Followers

AFB FEEDS

Monday, November 20, 2017

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

Friday, November 17, 2017

Kidzania Kidz Vs Food 2.0 Bersempena Cuti Sekolah Kembali!

Assalamualaikum.. Bak kata peribahasa melayu, "Melentur buluh, biarlah dari rebungnya", yang bermaksud, kalau nak mendidik anak, biarlah ketika usianya masih kecil, senang nak dilentur, masih boleh menerima arahan. Kalau kat rumah pon, aku memang ajar anak dara sorang tu kat dapur. Dan dia pon ada menunjukkan minat dan kadang-kadang tak disuruh pon dia sendiri yang menyibuk.Jadi laa kan setakat tumbuk bawang, angkat pinggan dari meja ke sinki . Aku memang akan galakkan anak-anak untuk ke dapur walaupon suami aku risau kalau anak-anak dia ikut jejak langkah dia menjadi chef suatu hari nanti.. hahaha.. Memang dia tak nak.. Tapi kalau anak-anak dah suka, nak buat macam mana ya tak.." Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. ". Sebagai ibu dan wanita, seharusnya aku menitik beratkan displin, dalam membina kendiri anak-anak agar mereka boleh berdikari kelak. 



KIDZANIA KUALA LUMPUR ‘KIDZ VS FOOD 2.0’: SAJIKAN HIDANGAN ENAK UNTUK IBU BAPA PADA CUTI SEKOLAH INI!


Majlis acara potong pulut kuning oleh Datuk Bandar Kidzania KL Encik Shahrul Nizar Ahmad bersama para jemputan dan ahli panel yang lain.

Program kegemaran ramai,  ‘KidZ vs Food’ kini kembali di KidZania Kuala Lumpur (KidZania) dari 25 November hingga 31 Disember 2017 dengan lebih banyak aktiviti memasak menarik sepanjang cuti sekolah ini! Melalui penganjuran kali kedua ini, KidZania berhasrat untuk menanam minat memasak di kalangan kanak-kanak sebagai satu kemahiran hidup asas, dan memberi mereka inspirasi untuk menyajikan hidangan mereka kepada ibu bapa.



“Kali ini, terdapat beberapa kelainan dalam ‘KidZ vs Food 2.0’ – kanak-kanak bukan sekadar akan mempelajari cara memasak hidangan ringkas, malah mereka akan turut menyediakan hidangan untuk ibu bapa mereka. Menerusi aktiviti ini, mereka akan memahami bahawa setiap makanan yang dihidangkan sebenarnya memerlukan usaha yang gigih untuk memastikan ia dapat disajikan dengan sempurna,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.


“‘KidZ vs Food 2.0’ diperkenalkan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak merasai sendiri keseronokan memasak, serta memberi inspirasi kepada mereka untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Kanak-kanak boleh cuba memasak sendiri resepi-resepi mudah dalam sesi Pop-up Kitchen kami. Menerusi resepi yang mudah dan ringkas ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk menyediakan hidangan yang boleh dinikmati bersama keluarga. Para tenaga pengajar akan berkongsi tips dan idea masakan, contohnya hidangan yang boleh disediakan untuk keluarga ketika majlis istimewa, atau cara untuk menghias hidangan ringkas agar ia kelihatan lebih lazat! Bukan itu saja, dengan menerapkan elemen menyeronokkan dalam makanan seperti melalui sesi Food Art dan Food Science, kanak-kanak akan lebih berminat dan teruja untuk menunjukkan kemahiran memasak kepada ibu bapa mereka.”


Salah seorang ahli CongreZZ Kidzania KL, Sophia Zara binti Mustaffa , membuat bubur kacang untuk disajikan kepada ibu bapa dan hadirin yang hadir dengan dipantau oleh Chef Brian


Program ‘KidZ vs Food 2.0’ yang bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak memasak untuk ibu bapa mereka turut mendapat kerjasama daripada rakan-rakan industri seperti Young Chefs Academy, SHARP, Canon, F&N, dan Lifebuoy yang menyokong usaha tersebut.


Menerusi Cooking Workshop yang diadakan pada hujung minggu, chef-chef profesional daripada Young Chefs Academy akan berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dalam bidang masakan dengan berkongsi resepi pencuci mulut dan savuri bersama peserta. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai pertandingan ‘KidZ vs Food 2.0’ dan bakal memenangi baucar kelas memasak di Young Chefs Academy yang memberi mereka peluang untuk mempelajari lebih banyak tips hidangan ringkas dan sihat di sekolah memasak untuk kanak-kanak tersebut.


Encik shahrul Nizar Ahmad , Datuk Bandar Kidzania KL


“Program seperti ‘KidZ vs Food 2.0’ adalah cara terbaik untuk menarik minat kanak-kanak,” kata Chef Selebriti, Brian Chen dan Pengasas Young Chefs Academy. “Kanak-kanak akan berasa lebih teruja untuk memasak apabila mereka mempelajari bagaimana sesuatu hidangan disediakan. Mereka perlu dididik tentang asal usul bahan makanan, cara ia terhasil dan bagaimana ia dihasilkan sebelum dijual di pasaraya. Ini akan menjadikan mereka lebih seronok untuk menerokai dunia makanan.”


“Untuk permulaan, kongsikan hidangan yang ringkas serta yang digemari oleh kanak-kanak. Saya pasti mereka akan berasa bangga dengan hasil air tangan sendiri dan seterusnya menjadi lebih berminat untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis bahan untuk mencipta hidangan mereka sendiri,” tambah Chef Brian.


KidZ vs Food 2.0’ akan menampilkan empat segmen berbeza untuk aktiviti hari biasa dan hari minggu seperti Pop-up Kitchen, Food Science, Food Art dan Cooking Workshop. Menerusi aktiviti-aktiviti ini, kanak-kanak akan mempelajari aspek-aspek berbeza dalam penyediaan makanan melalui panduan-panduan mudah dan penggunaan peralatan dapur. Mereka akan mempelajari tentang adab ketika makan, mencuba eksperimen sains serta memperoleh tips dan nasihat daripada chef-chef profesional. Setiap aktiviti menjanjikan pengalaman sukar dilupakan untuk kanak-kanak dan ibu bapa.

SECTION 1: DAILY FUN COOKING SESSIONS, 10.00am-5.00pm

·         Pop-up Kitchen held at TV Studio: hands-on cooking sessions, where children will learn simple recipes from different cultures and also about basic table settings and dining etiquette.
·         Food Art held at Event Space: gets kids to think creatively while learning to decorate and present their food in different ways.
·         Food Science held outside of Bananana! Theatre: introduces kids to the different properties of food, from flavours and textures to its chemical qualities, turning ingredients into materials for science experiments!
25 November – 8 December
Pop-up Kitchen
Pizza-Making
Create signature pizzas using everything from meat to vegetables
Food Art
Funny Face Toast Treat
Have fun preparing a healthy and cool-looking breakfast treat
Food Science
Ice Cream Malaysia
Experiment with different textures and flavours to come up with a unique version of "Ice Cream Malaysia"
9 December – 22 December
Pop-up Kitchen
Banana Fritters
Learn how to make some mouth-watering ‘pisang goreng’ this school holidays
Food Art
Marshmallow Pops
Create marshmallow art with a variety of sprinkles, chocolates and pretzel sticks, just in time for Christmas
Food Science
Cookie Space Activity
Find out more about how or why the moon seems to be changing shape at the yummy cookie space activity
23 December – 31 December
Pop-up Kitchen
Apple Pie
Come watch this delightful demonstration to make warm, delicious apple pies
Food Art
Colourful Chocolate Sticks
Personalize chocolate masterpieces for your parents
Food Science
Taste-Testing Challenge
Take part in a simple experiment to find out what gives us the ability to experience different flavours


SECTION 2: WEEKEND COOKING WORKSHOPS HOSTED
BY YOUNG CHEFS ACADEMY, 2.00pm to 3.00pm
Held at TV Studio
Cooking Workshops introduce kids to the professional world of food, with professional chefs from the Young Chefs Academy sharing their knowledge and experience.
25 & 26 November - Roti Jala with Chicken Curry
Learn how to prepare one of Malaysians’ most popular tea time snacks!
2 & 3 December - Fresh Egg Noodles in Vegetable Soup
Make a bowl of fresh egg noodles in vegetable soup during this weekend's parent-child cooking workshop and learn all about eating healthily.
9 & 10 December - Baked Chicken and Chicken Samosa
At this workshop, learn to cook as a team to create an interesting East-meets-West dish.
16 & 17 December - Bubur Cha Cha
Learn more about Malaysia’s culture by cooking a bowl of warm, sweet traditional Bubur Cha Cha.
23 & 24 December - Ginger Bread House Decorating Competition
To celebrate Christmas, parent-child teams can showcase their creativity in decorating a gingerbread house to win a cooking session at Young Chefs Academy.
30 & 31 December - Mini Pandan Gula Melaka Surprise Cake
Bake a delightful cake to welcome in the new year with well-loved local ingredients.



SECTION 3: CONTEST HIGHLIGHTS
Online Essay Contest (for kids only) – From now until 24 November, kids are invited to share a story on their personal home-cooked meal experience, be it about their very own unique family recipe or about their favourite dish. Essays can be submitted on KidZania Kuala Lumpur’s official Facebook page or email to: contact@kidzania.com.my. The winners will then be announced on Facebook and will receive complimentary KidZania Kuala Lumpur tickets and cooking class vouchers from Young Chefs Academy.
Parent-Kid Food Photography Contest (for kids and parents) – Participants will have to first register at the CANON Imaging Studio at KidZania Kuala Lumpur to enter this contest. The teams are then tasked to capture creative photos of the dishes they have personally decorated and set up for the photoshoot. Entries will be posted and voted on KidZania Kuala Lumpur’s Official Facebook page. The top three (3) most interesting and most “liked” food shots will win prizes worth more than RM1, 000 sponsored by KidZania Kuala Lumpur and CANON! 
Teh Tarik Challenge (for adults / parents only) – parents can have fun showing off awesome ‘pulling’ skills to stand a chance to win KidZania Kuala Lumpur tickets, vouchers and merchandise by F&N and Fish & Co. This challenge happens every weekend at the TV Studio between 4.00pm – 5.00pm.


Menangi Hadiah Menarik!

Di samping aktiviti-aktiviti menyeronokkan, keluarga juga boleh menyertai pertandingan yang menarik!
  • Kanak-kanak boleh berkongsi kisah mereka tentang hidangan yang dimasak di rumah menerusi Online Essay Contest; pemenang akan menerima tiket daripada KidZania dan baucar kelas masakan daripada Young Chefs Academy!
  • Tunjukkan kemahiran fotografi makanan dalam Parent-Kid Food Photography Contest - peserta perlu menghias makanan, merakam gambar kreatif dan memaparkannya di laman rasmi Facebook KidZania Kuala Lumpur. Tiga gambar terbaik akan memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM1, 000 termasuklah barangan daripada CANON dan KidZania!
  • Ibu bapa juga boleh mengambil bahagian dalam Teh Tarik Challenge yang akan diadakan pada setiap hujung minggu. Mereka berpeluang menunjukkan skil “menarik teh” mereka serta memenangi baucar dan barangan daripada  F&N dan Fish & Co, serta tiket daripada KidZania!


Untuk waktu terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk pembelian tiket KidZania dengan menggunakan kod promo ‘FOOD17’. Promosi istimewa ini hanya sah untuk pembelian dalam talian bermula dari 11-24 November 2017 dan tarikh melawat adalah sah dari 25 November – 31 Disember 2017.


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti ‘KidZ vs Food 2.0’ dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur,
atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.

Tuesday, November 7, 2017

Tote Bag Cun Melecun Dari Printcious.com

Tote Bag dari Printcious.com



Assalamualaikum. Hi korang. Terima kasih sudi baca blog aku lagi harini. Harini aku nak share dengan korang yang aku dah terima parcel dari Printcious.com. Kan tempoh hari aku ada share tutorial untuk order barang di Printcious.com kan di ENTRY INI . Dah alang-alang tu, aku order terus lah.. Bahana dok usha-usha produk di Printcious.com dapat laa aku grab Tote Bag. Bag ni aku nak bagi untuk Oyin sebenarnya. Boleh dia bawak telekung ke atau baju 2-3 helai kalau nak kemana-mana. Almaklum lah. Budak-budak ni pergi mana-mana kena ada baju ganti. Kang terkotor lah, tertumpah makanan la, terkencing laa..kang haru je dan dan nak beli baju baru. 

Tapi kan.. tapi kan.. Bila dah dapat, macam tak jadi je nak bagi dia. Nampak gayanya macam mommy je yang pakai tote bag ni sebab terlalu cun.. Eh ..memang cun sangat laa uolss..Kat bawah ni aku share design yang aku buat. Sekejap je wehhh nak design guna online. Tak lama pon. Tepek gambar, tambah wording tak sampai setengah jam dah siap.. 


Design bahagian depan
Aku letak gambar budak 2 orang tu dengan wording Irine & Wafiy je. Memang nak simple macam tu. Tulisan tu cantik kan korang?? Aku suka. Nampak catchy je tak formal.


Design bahagian belakang

Quotes ni aku taip sendiri cuma ambik je la quotes yang ada kat google tu. Cehh.. Jiwang tak? Acah-acah je mommy penyayang.. KIKIKIKI. Realitinya mommy diorang ni macam singa tauu...


Receipt after check out. HEHEEHHEE.. Aku order pukul 5 pagi korang.. Hari Sabtu 28 Oktober.  Memang aku bangun awal sebab si Wafiy dah merengek.. Dah bangun memang aku tak tidur laa sampai Gjul balik kerja.. 

Yang mengejutkan , hari Rabu, 1 November dah sampai.. Makk aii.. Cepat gila kann.. Aku expect seminggu baru dapat. Ni tak sampai seminggu.. Seriuslahhh!! Ni customize kot!!!
Bukak parcel, amboii.. cun laa dalam box..Bukak-bukak je, wahhh.. cantik nyaaaa.. memang terus kata ni mommy punya. Tak jadi bagi Oyin..hahahaha.. Mommy buruk siku kan oyin. 


Material nya bukan jenis cotton. Selalu aku dapati tote bag kain cotton. Tapi yang dari Printcious.com ni material canvas. Memang lawa.. Bahagian dalam pula ada kain satin. Kira jahitan double laa.

Hasil cetakan pon licin je. Takde gambar pecah-pecah. Warna pon cun sangat. Serious laa wey.. Aku teruja dan terlalu suka.. Lepasni aku kena order lagi laa jawabnya, and kalini betul-betul nak bagi oyin.. HAHAAHA.. 




Korang kalau nak order boleh ke website Printcious.com tau.. Jangan lupa masukkan Promocode kalau ada. Kadang-kadang korang boleh dapatkan promocode di Facebook Printcious.com . Dan ada juga promocode di atas top bar website. Dapat diskaun. Haa.. Apa lagi? Tak jealous ke aku dok bergaya dengan Tote bag ni.. hehehe...Cepat-cepat design ikut kreativiti korang. Hadiah kan untuk yang tersayang. Takpon untuk koleksi sendiri apa salahnya.. =) 


Untuk info lanjut :

Alamat : No 30, Ground Floor, Jalan tiara 4, 
              Bandar Baru Klang, 41150 Klang 
              Selangor Darul Ehsan.

Waktu Bekerja : Isnin - Jumaat  [ 9 pagi - 6 petang ]
                         Sabtu [ 9 pagi - 1 tengahari ]


                         Ahad & cuti umum [ Tutup ]

Thursday, November 2, 2017

Resepi Sambal Goreng Jawa Versi Derhaka

Resepi sambal goreng jawa versi derhaka

Assalamualaikum.. Hee..tak terpikir pulak aku nak buat resipi ni. Tapi sebab ramai yang tanya kat FB & whassap aku buat laa entry.. So, entry kali ni cuma ada 1 gambar je.. Gambar cara-cara segala tu memang tak de.. Nak masak lagi entah bila kan.. hahaha.. tu pon tetiba je Gjul request suruh masak sambal goreng... Aku okey je, sebab mudah nak buat. Bahan-bahan pon semua ada kat rumah. Resepi ni aku tak google. Memang aku tengok mak aku masak, so , follow je resepi dia.. hehehe..Refer resepi dibawah ni ya..




