Followers

AFB FEEDS

Tuesday, October 31, 2017

Tempat Makan Best Di KL | Yong Tau Foo Kampung Pandan

Yong Tau Foo Kampung Pandan

Well, nama je dah duduk Ampang almost 5 tahun, tapi serius wey tahun ni baru pertama kali pergi. Tu pon lepas chef tempat Gjul kerja suggest tempat ni. Padahal dekat je pon.. Dekat jugak dengan Tesco Ampang. Mula-mula ingat warung kedai biasa je. Tapi apa pon kena la cuba dulu dan rasa. Haaa baru boleh komen lebih-lebih..




Haritu masa weolss pergi pon sebab dah tak tahu nak makan apa. Biasalah orang perempuan kalau ditanya nak makan apa.. mesti jawab tak tahu kan.. Tapi aku jawab kita makan yong tau foo je laa. So far bukan makanan berat kan.. Sebab lunch dah makan nasi banyak.. hehehe.. 





 





Masa awal sampai tu, seat ada laa 2-3 yang kosong. Tak ramai sangat walaupon hari Ahad.Beratur pon tak panjang.. So lega lah juga.. Bagi yang rasa teringin nak air tebu air kelapa, air jagung tu , haa, boleh laa hilangkan rasa teringin tu. almaklum lah.. Kat KL memang susah kot nak cari air tebu.. huhuhu.. 


Macam biasa, bab order mengorder ni lagi-lagi yang kena beratur memang Gjul campak kat aku.. dia lagi sanggup jaga budak 2 orang tu dari beratur tau.. Alasan dia tak reti nak order. hahaha.. Bukan je kedai makan. kat KFC, Mcd Pizza tu sejujurnya dia memang tak gheti nak order.. Gerammm jerk .. 


yang paling banyak tu iols punya.. tu belum campur lagi tepung 4 keping. memang menimbun.. 

Dia sempat lagi tu suruh ambik banyak-banyak sebab lapar. Request nak Kuey teow 4, tahu keping tu pon 4.. hahaha..gila tamak.. Aku suka sebab banyak pilihan . Lada solok pon ada..so memang puas la nak pilih-pilih tau tau je pinggan penuh. 

harga dia akan tulis dengan marker macam pinggan kat atas ni. so nanti bila nak bayar, bagitau je laa kat cashier berapa harga yang kita makan. Memang staff diorang tak record , tapi ye lah..atas dasar percaya makanan ni kan kena laa jujur. Jadi darang daging tauu... ingat tu.. 

Kat sini boleh request nak ber sup atau cuma sos je. Sebab tempat lain atau kat pasar-pasar selalu bagi kuah sos je kan..haa tapi kat sini kita boleh request sup.. Sup dia memang panas-panas dan memang ada rasa sup.. Sedapp.. Sos dia pon memang sedap. Memang aku boleh hirup je kuah sos tuu..

Yong tau foo yang ni 1 set RM28.70.. hasil ketamakan Gjul la ni.. Selalu weols abes koman pon RM18 paling banyak.. Air tebu + air sirap & 2 ais kosong.  Total lost RM33.00 je untuk 2-3 orang makan. Sebenarnya tercungap jugak wey nak abeskan sebab banyak sangat.. Dah laa kena paksa abeskan.. Memang boleh kenyang sampai pagi esok.. 

Selain dari Yong Tau Foo ada juga nasi lemak tau. Dengar cerita nasi lemak nya pon sedap. Next time laa try sebab perut memang dah overfull. Sumpah dah hujung-hujung tu memang termengah nak habiskan. Budak 2 orang tu bukan makan banyak sangat pon kan.. Memang mak pak dia laa juga kena habiskan.. 




Untuk ke lokasi guna aplikasi maps  / waze je. Search Yong Tau Foo Kampung Pandan. 
Kedai buka setiap hari kecuali hari Jumaat.Cuti perayaan pon mesti laa kot tutup.. Korang kena try tau.. 

