Followers

AFB FEEDS

Tuesday, October 27, 2015

Vaksin Wajib Tak Cukup Bekalan?

Semalam ada tertengok kat nightline pasal vaksin halal ke tak. tapi tadi pagi kecoh jugak kengkawan yang vaksin kan anak kat klinik swasta kata vaksin kat klinik swasta takde stok padahal dah book date lama..tapi masih takde stok vaksin. 


ni sharing dari pihak kementerian kesihatan...





Terbaca pulak post kat Metro Online : 

Seremban: Kekurangan bekalan vaksin 5-serangkai (DTaP-IPV//HiB) dalam Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan, terutama di hospital dan klinik swasta diharap dapat diselesaikan, tahun depan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kekurangan bekalan vaksin mengandungi IPV dan Acellular Pertussis terbabit berikutan kebergantungan terhadap satu syarikat pembekal tunggal, sedangkan ia mendapat permintaan tinggi.
Menurutnya, pihak swasta mendapatkan bekalan vaksin 5-serangkai daripada pembekal dan kemungkinan ada kekurangan menyebabkan vaksin tidak dapat dibekalkan.
“Bagaimanapun, hospital dan klinik kerajaan tidak berdepan masalah itu kerana masih mempunyai bekalan mencukupi untuk tempoh tiga bulan akan datang, meskipun sedar ada kekurangan terhadap bekalan itu.
“Kita (Kementerian Kesihatan) berharap masalah itu akan ditangani segera dan berharap dapat diselesaikan tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Garis Panduan Amalan Klinikal Terhadap Pengurusan Jaundis Neonatal di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

mujur kami ambik vaksin untuk Irine kat kkia je. cukup dah rasanya. untuk 2 tahun nanti 
makan ubat cacing pulak.. tak miss lagi laa suntikan vaksin wajib untuk irine..  yang sunat tu tak terambik2 lagi..huhuhu.. entah boleh ambik lagi ke tidak umur dah 2 tahun nak ambik rota virus & Pneumococcal tu. 


Dulu pernah laa tanya dengan sorang doc yang jugak blogger .hehhee..rahsia laa sapa dia.. 


ni jawapan dia. 


yang belum vaksin kan anak kat klinik swasta tu tak de masalah boleh dapatkan vaksin dengan klinik kerajaan.. free je pon walaupon selalu check up kat swasta kan.. buku rujukan kat swasta tu bawak laa sekali... untuk rujukan.. kang terbagi pulak dos lain.. 

5 comments: