cicak ke, biawak ke semua benda lah..sebab dari kecik kecik dah dimomok kan dengan cicak kecik tu hantu.. "ayooo cicak".. mencicit lari.. padahal tak de benda pon.. thats why jangan lah ajar anak cara macam tu.. kesian okeyy.. Bawak lah anak2 kecik datang tempat tempat macam ni.... boleh ajar dia, mana binatang yang boleh disentuh, yang bahaya.. ..

toilet 


sink

Geram tengok buah2 markisa.. atas kepala je hokey.. nak je petik letak dalam beg.. hahaha

Dah berani bagi makan duck! Kena tunjuk jugak teladan yang baik untuk budak kecik ni....


Lama tunggu burung2 kecik ni datang makan.. bolayann heee ko..mentang2 laaa harini ramai orang datang.. kekenyangan lettewww..



habis makan , sepah dibuang ditangan ku.. nasib baik tak tinggalkan cirit dia..

Tak dapat nak lama-lama dalam ni.. sebab "jangan disangka hari cerah sepanjang hari" tetibe je hujan.. mula mula okey lagi.. takat gerimis2 je kann..redah jugak laaa masuk jugak tempat kambing & rusa.. 


nampak cerah je kan..tapi gerimiss ni.. T_T



dah makin lebat, cepat cepat lari pergi kat rumah rabbit.. ingatkan boleh laa bagi Irine main main dengan rabbit.. tak dapat laa pulak.sebab hujan rabbit semua masuk dalam reban..tak nak bulu bulu rabbit basah kot.. 



Dapat hulur dari luar reban je.. guide sangat bagus tak nak kecewakan hati mommy yang hoberr ini..










anak tertonggeng kat depan pon tak perasan,... nak pose punye pasal..



tak siap lagi pon laju je dia nak panjat tangga...


okey lahh.. dah kali ke dua mai sini, tak dapat lagi nak pegi kebun sayur..sebab hujan.. Plus tak dapat nak tengok parrot.. haritu 1st time pergi Irine takut dengan parrot.. maknanya ada chance laa aku pegi lagi nanti.. hehehe.. BTW, bagi nak tengok entry sebelum ni pon boleh.. bukti dah pernah mai sini..




Nak tau lebih info boleh pegi kat FB FITC  https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia


Kalau nak pergi boleh guna apps Waze @ Google Maps..Search je Farm in the city Seri Kembangan / The Atmosphere.. dekat dekat je lokasi tempat ni.. mana tau takut sesat kan...

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Lot 40187-40188 ,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, 43300 
Seri Kembangan

Terima kasih FARM IN THE CITY
Terima kasih juga untuk Abang Ben Ashaari

#KbbaFITC