Tuesday, October 24, 2017

2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC


klik banner untuk join

       16hb OKTOBER 2017 - 30hb OKTOBER 2017



Terjebak Dengan Deco Cat Dinding Geometri

Assalamualaikum.. Hi korang. entri ni kan dah lama berkubur sebenarnya..Ada tajuk je..hahhaha.. tak siap-siap nak di post je.. Padahal dah nak 2 bulan jugak kot dinding rumah ni dicat dengan corak geometri hasil kerja gigih Gjul dengan Oyin. Almaklumlah.. aku teringin... Maka kena lah suami tunaikan permintaan , keinginan si Isteri ni.. Sampai kan dinding yang sekarang dah diconteng balik dengan si teruna tu.. Adoii.. Geram betul mommy.Kakak dia dah bijak tak menconteng, giliran si adik pulak menjadi insan kreatif..



ni artwork latest.. hahahaha..sakit mata aku tengokkk.. nak cat nya belum datang kerajiinan... 

Memang aku dok tagih kat Gjul, cat laa rumah..cat laa rumah.. Tapi dia tak mau.. Sebab dia kata dah cat nanti compem kena conteng balik. Aku cakap laa.. tak.. Oyin dah paham bahasa.. Pastu dia sailang topik lain kata nanti laa, dah nak pindah baru cat.. Mamposs dia tak layan tau...Geram aku. aku dah gesel gesel kepala macam kucing  pon dia buat tak tau.... 1 pagi tu memang Gjul tak kerja. Tetiba dia cakap, jom ayang.. beli cat.. ayang belanja.. !!! hahahaha.. kwangjaqqqq!! aku pulak kena belanja wey.. ahh. tak kisah laa.. Janji dapat beli cat.. And rumah dapat cat baru.. 




Pusing-pusing kedai kat area dekat dengan rumah aku.. Ahh sudah comfius pulak nak pi kedai cat apa. banyak sebenarnya kedai hardware & cat, tapi pening nak pegi yang mana. Last-last idea bijak laki aku tu dia kata " pilih laa kedai yang ada signboard kedai paling besar. Kedai tu banyak duit, mesti dia pemborong cat paling besar kat sini"... ya ampun.. Mana laa dia dapat cadangan bernas macam ni.. hahahaha.. 


        Saiz masking tape lebih kurang 1 inch

Aku malas nak pilih cat lama-lama, sebab memang dah tahu nak cat warna biru muda + pink stripes putih je. TApi tak terpikir nak beli cat brand apa.. hahaha.. main pegi terjah je. Nak beli Nippon mahal gila rupanya.. Sales assistant suggest guna cat jenama Dulux Maxilite Plus. Kitorang pon okey je.. Tak nak warna banyak-banyak. Sebab nanti serabut. Beli 7 liter warna biru code (11651) & 7 liter warna putih code (15245) Warna pink nanti dulu lah.. (sampai sekarang tak terbeli).. balik rumah kemas-kemas alihkan barang .Malam tu lepas maghrib Gjul teruskan operasi dengan mengecat. Mula-mula cat putih dulu untuk base. Sebab dinding dah fully kena conteng dengan anak dara kan.. Cat yang aku beli ni memang cepat betul kering. Kira dalam sejam lepas cat tu dah boleh tampal masking tape.. 










anak dara pon sibuk jugak

Untuk buat corak geometri tu memang ikut kreativiti dia je laa. Ikut dan dia je.. Aku dok  jugak menolong.. So far dari lepas maghrib tu, siap cat segala sampai dekat 1 pagi juga non stop.. hahahaha...








Sekali tengok balance cat banyak lagi.. Rasa macam nyesal pulak beli tong besar ni.. hahhaha.. Nak buat apa entah.. Tunggu lah next project pulak ..Cat putih tu je laa rasa berbaloi sebab nanti nak pindah ke kan, kena laa cat putih balik . Almaklum lah duduk 
menyewa. Nak deco lebih-lebih kang rasa rugi pula.. 


Cost nak cat ni tak banyak pon. Sebab gelek cat & bekas cat ni Gjul ambik kat rumah kampung dia.. so cuma cost cat je laa. 2 tong cat ni around RM90 je..masking tape beli kat kedai cat tu jugak 4 gelung RM6..  ok lah kan.. Xde lah mahal sangat pon. 


