Followers

AFB FEEDS

Thursday, October 5, 2017

3 Hari Lagi Untuk Dapatkan Harga Promosi Pembukaan Cawangan Upin Ipin Store di Ampang

Assalamualaikum.

pinjam gambar dari Facebook Page Upin dan Ipin

Hari Ahad lepas, aku berkesempatan untuk sertai pembukaan Cawangan terbaru Upin Ipin Store di Ampang berdekatan dengan Ampang Point dan MRR2. Memang meriah sangat dengan kehadiran maskot-maskot Upin Ipin dan Mamee Double Decker. Memang budak-budak termasuk anak dara i sibuk nak mengejar maskot mereka. Wafiy pulak penakut. hahaha..

Aku sampai awal dalam 10.30 pagi.. Sebab belum bersarapan, pergi lah sarapan dulu. Pergi bawak budak ni kadang bukan dapat jangka tau perangai diorang. Kena make sure bagi diorang kenyang dan selesa. Dah laa kena handle sorang. Pak diorang kan kerja. 
Sebab sarapan betul-betul berdepan dengan premis kedai Upin Dan Ipin, Oyin pulak dah nampak.. Memang tak senang duduk laa dia. Makan nasi lemak pon rasa pasir sebab teruja sangat nak pegi ke sana.. Hahahaha.. "cepat lah mami.. nanti habiss mami"... memang malas nak layan.. hahaha.. nanti kang lapar naya kat aku jugak.. 

Dalam pukul 11.15 pagi aku pon ke lokasi. terpacak untuk pendaftaran. diberikan 2 beg goodies . Wah kemain seronok Oyin. Sebab mami dah warning, kalau nak lama kat sini kena behave tau. Tapi Wafiy pulak tetiba badan dedar. majlis belum start.. mami dah cuak dah bila tetiba dia menangis meronta nak keluar dari baby carrier. Cepat-cepat aku bawak lari Wafiy pergi ke bank berdekatan untuk menyusu.. Done menyusu dia terus tidur.. Memang sampai ke pukul 1 juga laa dia tidur.

MAJLIS PERASMIAN OLEH PENGARAH URUSAN LES' COPAQUE


Sempat juga aku saksikan perasmian pembukaan Cawangan Upin Ipin oleh Haji Burhanuddin bin Mohd Radzi dan Hajah Ainon Bin Ariff dikala Wafiy tidur lena dalam carrier dengan harapan Oyin tak buat perangai. Selepas acara potong reben, kami di beri kesempatan untuk masuk kedalam kedai . Pertama kali aku menjejaki kaki ke Upin Ipin Store. Pelbagai merchandizer yang mereka keluarkan yang sememang nya bukan sahaja menarik hati anak-anak, bahkan mak & pak jugak turut teruja. Aku pon sempat juga grab beberapa cenderamata sebagai memenuhi permintaan Oyin. almaklum lah , tengah harga promosi. Rugi rasanya kalau tak rebut peluang ni. 

CENDERAMATA UPIN IPIN WAJIB SAMBAR!

1. 


BACK PACK FOR TODDLER. Harga asal RM49.90. Selepas diskaun hanya RM29.90 je korang... dah laa memang cun habissss...Design & warna pon cantik-cantik.



jam tangan/slapwatch . comel kan. Harga asal RM21.90. Selepas diskaun hanya RM9.90 je..

Fridge magnet. Harga asal RM10.00. Selepas diskaun hanya RM5 je.


Set cawan. Tak ingat pulak harga asal berapa..haha.. yang paling best jugak Travel kit 3 in 1. Ada shampoo, shower cream ,& lotion. Harga asal RM17. Selepas diskaun RM10.00 je..

Dan banyak lagi cenderamata menarik yang boleh dijadikan koleksi pribadi & sebagai hadiah. Antaranya baju, set cadar, tuala, botol air, majalah, set alat tulis dan sebagainnya. Tapi nak diingatkan, harga promosi ni terhad ya. Harga ni sempena pembukaan je dari 1 Oktober sehingga 8 Oktober 2017 ni sahaja. Maknanya korang ada masa lagi 3 hari untuk shopping & reward anak-anak.. Jangan lupa juga untuk daftar sebagai ahli untuk mendapatkan extra diskaun dan dapat perlindungan insurans sekali tau!! Yuran tahunan hanya RM15.90 je!!


Jangan risau, kat situ disediakan tv dan playmat untuk anak-anak menonton kisah Upin dan Ipin. Disediakan juga tandas untuk kemudahan pengunjung. 


Aktiviti lain

Selain dari itu terdapat juga segmen dari pihak penaja Mamee Double Decker. Diorang ada sediakan game lucky fortune.. Heeee.. seronok laa anak-anak ni sertai game tersebut. 





Selepas itu terdapat juga aktiviti pertandingan mewarna untuk anak-anak. Oyin pon tak terkecuali untuk sertai. Walaupon dapat hadiah saguhati, pon dia dah rasa seronok. almaklum lah.. pertama kali berkawan dan buat aktiviti indoor. 



Jom semua jangan lepaskan peluang!!! Kita ke Cawangan Upin Ipin Store di Ampang

Upin Ipin Store, no 31-M (GF), Jalan Mamanda 7, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang Selangor.
Tel : 03-42650701

H20 Facial Treatment Murah Di Shah Alam | Celebriti Skin Expert

Assalamualaikum..


