Followers

AFB FEEDS

Tuesday, April 28, 2015

Food Review | Bayou Coffeehouse - Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


Entry sebelum ni dah kata nak buat entry sepesel kan? Lokasi dah tentu di dalam Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya jugak.. So, bila dah lakukan aktiviti riadah kat situ, apa kata cuba makanan buffet yang disediakan.. Aku dan blogger-blogger lain yang menyertai KBDO dapat menikmati sajian yang disediakan oleh pihak Bayou Coffeehouse. 

Ternyata , menu yang disajikan sangat menyelerakan , apetah lagi dengan sajian ala-kampung.. Memang kena sangat lah dengan tekak aku yang memang asli kampung ni..hahaha.. 

Antara sajian yang disajikan pada hari tersebut adalah ;

Nasi putih.. hahaha.. mesti laa kena ada nasi ye tak... 

Ayam masak kicap

Paru goreng berempah


Labu masak lemak & sayur lemak pucuk manis


ikan tenggiri berlado.. mati mati aku ingat ikan keli..sebab daging dia lemak & lembut... ghahahaha.. yang ni memang sedappp.. reccommend sangat kalau pegi buffet , ada lauk ni ambik banyak2 ye..


Rendang tok-daging nya lembut sangat.. 

Gulai rebung

Kerabu sayuran... 

Sebab aku ni memang hantu tempe..almaklum lah.. anak orang JOWO!! hahaha.. 


Sambal belacan & sambal mangga

Iwak gerih (ikan masin) bulu ayam



Keropok belinjo.. Mak aii.. Best gilaaa.. i feel like at my hommie!!!!!

Terdapat jugak pencuci mulut.. nahh..dia sediakan bubur pulut hitamm.. nak nangis rasa.. memang sedap sangat.. lemak nya pon terasa.. 



Cekodok pisang, buah buahan... Irine makan cekodok 2 bijik selamba sumbat dalam mulut.. kekekeke

Tapai ni dah sedap dahh..cuma mungkin tak berapa nak jadi kot.. orang tua cakap, kalau nak buat tapai jangan ditegur jadi @ tak semasa proses pembuatan nyee..

minuman yang disediakan.


Ruang restoran yang luas

Nak santai-santai kat ruang luar pon boleh.. 


pakej perkahwinan yang disediakan oleh Bayou Coffeehouse.Berpatutan kann.. 


Semestinya juadah enak yang disediakan ternyata memberi level kepuasan & kenikmatan, bukan sekadar kenyang saje ye.. Selain menu ala-kampung, boleh juga kalau nak request menu BBQ buffet, Indonesia buffet, international buffet, dan juga buffet ramadhan . Harga memang sangat berpatutan dan puas hati.. Selain itu juga, disediakan perkhidmatan katering untuk sebarang event & keraian seperti , majlis hari jadi, gathering, perkahwinan, family day , mesyuarat dan lain-lain lagi atas permintaan pelanggan. Kalau berminat untuk mencuba pelbagai menu yang disediakan boleh hubungi :

03-83180008 @ 019-33055848
atau email ke : bayoucateringcyberjaya@gmail.com
Facebook : bayoucoffeehouse



DAAA...



















4 comments: