Followers

AFB FEEDS

Monday, June 29, 2015

Berbuka puasa dengan peminat Chelsea

buka puasa bersama dengan rakan Malaysia Blues Army Kuala Lumpur


Semalam hari yang menyeronokkan juga..sebab bola pon season dah abes. So diwaktu gini laahh kami MBAKL dapat berhimpun , berjumpa mengeratkan ukhwah. Aku sebenarnya merancang nak masak roti jala & kari.. Tapi disebabkan ketiadaan air sehari suntuk, tak dapat lahhh nak masak. Dah laa takde notis. Geram betul. Mandi pon tak boleh. Nak taknak kitorang anak beranak pergi opis aku di Batu Caves. Mandi kat sana. . Nasib baik kat opis ada air.. Pukul 5 petang macam tu baru lah keluar dari opis then terus beli makanan untuk potluck . 

Dah laa blur nak makan apa pon tak tau. Sebab kitorang yang datang nanti agak ramai. So, masing-masing bawak makanan dan minuman. Makanya, Gjul cakap tak payahlahh beli banyak2.. AKu just beli murtabak 3 keping, sate 30 cucuk dengan air kedondong dan nenas.BTW ni 1st time aku join potluck. So aku memang tak dapat nak bajet, berapa banyak. Alhamdulillah. Habis lah jugak menu yang aku beli tuu..

                                               
                                            

Aku beli murtabak kat Don's Murtabak PARAM Desa Pandan. Biasalah.. Aku tengok kalau dah beratur panjang mesti sedap..Hehehe.. emamng sedap pon. Puas hati boleh beli lagi.. 

Lokasi kitorang berbuka puasa adalah kat Tasik Titiwangsa je. Actually , dah plan nak pot luck sebelum puasa lagi.. Alhamdulillah.. Kebetulan xde aktiviti rasmi, and Gjul pulak kerja malam, Dapat lah join. 













seronok dapat berjumpa dan berborak dengan diorang. Tapi kena balik awal. Sebab gjul nak masuk kerja .. Hehehe.. 

2 comments: