TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 –
Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala
Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandinganToyota Eco Youth(TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program
tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan
Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik
Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik
Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada
para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat
yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri
Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun,
kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang
agak mengejutkan di mana terdapat penduduk
yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200
ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di
samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.
Selama ni kan, aku terpikir macam mana ya nak buat souvenir macam kad, kotak yang berukir-ukir macam gambar kat atas tu. Mesti gigih kan kalau guna tenaga manusia untuk buat. Tapi rupanya teknologi mengatasi segalanya. Guna Silhouette Cameo je rupanya!!! Sesiapa yang ada buat bisnes percetakan atau baru nak buat bisnes percetakan memang mudah kalau guna Cameo 3 ni tau. Lebih-lebih lagi jadi mudah kerana menggunakan wireless untuk sambungan ke komputer. Saiz Cameo ni lebih kecil dan ringan dari saiz printer. Sesuai untuk memotong material kain, kertas, vinyl dan heat transfer material.
BAGAIMANA INGIN MENGGUNAKAN CAMEO 3
Untuk menggunakan mesin Cameo 3 ni boleh rujuk video di bawah ini.
Antara contoh barangan yang boleh dihasilkan dari Cameo 3.
KENAPA PERLU MEMILIH SILHOUTTE CAMEO 3 DARI LIBERTY PRINTING
1. Mempunyai jurulatih terlatih yang mempunyai lapangan pengalaman lebih dari 5 tahun di dalam bidang percetakan. 2. Workshop online secara percuma untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal dimana mana sahaja dan pada bila bila masa. 3. Mudah untuk proses pembelian dan tempahan kerana ada borang tempahan online dan no rujukan pembelian terdahulu. 4. Bayar dan bawa dengan tiada minimum pembelian. 5. Penghantaran ke serata negara. 6. Mesra pelanggan walaupon selepas pembelian.
Group di Facebook. Segala pertanyaan boleh diajukan di Silhoutte Workshop secara percuma.
BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN SILHOUTTE CAMEO
Untuk mendapatkan Cameo 3 ini anda boleh menghubungi no yang tertera di bawah ya.
No talefon :019-9848151 (Amin) / 0199858151 (Elaine)