      Balance cat ada lagi separuh lebih.. 

Sekian cerita dari aku untuk projek Deco cat dinding ala geometri. Next, we try pasang wallpaper pulak.. Ritu ada tengok seller kat tesco ada jual wallpaper idaman.. Xpon beli kat Kaison je la kan. murah.. 

KOLEKSI TERBARU LOSYEN HARUMAN BADAN DARI ENCHANTEUR

Assalamualaikum..Orang perempuan memang sinonim dengan wangian kan? Aku pon memang tak lari lah dari suka kan wangian. Kalau boleh diri sendiri ni, nak kekal wangi sepanjang hari. Walaupon aku ni seorang suri rumah tangga sepenuh masa, duduk rumah je memang tetap juga nak wangi-wangi. Takkan nak bau kepam je kan.. Nanti cik abang pon tak lalu nak dekat.. opss... hehehe..Selain dari sentiasa wangi, kita juga mesti lah kena jaga kulit. Seharian buat kerja rumah.. Membasuh kain kotor pon pakai tangan je tau.. Haruslah jaga kulit tangan biar tak kering & kasar. Solusinya guna losyen haruman badan terbaru dari Enchanteur. Kulit sentiasa sihat dan lembut, bau pon wangi berpanjangan selama 24 jam!!





Enchanteur 24Hour Moist Perfumed Body Lotion

Amboii.. Heading dia.. Kemain.. Betul ke tahan 24 jam ni? wow..wow..wow sangat.. Betul sayang-sayang semua. Tak tipu. Losyen baharu dari Enchanteur 24 Moist Losyen Haruman Badan ni yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari.


Kalau nak tau, aku dah guna losyen Enchanteur semenjak dari bangku sekolah menengah lagi. Lagipon aku suka, sebab losyen ni tak melekit dan berminyak, so ,memang selesa lah nak pakai sepanjang hari. 

3 Variasi dari Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion - Charming, Romantic & 

Alluring


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)




•  Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)




•  Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
•   Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.


Dapatkan koleksi Enchanteur 24H Moist Body Lotion Sekarang!



Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan hanya RM11.90 sebotol termasuk 6% GST adalah sangat berbaloi untuk dimiliki. Korang dapat kan laa cepat tau kat pasaran.. Boleh sentiasa wangi.. hehehe.. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ;



  

Wednesday, October 18, 2017

Pilihan Hadiah Untuk Yang Tersayang Di Printcious.com

Printcious.com - Precious Gift From Your Heart

Pernah tak korang pening kepala nak pikir bagi kejutan untuk yang tersayang terutamanya yang jauh dimata tapi dekat di hati? Malas nak ke pasaraya atau kedai hadiah semata-mata untuk cari hadiah? Dah..dah.. korang lepas ni tak payah nak serabut kepala pikir-pikir. Sekarang ni semua nya di hujung jari. Korang boleh bagi hadiah unik & custom dengan harga yang berpatutan. Confirm puas hati sebab hadiah yang korang akan bagi tu 1-1 nya kat dunia sebab korang design sendiri..ahahaha.. Pelbagai hadiah menarik yang korang boleh pilih.. Antaranya frame canvas, mug, bantal cushion, puzzle, baju rompers bayi dan pelbagai lagi hadiah yang menarik boleh dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang. Korang nak hadiah kan sempena hari lahir ke, hari ibu, hari bapa, anniversary perkahwinan, hadiah kelahiran bayi ke atau sebagai koleksi sendiri pon boleh. 



Kenapa aku cadangkan Printcious.com dan kenapa nak bagi "personalised gifts" sebagai hadiah?

Salah satu sebab kenapa aku cadangkan korang pilih Printcious.com kerana aplikasi mudah dengan hanya menempah di website mereka. Disitu juga korang boleh reka hasil kreatif korang juga untuk 'design' sendiri hadiah korang tu. Ada juga contoh dan design yang ready untuk korang dapatkan. Design ready pon cantik-cantik juga. 
- Sebagai tanda ingatan. Kadang-kadang kalau kita personalized gambar baru ingat waktu kejadian, bila, dimana dan bagaimana ia bermula. 


