Followers

AFB FEEDS

Wednesday, December 13, 2017

LAZADA | ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST



ASSALAMLUALAIKUM

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

Alamak..Betul-betul last minute ni aku join contest Lazada. Sampaikan admin dah notify aku kat email.. hahaha.. Memang kena join juga ni.. Hadiah boleh tahan kemain .. Rugi kalau tak join. 

Timeline kat FACEBOOK aku pon bertebaran orang dok share Lazada ada sale 11/11 & 12/12.. Waktu gini lah seronok kalau nak menshopping sebenarnya. Harga memang murah dari harga pasaran. Memang rugi kalau tak rebut peluang yang jarang-jarang ada ni tau.

Untuk pengetahuan korang ONLINE R EVOLUTION SHOP THE UNIVERSE ni berlangsung dari 11 November sehingga 14 Disember 2017. Haa.. Ada lagi masa satu hari untuk korang rebut peluang ni ya. 

Eh.. Untuk join contest Lazada ni , aku dikehendaki menjawab soalan yang pihak Lazada ajukan. Meh kite tengok ya, apa soalan-soalan nya itteww..


a. Adakah anda masih ingat produk pertama yang anda beli secara dalam talian? Apakah barang itu dan bagaimana pengalaman anda membeli barangan tersebut.



Produk pertama yang aku beli secara dalam talian ialah perfume 212 Vip For Men untuk teman lelaki aku yang kini bergelar suami.. Hehehehe. Waktu tu baru pertama kali dapat duit gaji dan buat Maybank2u.com . Saje je bagi hadiah perfume dan tak sangka suami aku memang suka perfume tu. Sampai sekarang dia masih pakai perfume dari Brand Yang Sama. Memang pengalaman yang sentiasa terpahat di hati .

b. Apakah jenis produk yang anda suka beli secara dalam talian ?

Alamak. Kalau bab yang ni agak sukar nak jawab.. Sebab aku suka beli semua barang. Terutama nya kat Lazada. Cakap je nak barang apa. Semua nya hanya di dalam 1 talian. 
Antara produk yang aku suka beli secara online ialah;
1. Barangan keperluan anak-anak . Antaranya lampin pakai buang. Sebab lebih murah lagi-lagi kalau grab pakej combo.. Free delivery lagi tau.

tv bench console


2. Perabot dan kelengkapan rumah. Jangan tak tau. Perabot dan kelengkapan isi rumah pon aku beli secara online tau. Sebab tak payah nak pergi dari 1 kedai ke 1 kedai untuk survey. Sebut je jenama, haaa..tinggal pilih je. Barang pon sampai depan pintu rumah. 

3. Tas tangan.  Aku kalau pakaian sendiri memang tak boleh nak beli online. Sebab saiz dah 1 hal. Kadang bahu tak ngam, lengan tak ngam, peha tak ngam. Tapi, kalau handbag, haaa. online je wehh.. Boleh tengok gambar real & review dari pembeli yang terdahulu, haa..ok laaa.. memang aku grab terus. 


c. Kenapa anda suka membeli secara dalam talian/online?

Antara sebab aku suka membeli secara dalam talian kerana lebih mudah. Terutama sekarang aku cuma seorang fulltime blogger & surirumah sepenuh masa. Dengan menguruskan anak-anak kecil, suami pula kerja ada shift. Memang takde masa sangat nak keluar-keluar rumah. Nak handle 2 orang anak kecil bukan mudah yang disangka ya. Nak melayan tantrum dah satu hal. Kang bajet kelain pula. Sebab tu lebih suka membeli barang secara online. Lagi-lagi diwaktu puncak, terutama ada sale seperti Online Revolution ni kan.. 

Antara sebab lainnya, boleh bayar secara online, dan cash on delivery (COD). Dah laa tak payah nak bersesak mengadap jem.. Petrol lagi, parking lagi kan..

d. Produk apakah yang anda ingin beli atau anda akan rancang untuk membeli di Lazada Online Revolution kali ini?


Russell Taylors Pressure Coker 6L









Aku memang tengah skodeng untuk grab pressure cooker. Sebab memudahkan aku untuk memasak dan banyak lagi kegunaan pressure cooker ni. Dan agak tekejut lah bila tengok harga Russell Taylors Pressure Cooker 6L di Online Revolution Lazada!! Cuma RM164.90 je gaisss....!!  Terlajak murah beb.. Boleh laa malam ni aku bisik2 kat suami minta grab pressure cooker ni..hiks!

Korang apa lagi?? Masih sempat lagi ni untuk shopping di Online Revolution Lazada. Dari 1 November sehingga 14 Disember 2017 dan boleh klik di sini ya  https://www.lazada.com.my/online-revolution . Malam ni boleh add to cart .. Chiaoooo!!

1 comment:

  1. Dah habis contest ni. So dah beli ke pressure cooker tu?

    ReplyDelete