Followers

AFB FEEDS

Friday, May 11, 2018

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah




Khas buat pembaca cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 April 2018, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 14 Mei 2018 iaitu tepat jam 11.15 malamcekgunorazimah.com bersama lamanweb doudou.my bekerjasama untuk giveaway voucher pembelian pelbagai barangan di doudou.my.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Giveaway doudou.my X cekgunorazimah" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 10 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan doudou.my bernilai RM30. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2018.

Monday, May 7, 2018

SUMBANGAN NUR RAMADHAN | MEMBERI SINAR KEBAHAGIAAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN

Assalamualaikum..

Syaaban bakal melabuhkan tirai dan Ramadhan bakal kunjung tiba.Bulan ramadhan bulan yang ditunggu tungu ketibaannya oleh seluruh umat islam .   Bulan ramadhan juga sinonim dengan umat islam berlumba lumba untuk melakukan ibadat wajib dan sunat, dan juga beramal. Sedia maklum, amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan , pahala nya berlipat ganda berbanding bulan yang lain, Begitulah istimewa nya bulan ramadhan. Eh... bukan bulan lain takde buat amal tau... Tapi bulan ramadhan ni memang istimewa sikit bagi masyarakat kita. Hehehe.. Jadi jangan terket pula kalau tetiba si Ali ni berubah sikap.. Mudahan berterusan di bulan bulan yang lain...





Amalan yang sering dilakukan pada bulan puasa

- Membaca al-Quran

Amalan membaca Al-Quran sangat dianjurkan pada bila-bila masa sekiranya berkelapangan. Tetapi lebih digalakkan pada bulan ramadhan kerana Al-Quran diturunkan pada bulan ramadhan. 


- Mendirikan solat tarawikh berjemaah

Solat tarawikh hanya dilakukan pada malam di bulan ramadhan sahaja. Solat tarawikh ertinya "beristirehat" kerana solat ini didirikan berselang seli dengan rehat seketika. ia boleh dilakukan secara individu dan berjemaah.

- Menghidupkan malam-malam lailatul qadar

Lailatul qadar adalah malam kemuliaan yang lebih baik dari pada seribu bulan. Menurut pendapat paling kuat, malam kemuliaan itu terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, yaitu malam 21, 23, 25, 27, dan 29

- Bersedekah dan memberi makan kapada golongan kurang berkemampuan

 Sedekah merupakan satu perbuatan memberikan sedikit harta yang kita miliki kepada mereka yang memerlukan. Hakikatnya, tiada apa yang kita miliki. Semuanya, termasuk nyawa kita sekalipun, hanyalah pinjaman dan amanah yang diberikan kepada kita selama mana kita ditentukan hidup di dunia ini. Semuanya akan diambil bila tiba masanya dan bila kita kembali kepada Pemunya sebenar, Pencipta sekalian alam, ALLAH SWT.


Sumbangan Nur Ramadhan | Kementerian Wilayah Persekutuan & DBKL



Ramai yang tidak tahu berkenaan sumbangan yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan  DBKL kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan di Kuala Lumpur ini .. Ramai yang berpendapat , rakyat yang tinggal di bandar ini segalanya cukup , mewah dan berpendapatan tinggi dan tidak patut dibantu. Tetapi sebenarnya masih ada lagi yang tidak bernasib baik , masih hidup susah , hidup gelendangan, dan hidup hanya cukup makan sahaja. 



Justeru itu , program sumbangan Nur Ramadhan ini, sedikit sebanyak memberikan sedikit kegembiraan untuk golongan seperti mereka meraikan aidilfitri yang bakal kunjung tiba. 
Sumbangan sebanyak RM150 bertujuan mengurangkan beban golongan berkenaan sempena perayaan Aidifitri. 

Antara penerima sumbangan adalah terdiri dari golongan anak yatim, warga emas, ibu tunggal , asnaf dan golongan kurang upaya yang berada dan tinggal di wilayah Kuala Lumpur. Program ini turut melibatkan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) , Yayasan Al-Bukhary dan Yayasan Wilayah.   

