Followers

AFB FEEDS

Tuesday, July 14, 2015

MARI BANTU RAKAN BLOGGER DALAM KESUSAHAN

Jom bantu


Waktu dah nak balik ni biasa blogwalking time! Tertacap 1 entry dari Eny Abdullah berkenaan rakan blogger yang dalam kesusahan. Terus buka blog rakan blogger tersebut (Kak Alia Haryanie)

Walaupon tak pernah mengenali beliau , dan pertama kali berkunjung ke blog kak Yanie rasa terharu dan terkesima sekejap. Beliau sedang diduga di bulan ramadhan yang barakah ini dengan penyakit yang dialaminya iaitu kanser , disamping menjaga ibu nya yang sedang uzur serta  membesarkan anak- anak. Ada terbaca juga rumah yang beliau duduki hampir dilelong bank! Allah..!!

Untuk pengetahuan semua, Kak Yanie ada menjual serunding, dan popia untuk menampung kehidupan beliau. Jom kita membeli untuk raya ni.. Emm.. Selepas raya pon takpe.. Hiba pulak rasa, bila orang yang sedang sakit, gigih mencari rezeki yang halal... Tapi ada yang sihat walafiat, sanggup mencuri, merompak, ragut bagai di bulan mulia pulak tu.. 


Serunding Kampung Laut Kelantan


Disini disertakan harga produk yang diniagakan :

Serunding daging tempatan 250 gram RM 18
Serunding ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini karipap RM 32 sekilo
Mini Popia RM 32 sekilo

Pos biasa rm 6 utk 1 kg
Pos laju RM 9 utk 1 kg

atau boleh menghubungi kak Yanie sendiri 012-9218016


164034266923 Haryani Binti Mat Hussin (Maybank)
553104559018 Haryani Binti Mat Hussin.(Maybank)




semoga dengan sedikit pertolongan kita, dapat meringankan beban mereka sekeluarga.. 
Semoga juga jasa baik anda diberkati Allah, dunia dan akhirat. 

5 comments:

  1. kesiannya..
    nanti nak belilah karipap mini dia.. suka karipap mini ni..

    ReplyDelete
  2. hulurkan tangan ringankan beban...

    ReplyDelete
  3. Masha Allah.. tabik orang2 begini yang masih usaha untuk kerja. Inilah faedah kita hidup serumpun walaupun di alam maya. Yang susah sama2 ditolong. Orang kampung saya pula tu.. (peace yoo - saya ore klate)

    ReplyDelete
  4. menarik ni. in shaa ALLAh, bole la promote kat semua

    ReplyDelete