Followers

AFB FEEDS

Friday, January 11, 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019!

Assalamualaikum... Kah! Macam awkward je kan dah nak masuk pertengahan bulan , tajuk blog "Selamat Tahun Baru"... Almaklum lah .. serius kalini mood berblogging macam dah terkubur lama. Hampir setahun jugak lah tenggelam timbul.. Banyak faktor kenapa aku menyepi lama. Tapi apapon, macam biasalah.. mudahan terus istiqomah nak berblogging kembali.. Korang doa doakan laa ya..walaupon intipati blog tak memenuhi citarasa bacaan uolss semua. kekeke.. Tapi , mungkin akan ada throwback la cerita tahun lepas.. Eh..Aku tak cerita lagi kan episod mengandung, bersalin kan anak bujang yang baru tu... Tup tup dah keluar... heee.. tapi nak cerita juga laa..Sebab blog ni kan dah sebahagian macam diari peribadi. Tapi share jugak laaa dengan pembaca yang sudi membaca.



Eh, aku bukan je tak update blog tau.. nak blogwalking ke blog kawan-kawan yang lain pon tak dan.. sebab nya , aku cerita okey. Kira ini entry pertama aku untuk tahun 2019.... Fuh.. Bismillah....

Since tahun lepas lagi aku cuma mengharapkan data talefon je untuk update blog. Malangnya, aku tak tahu la kenapa aku boleh bersabar selama 2 tahun lebih okey dengan line telefon ni. BTW, line telefon okey je nak incall, outcall tu.. Tapi bab internet, Allahu.. Lembab sangat. Dah banyak kali aku berkira-kira nak tukar provider lain.. Lagipon masa daftar memang 0 contract dan sepatutnya anytime boleh cut off. Ye laa.. Kesian kat Gjul kena bayar bulanan yang agak mahal ..Tapi tak boleh guna. Ini adalah serious gais..  Aku pikir sebab unlimited call je..Sebab Gjul kata jangan potong line dulu , so dia tambahkan lagi 1 sim card phone prepaid. tu pon monthly dah RM50.kadang topup lebih sebab aku buat bisnes online. Almaklum lah.. Tak kerja. So kena juga la cari duit belanja buat beli cekelat anak2.. hehehe..

Ada yang tanya kenapa tak pasang Unifi? Rumah aku rumah flat.. so memang takde port untuk unifi walaupon tengah bandar okey.. Diskriminasi kawasan betul.. mementang duduk flat je. Streamyx? Dah 3 kali aku daftar kat agent, tapi nan ado pon yang datang pasang kat rumah. Time , Maxis Fibre dan lain-lain tu lagi laa tak boleh kalau port Unifi pon takde.. Ahaks.. 

Then baru semalam laa tetiba jalan-jalan ke Ampang Point. Nak buat cermin mata sebenarnya... Tapi semua bingkai tak de pulak yang berkenan .. Yang kenan , mahal sangat laa pulak. Tunggu ada bajet lah..  Boleh claim kat company Gjul.. Ambik yang best sikit... Oh ya...sambung tadi, tengah jalan-jalan tu Gjul tarik tangan aku kat kiosk Yes.. "Ayang nak tak tambah internet Yes..".. aku cakap tak payah lah..kang sia-sia je kat rumah takde line. Rugi. Dah laa ada contract. Dah alang-alang tu, tanya jugak laa kat staff tu, bagi alamat & kawasan rumah weols. Check ada line.Gjul kata, cuba dulu, kita ambik pakej kontrak setahun dulu.. ok laa.. Sebab dia yang bayar kan.. hehehe.. So , kami ambik plan RM65 sebulan dengan 25gb data sebulan. Lagipon, aku je pon yang pakai sorang. Harap-harap cukup lah...Gjul suruh ambik yang portable punya sebab boleh bawak ke mana-mana..aku risau kalau tercicir je.. hahaa.. Sebab natang tu kecik molek je wey... 

[klik gambar untuk ke pautan YES 4G]

Alhamdulillah, sampai je rumah, aku terus cuba line.. Eh!! okey laa! Not bad. Tengok Youtube pon xde lah buffer lama sangat. Still aku boleh layan cerita Kanda tak tersekat sekat.. Kite tengok dulu okey ke tak. Kalau takat nak blog je okey laa. Kalau nak ber youtube mano cukup 25gb. Tak memasal kena add on data pulak.. Cukup lahh.. Campur plan yes & 2 lagi talian talefon aku ni je total semua kos RM200++.. kesian pula yang tukang membayar nya... 




okey dah ada ni, mudahan aku rajin laa yerk nak update blog.. Kalau malas jugak , korang ping aku ekkk.. Eceh.. nak ping ping macam yahoo messenger pulak.. .. Adoi.. Rindu zaman YM..

Saturday, September 29, 2018

SUSU KAMBING NUFAEL | PRODUK TERBARU DARI FEEDMILK

Assalamualaikum.. 