Diharapkan program seperti ini berterusan kerana rezeki yang kita punyai ini terselit juga rezeki orang lain. 

#ketuakampungkl
#hebatkannegaraku

Tuesday, May 1, 2018

BAITI JANNATI | BANTU GOLONGAN ASNAF MILIKI KEDIAMAN SENDIRI

Assalamualaikum.
Selamat Hari Pekerja .. Hehehehe.. surirumah macam aku ni aci tak dapat bercuti juga ke kiranya?? Korang pernah tau tak program Baitti Jannati ? Meh nak story morry sikit... 

Baiti Jannati [Rumahku syurgaku].


 Siapa yang tak nak miliki rumah sendiri atau cukuplah sekadar mendiami rumah yang selesa, dilengkapi dengan perabot asas kan ? semua orang sudah pasti teringin. Bagi mereka yang kurang berkemampuan , terutama golongan asnaf, memiliki rumah sendiri adalah menjadi idaman dan pasti mereka tidak pernah terjangka dek akal untuk mendiami kediaman yang selesa. Almaklum lah..Harga rumah di Malaysia ni sememangnya agak mahal. Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan adalah satu program yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Wilayah di bawah kluster inisiatif tanggungjawab sosial korporat iaitu inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan. Ia adalah usahasama beberapa agensi di bawah stratergi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan , Celcom , Pavilion Kuala Lumpur , Maju Holding , Ekovest Berhad , JL99 Group , dan Tenaga Nasional Berhad. Ianya bertujuan untuk membantu golongan asnaf , secara individu atau keluarga dari golongan miskin tegar dan miskin bandar di Wilayah Persekutuan. 



                                             Sumber : FB Ekovest Berhad






Mereka yang terpilih di bawah program Baiti Jannati ini, bukan sahaja mendapat pemilikan kekal , bahkan menerima rumah yang telah dinaik taraf, melalui pembaikan kecil serta dilengkapi dengan perabot asas seperti set sofa , meja makan , almari pakaian , tilam , kabinet dapur , kipas , langsir ,serta barangan elektrik. 


     Lawatan : Keadaan serba daif di rumah PPR sebelum mendapat penajaan baik pulih  . 


Yang Dipertuan Agong Sultan Muhamad iV membuat lawatan kerumah golongan asnaf penerima inisiatif Baiti Jannati


Kriteria penerima bantuan Baiti Jannati

Para penerima yang dipilih menepati kriteria utama program ini iaitu miskin bandar yang mempunyai anggota keluarga Orang Kelainan Upaya, berpenyakit kronik, suami atau isteri yang telah meninggal dunia dan tanggungan anak yang ramai dan tidak mampu bayar sewa sejak sekian lama.

 Khusus untuk golongan miskin bandar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).




Antara penerima bantuan Baiti Jannati










Hak milik rumah di bawah program ini akan dipindahkan kepada penerima terpilih dalam kalangan penyewa PA dan PPR sedia ada tanpa sebarang bayaran dengan syarat ia tidak boleh dijual melainkan diwariskan kepada ahli keluarga atau waris terdekat. Program ini adalah satu jalan penyelesaian dalam membantu dan menangani kemiskinan bandar di Kuala Lumpur kerana kita tidak mahu golongan ini terpinggir dalam arus deras pembangunan dan pemodenan bandar.


Diharapkan , melalui inisiatif ini , akan menambahkan keceriaan dalam kehidupan komuniti dan kesejahteraan rakyat dan diharapkan juga program bantuan seperti ini diperluaskan dan berterusan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. 




Wawancara bersama YBHG Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki dan YBHG Dato' Ibrahim Yusoff mengenai Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan  di siaran Selamat Pagi Malaysia RTM TV1.



Kredit sumber : 
- Kementerian Wilayah Persekutuan 
- Bernama
- Berita Nasional RTM
- Tenaga Nasional Berhad
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Ekovest Berhad

#hebatkannegaraku
#ketuakampungkl