BAHAN-BAHAN (Hidangan 2-4 orang)
2 labu bawang besar - dihiris nipis . Bahagikan 2 bahagian (asingkan)
4 biji bawang putih **
2 biji bawang merah **
1/2 inci halia** - tak payah pon takpe
2-3 biji kentang saiz sederhana. - hiris jadi segi tiga & goreng 1/2 masak
1 bungkus tempe - goreng 1/2 masak
1 biji tauhu - goreng 1/2 masak
1 biji cili besar hijau - bahagikan 2
1 biji cili besar merah - bahagikan 2
3 tangkai cili kiring  - gunting halus halus macam bunga rampai
sejemput ikan bilis dibasuh
kicap manis 1/3 cawan - agak2 pon boleh
sos tiram 1 sudu besar
air 1/2 cawan
segenggam suun (suka suun banyak-banyak)
Additional tahu kering pon boleh nak bagi lebih meriah
Chicken stok sesudu
Garam secukup rasa



Cara-caranya
  • Tumbuk halus bahan yang bertanda **.. Boleh guna minyak gorengan kentang, tempe & tauhu tadi untuk menumis. Kalau banyak, kurang kan. Masukkan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. tumbuk mesra halia & masukkan juga dalam kuali beserta cili kering yang digunting macam bunga rampai tadi. 
  • Then, masukkan 1/2 bawang besar, 1/2 cili besar merah & hijau.. kacau serata. Agak dah kekuningan , masukkan ikan bilis.. Jangan biarkan ikan bilis garing tau.. Biar nanti dia liat-liat.
  • Masukkan kicap & sos tiram. agak mendidih tu masukkan air. Kacau rata. Masukkan chicken stok
  • Bila air dah mendidih, masukkan kentang, tempe, tahu. Biar sampai kentang betul-betul empuk, masukkan garam. agak-agak kuah dah kering sikit, masukkan suun/tahu kering lebihan bawang & cili besar tadi motif nya supaya nampak lebih fresh and colourful. bawang & cili yang ditumis awal tadi kan dah layu..heee.....gaul sebati..
  • Siap..
     ** Kalau nak pedas boleh tambah cili kecik. Tapi sebab kalau letak kang , oyin tak dapat makan , malas pulak aku nak buat lauk lain.. 


Yang dalam gambar takde tauhu, tempe & tauhu kering. So kira derhakalah.. almaklum lah, jawa kan dengan tempe tak boleh dipisahkan.. hehehe.. 
Aku kalau ada sambal goreng ni, makan macam tu je pon dah best.Mesti bertambah 2-3 pinggan.  Sebab jenis tak kisah lauk simple. Bahan-bahan pon memang sentiasa ada kat rumah.. 

Dah share resipi ni jangan lupa tau cuba nanti.. Adios migos.. 



Islamik Planner 2018 Idaman Hati

Islamik Planner 2018 Idaman Hati

Assalamualaikum. Tahun 2018 lebih kurang 2 bulan je lagi. Tapi aku dah teruja untuk ke tahun baru. Tahun sebelum nya tak pernah pulak aku teruja. Sebab konon nya lah ada azam baru, kehidupan baru, cita-cita baru.. Rasa nak cepat-cepat akhirkan masa sekarang.. tehehehe..

Tahun depan jugak bermulanya rutin aku hantar anak ke sekolah. Teruja wey.. Kawan-kawan usia aku ramai anak yang dah bersekolah rendah.. Ada yang dah ambik UPSR..hahaha.. Anak aku baru nak masuk tadika.. Takpe lah rezeki masing-masing. Sebabkan rutin tahun baru nanti banyak berubah, so aku perlukan planner /mini diari. Senang juga nak urus kegiatan seharian. Lagipon dengan adanya planner ni kita rasa lebih berdisplin , kena ikut jadual. Haaa.. Tak boleh dah buang masa macam sekarang ni. 

Harap-harap tak hangat-hangat tahik ayam lah..tehehehe.. By the way, aku beli planner murah-murah je.. Planner pon simple, tapi aku suka sebab warna warni. Senang nak masuk bag, tak bulky & serabut. Sebab boleh laa nak selit-selit nota .. Bukannya nak buat diari.. So, no need planner yang tebal gabak . Aku beli kat seller Hijrahbyzuizati di instagram. Ramai je seller yang jual planner sama, harga sama..tapi rata-rata pre-order and kena tunggu lama.. Kebetulan seller ni ada ready stock. Haaa.. apa lagi..terus grab cepat-cepat. 

