Followers

AFB FEEDS

Monday, July 27, 2015

Malay Movie : Cinta Paling Agung

Cinta Paling Agung

Gjul beria nak tengok cerita ni, sebab dia suka Aaron Aziz.. Dah laa perasan dia kata muka dia cam Aaron.. Bluweek.. Sebab weolls laki bini ni jarang dapat pergi tengok Movie, maka weolss decide nak beli Cinta Paling Agong kat Astro first.. 


Sinopsis:


Aaron Aziz melakonkan watak Khairi seorang lelaki yang sudah berkahwin dengan Amyza lakonan Siti Saleha dan mempunyai seorang anak perempuan. Mereka telah berkahwin 9 tahun dan menetap di Jakarta selama 5 tahun.. Lagi seminggu mereka ingin menyambut ulang tahun perkahwinan ke 10, Khairi menyatakan hasratnya ingin berkahwin lagi 1.Betapa luluhnya perasaan Amyza bila menjangka perkahwinan mereka selama ini bahagia, tanpa ada masalah, berakhir begitu sahaja dek kerana orang ke tiga. Amyza meminta jalan mudah dengan menginginkan penceraian sekadar memancing perasaan Khairi, namun Khairi bersetuju. Hanya Kerana menagih cinta baru, semudah ABC Khairi melupakan cinta dan janji nya sewaktu awal pernikahan dahulu. 



Khairi Ingin mengahwini Dewi lakonan  pelakon indonesia Zaskia Adya Mecca ,kerana terpaut dengan watak solehah nya . Dewi pula setuju untuk berpoligami kerana berasakan poligami itu mudah memandangkan Khairi sendiri menipunya dan keluarganya dengan mengatakan hubungan dia dan Amyza berantakan sedangkan tidak. 

Wanita/isteri mana yang mahukan poligami dan perpisahan sebagai jalan penyelesaian. Amyza seorang wanita yang tidak berputus asa,mencari jalan menaut hati Khairi kembali. Adakah perasaan cinta khairi tertaut kembali kepada Amyza? Adakah Khairi tetap ingin berpoligami atau berlakunya penceraian antara mereka? Apa yang terjadi kepada Dewi? 


Korang kena tengok cerita ni. Aku tengok dengan penuh rasa marah kat Aaron .Hahaha. Entah. tak suka pulak reaksi lelaki macam tu. Nak kahwin 2, kahwin je la. Alasan mampu katanyaa.. Dia merasakan poligami tu mudah dan ikut sunnah. Tapi bila disoal cukup ke tidak solat 5 waktu? jawabnya tidak. Kah! Memang main emosi cerita ni...Watak Dewi tu, takde plak aku merasakan dia seorang perampas. biasalah. Terpesona dengan kata-kata manis lelaki. 

Bila sebut poligami takde pulak aku rasa ianya salah . Tapi kenalah berlaku adil dan yakin boleh mendidik ke2,3,4 isterinya. Barulah istitusi rumahtangga tu bahagia. kan!!! Tapi yang pastinya  "Asal bukan laki aku". Dan Gjul sendiri bagitau, takut.. takut isteri ramai masing-masing heret dia ke neraka.. biarlah dia ada 1 isteri didunia, dapat ramai bidadari disyurga. LOL.. Gataiii sangat.... 



6 comments:

  1. wow, cmm best, emmmm, nona mengalami situasi ni, parents lah, sadis btol~
    bini no 2, kalau tak memahami, memg gedik la kejenye, mengada, geram btol!
    sakit hatiii, arghhhh~stressss,

    meh tgk entri nona yg lawak, lg cool ~

    http://nonasani.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-nona.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tak berani nak cakap..sebab ahli keluarga yoorin memg ramai kahwin lebih dari 1.. nenek yoorin sendiri isteri ke 2.. makcik & pakcik ada yg bermadu...for sure melalui pengalaman , memg susah nak belaku adil.. kalau adil & saksama tu alhamdulillah.. redha atas diri memasing..

      Delete
  2. Huhu... Lama tak layan drama Melayu...

    ReplyDelete
  3. aduhaiii, baru baca sinopsis nya je..tapi dah geram....so, sebelum emosi dicarik2, baik jangan tengok..kakakkaka...boleh cam tu??? hihihih....
    actually, memang tak gemor cerita2 sendu2 nih....penat nak habiskan..penat bermain dengan perasaan sendiri....adeih......aptb daaaa.. !!

    ReplyDelete