Antara pilihan "personalized gifts" untuk yang tersayang. Pasti mereka tersenyum riang



 -T-shirt -
[ click gambar untuk lihat design lain]

Magic Mug (boleh berubah warna bila dituang air panas)
[klik gambar untuk lihat design lain]



Rompers bayi
[ klik gambar untuk lihat design lain]

Button badges (pin/magnet)
[klik gambar untuk lihat design lain]

Bag
[klik gambar untuk lihat design lain]

Apron
[ klik gambar untuk lihat design lain]

Phone casing
[ klik gambar untuk lihat design lain]

Topi
[ klik gambar untuk lihat design]

cushion 
[ klik gambar untuk lihat design lain]

keychain
[ klik gambar untuk lihat design lain ]

Dan banyak lagi pilihan hadiah yang sememang nya semua jaminan kualiti dengan harga yang murah.

Bagaimana untuk menempah?

Sengaja aku post banyak-banyak contoh pilihan hadiah yang ada di Printcious.com. Confirm sekarang korang teruja kan.. Haa apa lagi .. Jom order. Cara-cara untuk membuat tempahan.

1. Pergi ke laman web Printcious.com


2. Daftar masuk - Sekiranya belum pernah mendaftar sila isikan form seperti dibawah. Nak daftar melalui akaun Facebook pon boleh.



3. Boleh pilih pelbagai senarai pilihan hadiah.



4. Sebagai contoh saya pilih baby T-shirt untuk dijadikan hadiah anniversary. Korang boleh pilih design sedia ada atau boleh custom. untuk custom ada pilihan untuk pilih cutton / Graphic tee / kid. Lepas tu akan terpapar paparan seperti dibawah. Pilih saiz dan mula untuk mereka. 



5. Reka dan add too cart. Tools untuk custom design sangat mudah untuk difahami. Sesiapa je confirm boleh faham . Tapi jangan risau kalau tak faham sebab di bawah page ada segmen customer services. bila bila masa je korang boleh menanyakan soalan sekiranya tidak paham atau ada soalan lain untuk ditujukan.



lepas add to cart boleh buat bayaran secara online. Mudah kan. 

Sekarang ni tengah ada promosi sempena Deepavali. Ada lagi 3 hari untuk korang grab promosi dengan mengunakan promo code DEEPAVALI sewaktu check out nanti tau.!! Jangan lepaskan peluang ni . Apa lagi, cepat-cepat terjah Printcious.com dan boleh fikir nak hadiah kan apa untuk yang tersayang tu.. 


Untuk info lanjut :

Alamat : No 30, Ground Floor, Jalan tiara 4, 
              Bandar Baru Klang, 41150 Klang 
              Selangor Darul Ehsan.

Waktu Bekerja : Isnin - Jumaat  [ 9 pagi - 6 petang ]
                         Sabtu [ 9 pagi - 1 tengahari ]
                         Ahad & cuti umum [ Tutup ]



Thursday, October 5, 2017

3 Hari Lagi Untuk Dapatkan Harga Promosi Pembukaan Cawangan Upin Ipin Store di Ampang

Assalamualaikum.

pinjam gambar dari Facebook Page Upin dan Ipin

Hari Ahad lepas, aku berkesempatan untuk sertai pembukaan Cawangan terbaru Upin Ipin Store di Ampang berdekatan dengan Ampang Point dan MRR2. Memang meriah sangat dengan kehadiran maskot-maskot Upin Ipin dan Mamee Double Decker. Memang budak-budak termasuk anak dara i sibuk nak mengejar maskot mereka. Wafiy pulak penakut. hahaha..

Aku sampai awal dalam 10.30 pagi.. Sebab belum bersarapan, pergi lah sarapan dulu. Pergi bawak budak ni kadang bukan dapat jangka tau perangai diorang. Kena make sure bagi diorang kenyang dan selesa. Dah laa kena handle sorang. Pak diorang kan kerja. 
Sebab sarapan betul-betul berdepan dengan premis kedai Upin Dan Ipin, Oyin pulak dah nampak.. Memang tak senang duduk laa dia. Makan nasi lemak pon rasa pasir sebab teruja sangat nak pegi ke sana.. Hahahaha.. "cepat lah mami.. nanti habiss mami"... memang malas nak layan.. hahaha.. nanti kang lapar naya kat aku jugak.. 