Facial Treatment Murah di Shah Alam



Hari Sabtu lepas aku beria memang mintak perlepasan "me time" kat Gjul sempena hari jadi aku 29 September. Serius wey.. bila jadi suri rumah ni, mimpi la ya nak ada waktu berehat bagai.. Gjul pon setuju & dia kasi chance siap pakej hantar aku ke Shah Alam untuk buat rawatan facial. Almaklumlah.. Dah lama tak memanjakan diri & wajah. Sekali sekala apa salah nya kan..

Walaupon aku ada pakai produk mencantikkan wajah, serum, pencuci muka semua tu, tapi masih ada lagi "blackhead" dan "whitehead" di hidung dan jugak dagu.. Gigih wey scrub hari-hari pon tak mau hilang.Untuk rawatan facial kali ni aku memilih di Celebriti Skin Expert yang bertempat di Seksyen 7 , Shah Alam.

Kenapa Memilih Celebriti Skin Expert Sebagai Pusat Rawatan Facial?

Kalau nak diikutkan, jauh juga tau dari Ampang nak ke Shah Alam. Banyak faktor aku pilih Celebriti Skin Expert sebagai destinasi pilihan.Salah satu sebab nya review yang aku tengok di facebook page Cantik Persis Selebriti . Rata-rata pelanggan ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Aku pon , ofcozz laa rasa teruja kan.

Harga yang berpatutan. 

Harga normal untuk H20 Facial treatment adalah RM198.00. Tapi sekarang tengah ada promosi. Hanya RM138.00 je untuk facial treatment ni tau. Memang best. Treatment selama hampir 2 jam, tapi tak terasa lama pon, sebab nya dari satu treatment ke satu treatment. Bukan hanya menghilangkan blackhead dan whitehead, tapi dalam masa yang sama, treatment melembabkan kulit, dan menyegarkan kulit yang kusam dan lesu. 

Layanan Tiptop Dari Staff Celebriti Skin Expert



Dari awal buka pintu, aku disambut dengan senyuman dan layanan terbaik dari staff mereka. Waktu tu hanya ada staff bernama Elin & Kak Ina. Kedua-duanya sangat peramah. Walaupon baru pertama kali jumpa, kami dah mesra. Jarang tau dapat servis layanan terbaik dari mana-mana pusat kecantikan. Bila dah mesra, takde lah janggal untuk buat rawatan. 

Suasana Premis yang Mendamaikan

Ketika buat rawatan facial, pelanggan akan di didendangkan dengan alunan muzik yang memang boleh buat kita rasa tenang. Rasa boleh tidur kot.. hahahaha..Dah lah sedap je rasa bila diurut-urut wajah tu kan.. Memang best lah..

Kebaikan Membuat Rawatan Facial

- Menjadikan kulit wajah lebih bersih dan lembab. Jangan dibiarkan kulit wajah kering. Punca kekeringan selalunya disebabkan cuaca,kurang pengambilan air sekurangnya 8 gelas sehari, kerap berdepan dengan penghawa dingin dan lain-lain. Bila kulit wajah kering, ini mengakibatkan kerosakan kolagen dalam kulit, dan mempercepatkan proses penuaan dan garis-garis halus cepat kelihatan. 



- Mencegah timbulnya jerawat . Selalunya jerawat timbul adalah disebabkan hormon dalam badan kulit wajah yang kotor tidak dibersihkan dengan sebetulnya. Melakukan facial secara teratur dan kerap dapat mencegah timbulnya jerawat yang menyebabkan hilang seri wajah. 

- Membuang sel-sel kulit mati , blackhead , whitehead dan mencegah kulit berminyak.  Sel-sel kulit mati ni sekiranya tidak dinyahkan, akan menybabkan kulit wajah kelihatan kusam dan tak bermaya. Blackhead dan whitehead juga mencacatkan penampilan kita sekiranya ia kelihatan banyak dan jelas. Pemakaian makeup juga, kadangkala membuatkan blackhead dan whitehead tetap kelihatan dan membuatkan liang-liang pori semakin tersumbat. 



-Menenangkan dan merehatkan kulit wajah. Bila kulit wajah diurut perlahan-lahan , sememangnya menenangkan dan menyegarkan. Wajah kelihatan lebih segar dan bersih selepas rawatan.

- Melancarkan peredaran darah pada wajah Urutan diwajah juga ketika melakukan facial muka dapat melancarkanan darah pada wajah.  

Banyak lagi kebaikan melakukan facial muka sekiranya dilakukan secara konsisten dan teratur.Sebab sekiranya hanya sekadar mencuci muka sendiri, belum tentu segala tok nenek kotoran di wajah betul betul bersih dan hilang.


Jom dapatkan H20 Facial Treatment Dengan Harga Murah



Untuk mendapatkan sebarang rawatan di Celebriti Skin Expert, korang kena lah membuat tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan pertindihan waktu rawatan. Servis mereka sangat limited dan eksklusif,sebab tidak mengambil pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa. 
Untuk tempahan boleh hubungi di talian  : 03-55194159

Lokasi : Cantik Persis Celebriti
Jalan Kristal K7/K , Seksyen 7, 40000 shah Alam Selangor

Waktu beroperasi : Setiap hari 11 Pagi sehingga 8 malam