Followers

AFB FEEDS

Thursday, January 8, 2015

Jom Bantu Mangsa Banjir #misibantuanbanjir


Sedia maklum, bencana banjir yang  berlaku baru baru ini sangat meruntuk jiwa. Berat mata kita memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Di sini, kita nampak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, saling bantu membantu. Aku pon tak terkecuali untuk membantu mereka sedikit sebanyak bagi meringan kan beban mereka. Nak ke sana secara volunteer tak berkemampuan. Tapi pihak Lazada ada bagi 1 option untuk kita membantu sambil menderma. caranya mudah aja ;



Lazada telah melancarkan 1 kempen untuk membantu mangsa banjir iaitu Flood Relief Drive [klik]. Maklumat tentang kempen tersebut adalah : 
  1. Semua barang keperluan untuk mangsa banjir dijual dengan separuh harga. Separuh harga ditanggung sepenuhnya oleh pihak Lazada. 

  2. Barang yang dibeli akan diberi kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk dikumpulkan dan diderma kepada mangsa banjir. 

  3. Pembeli akan mendapat confirmation email tentang barang yang dibeli.

  4. Lazada Malaysia akan berkongsi hasil derma kepada umum setelah campaign berakhir.
Contohnya : 

Milo tin 1.5kg , harga pasaran RM 39.10, Beli dan derma di Lazada Malaysia hanya  RM19.60. Lazada bayar sebahagian dari harga milo iaitu RM19.50. 

Sila ke laman website Lazada Malaysia ini maklumat lanjut :


Bagus kan.. Tak payah beratur nak bayar kat pasarraya beli barang untuk mereka, online je pon boleh.. Lagi 1, harga yang ditawarkan sangat lah murah . Separuh harga (50 % diskaun). Kita bayar separuh, lagi separuh LAZADA tolong bayarkan. Contoh nya macam ni :
ye mop lantai.. Sangat berguna sebab banjir pon dah surut.. Aktiviti mengemas & membersihkan rumah pulak selepas ini.. Harga asal RM11.90.. selepas diskaun hanya RM6.00


 Baldi . Harga asal RM16.50. Selepas diskaun hanya RM8.30

Nestum 3 in 1 harga asal RM11.00 dan selepas diskaun hanya RM5.50

Milo dalam tin. Harga asal RM31.40 dan selepas diskaun RM15.70 sahaja.. Murah sangat!


Diapers untuk bayi & kanak kanak.. jenama Drypers. Harga asal RM129.00 untuk 3 pek ni ye.. Selepas diskaun RM64.50.

And ada barang barang lain lagi.. 


Harga dah sangat murah berpatutan lagi lah dapat menggalakkan orang menderma lagi banyak. Saham akhirat tu.. 

Btw, barang ni tak dihantar kat rumah korang ye.. Kang dok tertunggu bucu tangga, mana lah posmen ni tak hantar barang yang aku nak derma ni.. Tunggu sampai ke bulan Mei pon takkan sampai..hehe..  Sebabnya pihak Lazada sendiri yang akan kumpul & berikan barang-barang yang korang beli ni  kepada Persatuan Bulan Sabit Merah & akan didermakan pada mangsa banjir. 

Semoga murah rezeki kita membantu orang lain yang memerlukan. Bak kata pepatah "Tangan yang memberi lagi mulia dari tangan yang menerima..



Wednesday, January 7, 2015

Pisang cheese coklat , Batu Caves

Salam petang.. Hujan pulak kat sini (Batu Caves). Tapi tadi waktu lunch sempat laa jugak menyambar kudapan untuk minum petang. teheee.. Selalu lunch kat bawah office jerk.. Tapi entah ada buat renovation, malas pulak nak jalan kaki pusing jauh gilos.. Makanya aku cari lunch kat luar kawasan opis.. 

Dapat juga membeli nasi kukus. Sebab tadi gerimis, maka orang pon tak ramai . Tak payah nak beratur.. Sedap jugak nasi kukus ni. RM4.50 saje... macam biasalah aku kalau bahagian ayam mesti pilih thigh.. Hahaha.. kalau yang daging2 dada tu adoiii.. x larat laa nak makan..


(Entry tajuk pisang cheese coklat.. tapi aku tepek jugak gambar nasi kukus dah kenapa,... LOL)

On the way balik tu, ternampak pulak gerai jual pisang goreng cheese.Dah lama teringin nak makan.. Ritu ada try kat FoodHunterFeast TTDI, tapi tak puas laa, sebab ada 5 ketul je pisang..nipis plak tuuu.. So, why not we try lagi. Maka berhentilah untuk membeli... slice yang pertama dia buh 6 ketul pisang. okey la kan.. pastu dia tabur susu pekat, coklat rice, milo, cheese parut & kelapa kering. Ingatkan segitu aja..ada plak lapisan kedua, sama juga dia tabur benda yg sama sampai laa lapisan ketiga.. Total pisang dalam polestrin ni , 15 ketul pisang. Mak aiiii.. dah laa aku makan sorang kann.. terbeluakkk laaa perut aku nihhh...Padahal mata dah stimm je layuuu nak tidoooo kekenyangan.. haha..  Berapa harga? RM5.00 saje 1 set.. memang banyak & penuh bekas..
3-4 kali jugak laaa repeat makan..kena habis kan jugak laa. sayang kot tak habiskann... 
Lokasinya dekat belakang jalan Giant Batu caves. Area Sri Batu Caves jerk tuu.. Nama jalan aku tak tau plak..behehe.. Even dah kerja kat Batu Caves dekat 3 tahun.. teheee... ^_^


Jemput santapp semua... 

entry ni pengaruh dari Mama Tisya . Nak pi Sri gombak tak tau.. haha.. tak tau jalan drive ke sana..