Dalam pukul 11.15 pagi aku pon ke lokasi. terpacak untuk pendaftaran. diberikan 2 beg goodies . Wah kemain seronok Oyin. Sebab mami dah warning, kalau nak lama kat sini kena behave tau. Tapi Wafiy pulak tetiba badan dedar. majlis belum start.. mami dah cuak dah bila tetiba dia menangis meronta nak keluar dari baby carrier. Cepat-cepat aku bawak lari Wafiy pergi ke bank berdekatan untuk menyusu.. Done menyusu dia terus tidur.. Memang sampai ke pukul 1 juga laa dia tidur.

MAJLIS PERASMIAN OLEH PENGARAH URUSAN LES' COPAQUE


Sempat juga aku saksikan perasmian pembukaan Cawangan Upin Ipin oleh Haji Burhanuddin bin Mohd Radzi dan Hajah Ainon Bin Ariff dikala Wafiy tidur lena dalam carrier dengan harapan Oyin tak buat perangai. Selepas acara potong reben, kami di beri kesempatan untuk masuk kedalam kedai . Pertama kali aku menjejaki kaki ke Upin Ipin Store. Pelbagai merchandizer yang mereka keluarkan yang sememang nya bukan sahaja menarik hati anak-anak, bahkan mak & pak jugak turut teruja. Aku pon sempat juga grab beberapa cenderamata sebagai memenuhi permintaan Oyin. almaklum lah , tengah harga promosi. Rugi rasanya kalau tak rebut peluang ni. 

CENDERAMATA UPIN IPIN WAJIB SAMBAR!

1. 


BACK PACK FOR TODDLER. Harga asal RM49.90. Selepas diskaun hanya RM29.90 je korang... dah laa memang cun habissss...Design & warna pon cantik-cantik.



jam tangan/slapwatch . comel kan. Harga asal RM21.90. Selepas diskaun hanya RM9.90 je..

Fridge magnet. Harga asal RM10.00. Selepas diskaun hanya RM5 je.


Set cawan. Tak ingat pulak harga asal berapa..haha.. yang paling best jugak Travel kit 3 in 1. Ada shampoo, shower cream ,& lotion. Harga asal RM17. Selepas diskaun RM10.00 je..

Dan banyak lagi cenderamata menarik yang boleh dijadikan koleksi pribadi & sebagai hadiah. Antaranya baju, set cadar, tuala, botol air, majalah, set alat tulis dan sebagainnya. Tapi nak diingatkan, harga promosi ni terhad ya. Harga ni sempena pembukaan je dari 1 Oktober sehingga 8 Oktober 2017 ni sahaja. Maknanya korang ada masa lagi 3 hari untuk shopping & reward anak-anak.. Jangan lupa juga untuk daftar sebagai ahli untuk mendapatkan extra diskaun dan dapat perlindungan insurans sekali tau!! Yuran tahunan hanya RM15.90 je!!


Jangan risau, kat situ disediakan tv dan playmat untuk anak-anak menonton kisah Upin dan Ipin. Disediakan juga tandas untuk kemudahan pengunjung. 


Aktiviti lain

Selain dari itu terdapat juga segmen dari pihak penaja Mamee Double Decker. Diorang ada sediakan game lucky fortune.. Heeee.. seronok laa anak-anak ni sertai game tersebut. 





Selepas itu terdapat juga aktiviti pertandingan mewarna untuk anak-anak. Oyin pon tak terkecuali untuk sertai. Walaupon dapat hadiah saguhati, pon dia dah rasa seronok. almaklum lah.. pertama kali berkawan dan buat aktiviti indoor. 



Jom semua jangan lepaskan peluang!!! Kita ke Cawangan Upin Ipin Store di Ampang

Upin Ipin Store, no 31-M (GF), Jalan Mamanda 7, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang Selangor.
Tel : 03-42650701