2 Kategori Planner . Adult Planner & Teens Planner 2018

Aku opcoz laa beli adult planner. Tapi rancang macam nak beli teen planner untuk Oyin. Sebab boleh susun jadual harian untuk dia. Penting jugak tu.. Seller kata kalau teen planner lebih warna warni , bercorak kartun & ada time table untuk jadual pelajar. Harga pon lebih murah. Untuk adult planner, cuma berharga RM20 dan Teens Planner RM16 je. Design cover pon lain-lain. Btw aku pilih corak geometri sampai kan oyin kata "mommy cat laa rumah macam buku mommy".. hahahaha.. Nak tengok design boleh ke instagram di atas ya..

Antara kandungan planner yang menarik

kulit planner glossy . Memang cun.. Tapi sebab material kertas, aku kena juga cari sampul plastik.. Kalau tak, belum sampai pertengahan tahun, compem dah macam belacan.. hahaha..



Haaa... tuu diaaa.. ada ruangan kecik untuk tulis aktiviti /planner uolss.. ada jugak important dates kat ruangan tepi.. Tak lupa jugak tazkirah pendek.. bagus kann..?


 Kata-kata motivasi. Boleh dikatakan sebelum masuk bulan baru akan ada kata-kata motivasi sebagai pembakar semangat.. 


 Bukan je quotes dalam bahasa inggeris, ada juga petikan ayat Al-Alquran. Kata, planner islamik.. memang ada laaa ayat-ayat macam tu..huhu


 Ada kalender tahun 2018 & 2019 untuk memudahkan rujukan. Ada jugak kalendar hijrah. Haa.. jangan ingat kalendar mat salleh je naaa.. Kalendar islam pon kena tahu.. (aku pon tak pernah tahu..hihihi)


Tak ketinggalan jugak rancangan mingguan pon ada terselit.. 


 Setiap bulan juga disertakan monthly review. Bagus juga nak isi benda ni.. Boleh nampak kelebihan & kekurangan kita. Mana yang kita nak perbaiki di masa hadapan, nahh..boleh tulis siap-siap..


 yang ni bagus.. Ada murtabaah amal. masa aku sekolah dulu ada laa buat jadual macam ni.. kang mak aku tanya.hahaha.. ala-ala tracker macam kita kira baby kicking tu.. LOL. tapi yang ni versi kita buat amalan.. macam solat 5 waktu, solat sunat, join kiamulail ke, zikir, extra puasa, baca Al-Quran ke tidak harini.. Kalau korang buat, korang tanda lah tick.. nampak tak life korang tersusun.. chewahh..dunia-dunia juga. Akhirat jangan lupa.. haaa..gitcheww..


 Panduan waktu solat harian. 


 Yang ni pulak boleh laa korang note untuk duit keluar masuk korang.. Selama ni perasan duit keluar jee kan.. Tapi keluar ke mana tak tahu.. Tahu tahu je habis. Hujung bulan tinggal 60 sen.. hehehe.. Dah azian, start tahun baru kena pandai manage duit Asben ko.. hahaha... Bak kata Gjul, aku ni banker... 

 Jadual hari cuti. Kena noted ni.. Almaklum lah.. 2 tahun aku tak kerja.. Memang tak ambik tahu sangat cuti umum.. kadang pelik, apesal budak2 riuh sangat kat flat ni..cuti sekolah ke? hahaha..dah laa laki aku jenis kerja public ke apa dia bantai je kerja.. 

 hahahah.. aku ada plan nak buat benda ni awal tahun ritu..tapi gagal.. moh laa tahun depan kita cuba lagi ya... Bismillah....


 Yang ni pon aku gagal jugak laki bini.. hahaha.. siap berlumba dengan gjul nak khatam al-Quran start dari bulan puasa haritu.. Tapi tu laa..Bacanya waktu bulan puasa je..hahahadoii.. dapat 3 juzuk je.. Gjul 5 juzuk .. tapi takde pemenang pon..sebab tak khatam.. Come on laaa.... dapat separuh pon tak pe lah..hambar sungguh.. 


 Ada ruangan kosong.. so boleh laa aku lukis gajah, siput, bukit, sawah.....heeee


 Lain-lain isi kandungan.. 

Haaa..korang.. amacam? tak teringin ke nak ada planner? tak kisah laa beli planner kat mana pon.. Kat DIY ke, kedai buku ke, online ke..dapat kan laa 1. Kita mulakan azam tahun baru dengan cemerlang okey.. Semoga terus istiqomah untuk jadi yang terbaik... korang dah ada planner nanti share laa cerita... kalau kenan nak beli juga extra 1.. haahaha..tamakkss..