SUSU KAMBING NUFAEL | PRODUK TERBARU DARI FEEDMILK

Kalau para isteri dan ibu, mesti tidak asing lagi dengan produk-produk dari Feedmilk. Antaranya pakaian mudah untuk menyusu "selamba selak", supplement milkbooster Femilac Milkbooster, dan baru-baru ini, mereka ada mengeluarkan produk terbaru yang berasaskan produk tenusu kambing dan bahan-bahan organik "susu kambing Nufael " yang sesuai untuk seisi keluarga. Jangan tak tahu, duta susu kambing Nufael ni, adik comel Fattah Anas dengan papanya tauu.


BEZA SUSU NUFAEL DENGAN PRODUK SUSU JENAMA LAIN DI PASARAN



Sudah tentu ia berbeza dengan susu jenama lain, kerana susu kambing Nufael, mengandungi 7 bahan organik sebenar dalam 1 kotak. Oleh itu, bagi yang minum susu Nufael, akan mendapat khasiat semua bahan sebenar yang terkandung di dalam kandungan susu Nufael. 

Susu Nufael digabungkan dengan makanan semulajadi seperti buah delima, kurma, madu, minyak zaitun, manna serta kismis dengan ekstrak sebenar bukan hanya campuran perisa atau pewarna dari bahan ini yang sudah tentunya asli dan berkhasiat berbanding hanya perisa dan pewarna tiruan. 

Selain itu , susu Nufael berbeza juga dengan produk tenusu lain seperti susu skim / UHT / susu sejat /susu pasteur / susu pekat / susu rendah lemak dan pelbagai lagi dimana kepelbagaian ini ialah untuk memenuhi kehendak pelbagai pengguna yang melalui pelbagai proses sebelum ianya dibungkus dan diminum. Manakala susu kambing lengkap daripada semua proses susu itu dan sesuai untuk semua peringkat usia.


SUSU NUFAEL , SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA



Disebabkan kandungan dan bahan yang terkandung di dalam susu Nufael adalah organik dan hanya bahan sebenar, susu Nufael sesuai diminum oleh semua peringkat umur seawal 2 tahun. Ia bagus diamalkan kerana khasiatnya untuk tenaga, minda, susu badan, ibu mengandung, tulang , tumbusaran anak, pemikiran dan anti penuaan. Sebab itu ia sinonim dengan panggilan #Familymilk atau SUPERMILK kerana ia juga mampu merawat pelagai penyakit. 


BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU



Bagi yang tertanya-tanya boleh kah ibu hamil minum susu kambing Nufael ini, jawapannya sudah pasti! Susu kambing Nufael boleh diminum seusia kandungan 1 bulan lagi, tapi ia lebih digalakkan bila kandungan berusia 3 bulan. Segala nutrisi yang terkandung di dalam susu kambing Nufael sangat membantu perkembangan bayi dalam kandungan dan selepas kelahiran untuk elakkan bayi terkena jaundis atau penyakit kuning. Ia juga membantu kontraksi semasa bersalin nanti. 

Bagi yang khuatir akan berasa loya dengan kehamisan susu kambing, jangan risau, kerana susu Nufael dihasilkan dari teknologi yang bersih dan selamat. Ianya tidak hamis, dan anda akan tidak perasan ianya adalah susu kambing kerana ia telah dijamin, sekiranya anda merasa susu kambing, jaminan wang akan dipulangkan 100%.

KELEBIHAN LAIN SUSU KAMBING NUFAEL

- Nufael ialah produk yang dirumuskan khas untuk seisi keluarga yang akan membantu :



i ) . Kanak-kanak 2 tahun dan ke atas
  • peralihan daripada susu ibu kepada susu biasa , sangat sesuai mengamalkan susu Nufael ini.
  • Membantu menaikkan selera makan kanak-kanak selepas 2 tahun ke atas terutama yang "picky eater".
  • membantu sel otak berhubung dan cepat belajar .
  • Membantu mengurangkan kembung perut dan sembelit.
ii ) . Ibu menyusu , hamil dan berpantang
  • Membantu untuk menambah susu badan .
  • Menstabilkan HB semasa hamil.
  • Membantu elakkan sakit semasa sembelit di dalam berpantang.
  • memberi tenaga luar biasa
  • Mengelakkan baby jaundice selepas kelahiran.
iii ) . Perempuan dewasa
  • Membantu cantikkan kulit.
  • Mengurangkan masalah insomnia (susah tidur malam).
  • Memberi tenaga ekstra.
  • Mengurangkan sakit gastrik, angin dan ketidakhadaman perut.
iv ) . Lelaki dewasa / suami
  • Memberi tenaga ekstra.
  • Mengurangkan rasa sakit gastrik , angin dan ketidakhadaman perut.
Bagi yang berminat untuk mencuba susu kambing Nufael boleh tengok kat sini, ;


Facebook page : Nufael Susu Kambing HQ
Official website : www.nufaelsusukambing.com
Instagram founder : Anyspaloma
Instagram Nufael HQ : NufaelsusukambingHQ
Talian hotline /pertanyaan : 0168404932
Alamat HQ : No 9 , Jalan Keluli , AK7/AK , Seksyen 7 , 40000 Shah Alam , Selangor D.E

Pada yang berminat untuk menjana pendapatan dengan modal dropship tetapi keuntungan stokis boleh terus daftar di SINI . Terhad tau!!